yanzlim's blog
cerita-cerita kehidupanku...
Total Pageviews
Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 24, 2011
Friday, October 14, 2011
Friday, April 8, 2011
buat sang suami...
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Friday, January 21, 2011
Ceritera Cinta
Ate Zatira mengerling seketika ke arah Fariq Hazri yang tekun meneliti rahangnya yang baru saja dicukur. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tak kena mata pisau. Nanti tak kemas pulak. Ate mencebik dan terus menenyeh berus gigi ke barisan giginya yang putih dan tersusun itu.
"Malam ni abang kena makan dengan Dekan. Bee tak payah tunggu abang balik makan. Bee makan je dulu" kata Fariq tanpa sedikit pun menoleh ke arah gadis comel kesayangannya itu.
Ate ludah sisa ubat gigi dan berkumur sekali. Tanpa menyahut kata-kata pensyarah muda itu, dia mencampakkan berus gigi pinknya ke dalam gelas. Kemudian dia hayun kaki ke tab mandi. Menarik langsir kasar dan membuka air pancut.
Fariq kehairanan. Merenung ke arah tab mandi yang dipisahkan oleh sehelai langsir plastik. Dia merenung wajahnya di cermin seketika sebelum kembali menoleh ke arah Ate.
"Kenapa, Bee?" soal Fariq sambil hampir. Dia memeluk tubuh menanti jawapan Ate. Senyap. Hanya air pancut saja memeriahkan kamar mandi itu.
"Bee, abang tanya ni" Fariq selak langsir sedikit dan menjenguk. Ate buat bodoh. Terus menyiram tubuhnya yang baru bersabun.
"Kenapa ni, sayang?" soal Fariq lembut. Dia tahu mesti ada yang tak kena. Kalau tak, kamar mandi itu tak pernah sunyi dari suara Ate. Ada-ada saja yang menjadi halwa telinga Fariq.
"Ha, ni mesti PMS!" usik Fariq. Dia ketawa sendiri.
Ate capai bathrobe ungu mudanya lalu disarung ke tubuh. Selamba badak dia melintasi Fariq yang ternganga sendiri. Fariq garu pangkal leher yang tak gatal. Sungguh-sungguh dia tak dapat meneka kenapa Ate berperangai agak pelik pagi itu. Seingatnya, sebelum tidur malam tadi, Ate masih okey. Sekarang muncungnya panjang sejekal.
Fariq ambil keputusan untuk mandi dulu. Sambil tu bolehlah berfikir dengan membiarkan air membelai tubuhnya. Malangnya, fikirannya beku. Selepas mandi, Ate dah menanti depan cermin.
"What day is today?" tanya Ate. Gilirannya pula memeluk tubuh mendepani Fariq yang masih bertuala dengan air yang masih menitis dari tubuhnya.
"Friday?" jawab Fariq tanpa sebarang kesukaran. Tanpa sebarang curiga.
Ate mendengus. Dia keluar bilik dan menghempas pintu. Fariq masih bermonolog sendiri. Tak lama, dia tergopoh mendapatkan PDA yang terletak di atas meja kerjanya. Ditekannya ke tarikh hari itu.
"Oh, my! Patutlah mengamuk. Macam manalah boleh lupa. Alarm ni pun satu. Tak reti-reti nak berbunyi" rungut Fariq. Dia mundar mandir di dalam bilik. Mencari idea untuk memujuk Ate dengan cara yang paling berkesan.
Akhirnya sepasang subang menyelamatkan Fariq. Subang berharga hampir 2 ribu itu sebenarnya ingin dihadiahkan kepada ibunya sempena hari lahir wanita itu minggu depan. Tapi dalam diam dia berjanji akan membelikan yang lebih mahal lagi. Subang itu akan menjadi penyejuk hati Ate.
"Bee" panggil Fariq lembut sambil berdiri di belakang Ate yang sedang memasukkan roti ke dalam pembakar. Ate buat tak tahu.
"Happy birthday, my honey Baby" ucap Fariq sambil buka genggaman tangannya di depan mata Ate. Ate tergamam.
"Tea ingat abang lupa" rengek Ate sambil memusing tubuh mendepani Fariq.
"Mana boleh lupa. Abang saja nak uji Bee". Bohong sunat! Mati-mati dia ingatkan esok hari lahir Ate.
"And...?"
"I won't do it again. Fuh, muka Bee macam kucing hilang anak! Mengiau-ngiau manja" usik Fariq.
"Yelah. Abang kan tahu Tea hafal tarikh-tarikh penting Tea, abang dan kita berdua. Jangan abang buat lupa lagi" pesan Ate sambil tergelak kecil.
"Yelah, sayang. Abang janji" kata Fariq sambil mengucup hangat hujung hidung kecil Ate yang cantik terletak. "Meh, abang tolong Bee pakai subang ni".
"Mahal ke subang ni, bang?" tanya Ate sambil membiarkan Fariq memakaikan ke telinganya.
"Untuk senyuman Bee ni, bergolok bergadai pun abang sanggup" kata Fariq ikhlas. Sebenarnya dia sudah merancang mahu membelikan jam tangan untuk Ate. Kesian melihat Ate masih memakai jam merah jambu itu.
"Cantik subang ni dengan Bee. Macam intan dengan permata" puji Fariq sambil memaut pinggang Ate erat. Ate senyum comel.
"Bee janji dengan abang, sayang. Jangan tinggalkan abang" bisik Fariq sambil menggeselkan hidungnya ke hidung Ate. Ate angguk berkali-kali dan menatap ke dalam anak mata hazel Fariq.
"Janji?".
"Janji" Ate ukir janji. Fariq senyum puas hati. Pautannya makin erat.
Pop! Pembakar roti meletup dan roti melompat keluar. Hitam.
"Tapi mama tak patut bohongi along. Cakap jelah suruh balik, along baliklah. Tapi ini mama kata mama sakit. Nasib baik along tak pengsan tengah jalan", bebel Ate. Sungguh dia risau. Sepanjang perjalanan asyik menangis je.
"Nanti kalau mama tak buat macam tu, along bukannya nak balik," Pn Zaira tarik muka. Ate peluk bahu mamanya.
"Sayang mama. Along baliklah ma. Kan along dah janji," dia mencium pipi Pn Zaira. "Kenapa dengan Mak Teh, ma?"
"Erry..."
"Ha, kenapa pulak dengan orang tua tu? Dah nak kawin ke? Dah puas hidup membujang?" perli Ate. Dia ingat lagi Erry pernah berkata padanya dia lebih suka hidup sorang daripada terpaksa melayan karenah pompuan. Lebih-lebih lagi yang keras kepala dan nakal macam Ate.
"Tahu jugak along baca minda abang Erry along tu, ye?" usik Pn Zaira.
"Mama ni, nak cerita ke nak usik along?" balas Ate. Dia terus mencucuk bunga ke dalam bakul. Pn Zaira yang menyuruh anak gadisnya itu menggubah bunga. Jarinya kreatif.
"Pasal tulah Mak Teh datang jumpa mama. Kan Erry tu takde mak. Dengan Mak Tehlah tempat dia bermanja. Dah macam ibu kandung dah."
Tiba-tiba ada debaran di dada Ate. Kerjanya terhenti. Tidak berkelip dipandangnya wajah Pn Zaira. Berbagai-bagai kemungkinan bermain di mindanya. Liur yang ditelan terasa pahit. Cuaca dirasakan terlalu panas walaupun kipas di atas kepala sudah berpusing ke tahap maksima. Ate bangkit.
"Nak kemana? Mama baru nak bercerita," Pn Zaira kehairanan melihat Ate menonong ke dapur.
"Pergi tandas kejap."
Hampir 5 minit berada di dalam kamar mandi, setelah puas mundar mandir menenangkan diri, barulah Ate berani keluar. Dia kembali duduk di atas karpet dan mencapai sekuntum bunga.
"Kat mana kita tadi? Oh ya! Mak Teh bawa tepak sirih. Mahu merisik dulu katanya."
Bunga plastik ros kudup yang berada di tangan Ate jatuh terus. Perlahan Ate angkat muka. Merenung ke arah Pn Zaira yang sedang tersenyum.
"Dia nak masuk meminang along."
Ate tidak membalas. Membisu Seribu kata. Hanya matanya yang berdialog mengatakan dia tidak mahu. Manalah Pn Zaira faham. Disangkanya anak gadisnya terpaku dan malu. Macam dia dulu-dulu. Tapi bila melihat Ate masih merenungnya sayu, dan tidak terucap sepatah kata pun, dia mula terasa kelainan.
"Along."
Air muka Ate yang keruh itu memaksanya angkat punggung dari kerusi dan duduk bersimpuh di sisi anak yang tidak pernah membantah itu. Bahu Ate dipegangnya lembut.
"Along, kenapa? Along tak setuju dengan pinangan ni?" tanya Pn Zaira. Dalam hatinya dia berdoa moga Atea akan menafikannya. Tapi malangnya, kepala Atea tergeleng menandakan dia tak suka dengan tepak sirih yang dihantar. Atea enggan menerima peminangan itu.
Pn Zaira menjatuhkan tangan dari bahu anaknya dan bangun melangkah kembali ke mesin jahitnya. Duduk dan meneruskan kerja menjahitnya.
"Kenapa? Along rasa Erry tak layak dengan along? Along rasa sebab dia bukan budak U, tak padan dengan along?" Pn Zaira serkap jarang.
Dia memang sukakan Erry. Dari dulu lagi dia bercita-cita mahu Erry menjadi menantunya. Sudahlah ringan tulang, tidak sombong malah suka berbuat kebajikan. Apa yang tidak ada pada Erry?
"Bukan, ma. Along yang tak layak dengan dia," potong Atea cepat.
"Mama rasa takde buruknya Erry tu. Mungkin dia malas belajar, sebab tu kandas di tingkatan 6, tapi mama tahu dia tu tekun. Takde kurangnya dia. Hormatkan orang tua", kata pn zaira. Atea ingin membuka mulut bila ibunya menyambung.
"Mama peliklah dengan along ni. Apa kekurangan Erry yang along nampak? Mama tengok budaknya baik, rajin pulak tu. Walaupun sekolah sampai tingkatan 6 je, tapi dia ada usaha nak memajukan diri dia. Cuba tengok kedai makan dia kat bandar tu. Dah bukak cawangan lagi satu," Pn Zaira menyebut kebaikan Erry satu persatu. Sambil itu kakinya terus menekan enjin mesin jahit.
"Mama, ni bukan pasal Errylah," balas Atea malas. Dia meninggalkan gubahannya dan melangkah ke kamar.
"Selagi mama tak dengar alasan yang mama rasa munasabah untuk menolak pinangan dia, mama tetap dengan pendirian mama."
Dum... Atea hempas pintu. Dia merebahkan tubuh ke atas katil. Sungguh dia sesal dengan kata-kata ibunya sebentar tadi. Dia mahu memberikan alasan itu. Alasan yang paling kuat. Tapi dia teringat janjinya. Apatah lagi dia takut dengan penerimaan ibunya.
"Along," Pn Zaira menyeru lembut. Dia duduk di birai katil dan mengelus lembut rambut anak gadisnya.
"Mama bukan nak musnahkan hidup along. Tapi mama yakin dengan keikhlasan Erry. Mama percaya hanya dia mampu memberikan kebahagiaan pada along. Along takkan terluka bila hidup dengan dia nanti. Mama percaya pilihan mama tepat. Percayalah. Mama cuma mahukan along bahagia," dan Pn Zaira berlalu.
Air mata Atea tumpah.
Sebaik saja talian dimatikan, senyum sentiasa terukir di bibir Fariq. Esok, dapat jumpa Bee. Tak dapat peluk,
dapat tengok pun jadilah. Dapat pulak berkenalan dengan adik ipar.
“Bee...” Fariq bangkit ingin rasanya memeluk Atea. Tapi baru aje tangannya jatuh di bahu Atea, Atea kerutkan dahi dan buat isyarat mulut. Fariq terhenti, cuba fahami isyarat itu.
Alya terdiam menonton sandiwara itu. Terkejut jugak dia melihat kakaknya itu menepuk belakang seorang lelaki. Bila lelaki tu menoleh, hati nakalnya berdetik mengatakan boleh tahan jugak citarasa kakaknya itu.
“Angah, kenalkan kawan along. Abang Fariq. Fariq, ni adik saya, Alya,” perkenal Atea.
“Ha, tu mesti kutuk orang pendeklah tu,” kata Atea tiba-tiba seakan dapat membaca isi hati Fariq. Ketawa Fariq tercetus. Alya turut ketawa kecil.
Fariq tertawa senang. Dia mencapai beg dari tangan Atea dan mengajak mereka ke keretanya di tempat parking. Alya berjalan seiringan dengan pasangan itu. Fariq ambil peluang. Tangan kanannya dilingkarkan ke pinggang Atea dan sepantas kilat dia kucup ubun-ubun Atea. Cepat-cepat takut Alya nampak.
“Nak balik hostel ke?” tanya Fariq sebaik saja mereka sudah berada dalam perut kereta. Atea menoleh dan angguk sekali.
Muka Atea merah padam. Dia pandang keluar manakala Alya tergelak kecil. Fariq orak senyum. Seronok melihat wajah Atea merah padam. Bukan selalu dapat lihat situasi tersebut.
Empat hari Alya bercuti ke KL, banyak tempat dah dilawatinya. Malam pertama Fariq bawanya ke Dataran Merdeka, melihat gelagat manusia. Lewat pukul 3 pagi baru mereka pulang. Dia pula terus lompat ke atas katil Atea. Terlena tanpa sedar. Dan Fariq hanya mampu memberi jalan kepada Alya.
Hari kedua dan ketiga jatuh pada hari minggu. Atea takde kuliah dan Fariq tak kerja. Mereka ke PD. Pagi, petang, siang, malam, Atea dan adiknya yang memang gila pantai tu tak lekat kat bilik. Kalau pagi berjoging di tepi pantai, malam pula mereka mengira bintang di pesisir pantai.
“Alya, abang pinjam kakak awak kejap, boleh?” pohon Fariq selepas mereka makan malam di restoran hotel itu.
“Okey, sejam sepuluh ringgit je. Tak mahal, diskaun dah tu,” gurau Alya.
“Wei, ingat kakak awak ni semurah tu ke?” balas Atea. Masih tersenyum.
Alya kemudiannya meninggalkan pasangan itu. Dia melangkah naik ke bilik dan mengambil peluang itu untuk menghabiskan novel yang dibawanya.
Fariq ajak Atea susuri pantai. Tangannya melingkar ke bahu Atea dan Atea peluk pinggang Fariq erat. Mereka kemudiannya duduk di pinggir laut yang sedang pasang itu. Atea menjatuhkan kepalanya ke bahu Fariq.
Sepanjang malam mereka berkeadaan begitu. Berbual ringan dan sesekali ketawa mereka bersatu. Fariq hantar Atea hingga ke pintu. Kucup hangat dahi Atea sebelum mengizinkannya masuk.
Hari itu, hari keempat. Fariq bawa mereka ke Cosmo’s World di Time Square. Alya betul-betul enjoy. Fariq hanya menjadi pemerhati sahaja. Namun Alya perasan yang Fariq tu gemar merenung kakaknya. Renungan tajam memikatnya itu sering dibalas dengan jeliran lidah dari Atea.
Alya tahu kakaknya itu malu dengannya. Kalau Fariq raih jarinya, cepat aje dia mengelak kalau Alya ada bersama. Alya pernah terserempak Fariq membelai rambut kakaknya. Ketika itu dia meninggalkan mereka berdua untuk ke tandas.
Walaupun kurang senang membiarkan Fariq sewenang-wenangnya menyentuh tubuh kakaknya, namun tak pula dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Sebagai seorang perempuan, dia tahu kakaknya berhak mendapat layanan itu. Tapi sebagai muslimah, dia kurang senang.
Dua hari lepas, sebelum ke PD, dia ternampak satu frame gambar yang tersembunyi di belakang rak buku. Bersusah payah baru dapat dikeluarkan. Kat dalam frame tu ada gambar palaroid kakaknya dan Fariq. Atea terlentuk manja manakala Fariq memeluknya dari belakang.
Yang membuatkan dia risau, Atea hanya berseluar pendek dan t-shirt putih. Manakala Fariq pula bertuala tidak berbaju. Dia takut kalau-kalau hubungan mereka bukan hanya sekadar teman bersiar-siar sahaja. Dia takut kalau hubungan mereka dah jauh terlajak. Dia takut kakaknya hidup diselubungi dosa. Dia sayangkan kakaknya itu.
Selepas makan malam di Kampung Baru, Alya menolak bila Atea mengajaknya balik. Dia masih mahu bersiar-siar dan melihat betapa indahnya Kuala Lumpur pada waktu malam. Akhirnya Fariq pusing-pusing bandar.
“Macam nak hujan je,” detik Alya tiba-tiba. Atea turut menjenguk keluar.
“Dah lama KL tak hujan, ngah. Elok jugak hujan.”
Memang benar. Malam itu bukan saja hujan, malah disertakan dengan ribut petir sekali. Pukul 3.30 pagi Alya terjaga. Takut dengan bunyi guruh dan kilat yang saling sabung menyabung, dia heret kakinya ke bilik Atea. Bantalnya dipeluk rapat ke dada.
Pintu diketuk perlahan-lahan. Bila dipulas, rupanya tombol tak berkunci. Perlahan-lahan jugak Alya tolak pintu. Baru aje dia nak melangkah masuk, kilat memancar terang. Bantal dalam pelukan Alya jatuh.
Dia bukan terperanjatkan kilat. Dia terkejut melihat rupanya Atea tidak keseorangan. Kakaknya itu sedang lena dalam pelukan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Fariq. Kedua-duanya berbungkus dalam gebar tebal.
Alya capai bantalnya lalu berlari masuk ke dalam biliknya kembali. Pintu ditutup dan terus dikunci. Di atas katil, dia menangis teresak-esak.
Atea membuka mata. Dia nampak pintu bilik sedikit terbuka. Ketika mahu bangun merapatkan daun pintu, Fariq buka mata.
“Kenapa, Bee?” soal Fariq sepatah.
“Pintu. Pintu terbuka.”
“Angin tiup agaknya,” kata Fariq menyedapkan hati Atea. Dia kembali merangkul Atea ke dalam pelukannya.
Atea terdiam. Dia ingat lagi, malam tadi dia yang menutup pintu. Dia yang merapatkan daun pintu, dan dia terlupa untuk menekan punat kunci.
“Abang.”
“Emm...”
“Dah dekat pukul 6 ni. Abang baliklah. Nanti Alya jaga.”
“Kejap lagilah.”
“Cepatlah. Tea takut. Alya selalu bangun waktu ni.”
Mahu tak mahu, Fariq bangun juga. Pakaian disarung ala kadar saja. Dia pandang lama wajah Atea dan sebelum melangkah ke pintu dikucup hangat dahi Atea. Di pintu, dia menoleh. Atea yang masih berbaring di atas katil dipanggil perlahan.
“Bangun mandi, sayang. Nanti terlepas Subuh.”
“Tahulah.”
“Bangun sekarang,” mendengar permintaan itu seperti arahan, Atea duduk di birai katil. Tubuhnya dibalut dengan gebar. Dia menghayun kakinya malas.
“Baliklah.”
“Yelah, yelah. Bye bye.”
Sebaik saja Fariq keluar, Atea kembali merebahkan tubuh dan menarik gebar. Seminit kemudian, dia kembali terlelap.
“Along kelas sampai tengahari je hari ni. Nanti boleh kita pergi jalan-jalan,” cadang Atea pada Alya sewaktu mereka sedang bersarapan.
“Abang Fariq?”
“Dia kerja sampai petang. Kalau nak keluar dengan dia, malam nanti bolehlah.”
“Nak keluar dengan apa?” tanya Alya dingin.
“Kereta. Along boleh pinjam kereta kawan.”
“Erm... tak payahlah kot sebab malam nanti angah nak balik kampung”.
Atea terdiam mendengar kata-kata Alya itu. Dipandang lama wajah bersih dan cerah itu. Alya teguk susunya perlahan-lahan.
“Kata nak duduk seminggu.”
“Angah rindukan mama.”
“Temankanlah along lagi sehari dua,” pujuk Atea.
“Tak mahu. Angah nak balik jahitkan tulang belut untuk mama,” tegas Alya. Atea sedikit terperanjat bila Alya meninggikan suara begitu.
“Yelah, nanti along belikan tiket.”
Selepas maghrib, mereka bergerak. Sepanjang perjalanan, Alya hanya berdiam diri. Usikan dari Fariq hanya dibiarkan berlalu bersama deru angin kota. Akhirnya, perjalanan mereka hanya ditemani lagu dari corong radio.
Selepas bersalam dengan Atea, Alya terus mendaki tangga bas. Tidak menoleh langsung. Lambaian Atea dibiarkan sepi. Sebak menghimpit perasaan Atea. Dia bingung. Mahu membuat kesimpulan sendiri, tapi itulah yang dia paling benci.
Di dalam kereta, Atea melepaskan tangisan di dada Fariq. Fariq tak mampu berbuat apa-apa, hanya membelai ubun-ubun Atea lembut. Alya di dalam bas mengalirkan air mata mengingatkan yang rupanya sudah jauh kakaknya itu. Sudah terlalu jauh mereka terlanjur.
Ya Allah, Kau ampunkanlah along!
Majlis sempena usia perkahwinan yang ke-30 antara Datin Hajar dengan Datuk Fadil itu sungguh meriah sekali. Rata-rata jemputan terdiri daripada orang terkenal di Malaysia. Lelakinya kacak bersut manakala wanitanya jelita dalam dress malam yang anggun.
Atea mengenakan dress bertali halus berwarna merah darah ikan. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang cerah. Sehelai selendang berwarna keemasan diletakkan ke atas bahu bagi melindungi bahunya yang terdedah. Rambutnya diikalkan bahagian hujung dan dia bersolek tipis. Cukup jelita.
Melly sedari tadi tak berhenti berbual dengan seorang teman lamanya. Sesekali perbualan berkisar kepada final examnya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Kemudian berkisar kepada kehidupan seharian mereka. Atea sajalah yang menyampuk sesekali. Dia rimas dengan renungan tajam dari Fariq yang sentiasa berdampingan dengan kedua orang tuanya.
Dia hadir ke majlis itupun kerana Melly yang mendesaknya. Katanya sebagai teman kerana Benny tidak dapat hadir. Lagipun, ada kejutan yang bakal mereka terima yang mana dia sendiri tidak tahu apakah ia. Melly juga ada bercerita rupanya Fariq itu merupakan anak rakan kongsi daddynya yang bersama membuka syarikat mereka satu waktu dulu.
Atea perasan air muka Fariq sewaktu mereka mula bertemu tadi. Sewaktu bersalam, Fariq menggenggam erat jarinya. Seakan-akan bertanya mengapa hadir ke majlis itu tanpa persetujuannya. Ingin rasanya Atea menyalahkan Melly yang bersungguh benar mengajak.
Fariq enggan larikan pandangannya daripada wajah Atea. Jelita sungguh wanita kesayangannya itu. Dengan rambutnya yang bercahaya disimbah cahaya lampu, dia nampak seksi. Sudah lama mereka tidak bertemu. Fariq terpaksa pulang ke rumah setiap hari manakala Atea sendiri sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan.
“Riq, panggilkan uncle Lan dengan untie Sarah. Jangan lupa Mellisa sekali.”
Atea berdiri betul-betul di depan Melly yang berdiri paling hujung di barisan hadapan. Mereka saling berbalas senyum. Atea sesekali memandang ke arah barisan ibu bapa Melly dan Fariq. Fariq yang berdiri paling hujung di sebelah ibunya sesekali mengorak senyum ke arah Atea.
“Kami, dengan berbangganya mengumumkan sempena tarikh perkahwinan kami ini, adalah hari pertunangan anak lelaki kami, Fariq Hazri dengan anak Datuk Mazlan dan Datin sarah iaitu Mellisa sofeahoney.”
Tepukan dari para hadirin amat gemuruh. Wajah Fariq berubah. Tegang dan terkejut. Spontan anak matanya mencari wajah Atea. Melly pun nampak terkejut tapi dia kelihatan gembira. Dan Atea terpaku. Kaku. Tidak semena-mena kakinya bergetar.
Fariq enggan tapi paksaan dan pandangan mata babahnya memaksa dia menyarungkan cincin berlian itu ke jari Melly. Dia tidak mahu. Cukuplah seorang saja yang disarungkan cincin. Dia tidak mahu mengkhianati cinta itu. Tidak sesekali apatah lagi di depan cinta itu sendiri.
Sebaik saja cincin bertukar jari, hadirin bertepuk tangan lagi. Atea masih kaku di tempatnya. Menahan air mata dari tumpah. Dalam masa yang sama menggagahkan kakinya untuk melangkah. Dari tadi lagi dia mahu meninggalkan majlis itu, tetapi kakinya terasa amat lemah. Hanya dibiarkan saja matanya menatap peristiwa itu.
Namun seorang pelayan yang membawa sedulang air melanggarnya menyebabkan gelas-gelas memuntahkan isi ke atas bajunya sebelum jatuh menyembah bumi. Bunyi kaca pecah menarik perhatian semua hadirin. Melly gamam seketika sebelum bergegas turun.
“Cik, maafkan saya,” pelayan yang tak bersalah itu berkali memohon maaf. Atea tidak menghiraukan maaf itu. Dia membiarkan saja basah di bajunya. Tanpa sempat Melly merapati, Atea sudah hilang di celah keramaian manusia.
Atea berjalan pantas ke kereta. Dia ingin berlari agar cepat sampai, tapi entah kenapa kakinya masih lemah.
Terketar-ketar dia mahu sampai. Sambil itu, dia menyelongkar tas tangan mencari kunci.
Dengan tangan yang menggeletar, segalanya menjadi susah. Ketika menghentak kunci dari dalam beg, beg comel itu terlucut dari tangannya dan jatuh. Semua isinya berserakan di atas tar. Terketar-ketar Atea berlutut dan memungut satu persatu barangnya.
Fariq turut berlutut di depan Atea. Membantunya memasukkan kembali ke dalam beg. Melihat tangan Atea terketar-ketar, dipandangnya wajah itu. Atea menangis. Air matanya bukan saja sudah membasahi wajah mulusnya, tapi esakannya juga kedengaran tertahan.
Fariq peluk Atea erat. Walaupun Atea tidak membalas pelukannya itu, dia tetap mengeratkan pelukan. Dicium rakus seluruh wajah yang basah itu. Dikucup berkali-kali ubun-ubun Atea. Dan Atea hanya membatukan diri.
Tiba-tiba Atea tolak tubuh Fariq. Dia bingkas berdiri dan Fariq turut sama berdiri. Merenung wajah Atea. Keduanya saling bertentangan pandangan.
Atea buat tak dengar. Capai kunci kereta dan membolos masuk. Pintu dikunci dan dia menghidupkan enjin. Tanpa menghiraukan Fariq, dia memecut pulang ke kolej. Fariq mencekak pinggang dan memejam mata seraya mendongak ke langit. Sedikit sesal dengan sikap Atea.
Kenapa Bee tak mahu bagi peluang pada abang?
Fariq berlalu melewati Melly tanpa menjawab soalan itu. Melly yang agak lurus bendul, bak kata orang putih 'blonde with no brain' itu tudak pula mengesyaki apa-apa bila melihat Fariq mengejar Atea sekejap tadi.
Atea bungkam di bahagian belakang kelas. Dia dengar suara Fariq mengajar. Tapi tidak tahu apa yang diajarnya. Dia hanya terdengar Fariq menyeru namanya, menyebut betapa dia cinta dan rindu. Mendengar dengusan dan hembusan nafas Fariq saja.
Atea tersentak. Itulah kali pertama Fariq memanggil namanya sejak mereka berkenalan 3 tahun lalu. Atea ingat lagi, mereka tidak pernah berkawan. Dia ingat dialog Fariq ketika kali pertama bertemu empat mata.
Cuitan Melly di bahu mengembalikan Atea ke alam nyata. Dia angkat muka memandang Fariq di depan kelas. Melly dan Benny berpandangan. Pelik dengan sikap Atea. Sudah hampir 2 minggu dia begitu. Macam orang sakit. Termenung dan selalu menjauhkan diri. Katanya tak cukup tidur.
“Saya perhatikan awak banyak termenung sekarang ni. Lepas ni jumpa saya di pejabat saya," pesan Fariq sambil menanggalkan cermin matanya. Dia mengambil bukunya dan melangkah ke pintu. Terus berlalu.
“Percayalah, aku takkan apa-apa. Korang baliklah dulu," Atea angkat kepala dan hulur senyum pada Melly dan Benny yang asyik menjawab panggilan.
Atea menanti hingga dua teman itu menghilang ke tempat parking kereta. Kemudian lambat-lambat dia menapak ke bilik Fariq. Malas mahu bertemu muka dengan lelaki itu. Walau rasa rindu membuak-buak, Atea takut mahu bertentangan mata dengan Fariq. Dia tahu dia akan kalah.
Fariq hanya memerhatikan Atea masuk. Hari itu Atea memakai baju kurung putih berbunga ungu. Fariq memang suka kalau Atea pakai baju kurung tu. Nampak ayu. Rambutnya disepit dan separuh dibiarkan berjuntai. Walaupun wajahnya nampak pucat, keindahan masih sudi bertamu di situ.
Melihat Atea hanya berdiri di depan pintu, Fariq bangun dari kerusinya dan menghampiri Atea. Dipegangnya kedua belah pipi Atea dan sebuah ciuman diberikan ke hujung hidung Atea. Atea memejam matanya seketika.
Hebat betul penangan hidung anak melayu itu. Tidaklah terlalu mancung, tapi kecil dan cantik terletak. Atea tidak pula membantah malah dia akan ketawa mengekek bila Fariq mencium hidungnya.
Atea akur pada arahan itu. Duduk di sofa yang berada di sebelahnya. Dia meletakkan fail ke atas riba dan tunduk.
Fariq ke pintu, membuka daun pintu dan meninjau keluar kalau-kalau Melly dan Benny menemani Atea. Berpuas hati dengan keadaan kaki lima yang lengang, dia kembali menutup pintu.
“Abang nampak Tea macam mana?” tanyanya ringkas. Dengan intonasi suara yang mendatar.
Atea angguk. Dia melingkarkan tangan ke pinggang Fariq. Secarik senyum terukir di bibirnya.
Suasana di Super Bowl memang meriah. Sejak dari pukul 11 lagi mereka bertamu di situ. 4 lane menjadi medan perang. Game pertama baru saja berakhir dan masuk ke game kedua pula. Group ‘gadis anggun’ yang diketuai oleh Melly masih mendahului. Memang Melly tu kaki boling. Tak mustahil dia akan mampu jatuhkan tak kurang 8 pin sekali baling. Sekali main, selalu tak kurang 140 mata balingannya.
Atea pulak mampu menjatuhkan lebih dari 7 pin dengan sekali balingan. Dulu, dia dan dua temannya itu memang selalu berkunjung ke situ. Main sampai lewat malam. Benny pun tak kurang hebat. Tak pernah sekali pun cuci longkang. Semuanya smooth je.
Group ‘jejaka hensem’ yang diketuai oleh Jerry sesekali memintas group ‘gadis anggun’. Rupanya lelaki itu juga merupakan pengunjung tetap di situ. Melly cuba juga nak ingat kalau-kalau mereka pernah bersua di situ. Tak pernah pun.
Group ‘kami steady je’ merupakan group yang diketuai oleh Fariq. Sebelum ni dia haram nak sentuh bola boling, tiba-tiba dipaksa join sama dengan diorang. Asyik cuci longkang jelah. Terbahak-bahak dia diketawakan. Atea hanya mampu senyum. Rupanya ada juga yang Fariq tak tahu. Group itu hanya tahu kontrol hensem ajelah.
Dan akhir sekali, group ‘low profile’. Diorang baling pun ikut suka aje. Ada yang bersila baru gelek bola, ada yang buat aksi stunt. Pendek kata memang tak kering gusi mereka dibuatnya.
“Tea, your turn,” cuit Melly.
Atea bangkit, memilih bola ungu sebelum melangkah ke lane. Dia tatap lama pin-pin yang tersusun tertib di depannya. Fokus. Ketika mahu menghayun tangannya, Jerry yang juga mahu memulakan balingan berdehem.
“Cantiklah awak pakai baju maroon ni. Tapi kalau tak pakai apa-apa, lagi lawa.”
Bola boling Atea cantik aje senget ke kiri sebelum masuk longkang. Atea gamam melihat bolanya cuci longkang. Dia bercekak pinggang memandang ke arah Jerry yang ketawa besar. Jerry kenyit mata dan bersedia nak buat lontaran tercantik.
Atea ambil peluang balas dendam. Dia menanti peluang terbaik dan berbisik ke telinga Jerry. Bisikan itu saja telah membuatkan Jerry hilang arah tuju. Macam Atea, bolanya juga cuci longkang. Atea ketawa kecil dan membuat balingan sekali lagi. Strike. Ketika melewati Jerry yang masih tak puas hati, Atea kenyit mata.
Fariq nampak kelakuan dua individu itu. Dia terlalu nak tahu apa yang dibisikkan Atea hinggakan tumpuan Jerry terhadap lorong hilang. Pro macam Jerry pun boleh tersasar. Apa yang Atea bisikkan?
Atea kembali duduk dan bergelak ketawa dengan teman-temannya. Fariq yang duduk bertentangan dengannya mengintai dari balik bahu Jerry yang tegap itu. Dia nampak Atea berbisik sesuatu dengan Melly dan Benny yang mengundang tawa mereka bertiga.
“En Fariq. Your turn,” Gina cuit bahu Fariq yang kelihatan terintai-intai itu. Fariq menoleh.
“Awak tolonglah, ya. Tak kuasa saya nak kena gelak dengan you all lagi,” balas Fariq. Tak kuasa dah nak tengok Atea gelakkan dia.
“Mana boleh.”
“Please! Please! Please!”
“Hey, tak boleh tukar tau! Tak aci,” Atea yang terdengar perbualan itu bangun bercekak pinggang. Matanya fokus pada Fariq dan senyum tipis.
“Saya nak gunakan kuasa veto. Saya tak nak ambik turn,” Fariq bangun juga.
“Mana kira kuasa veto. Kita bukan kat kelas sekarang ni, En Fariq,” tokok Sham. Fariq bungkam.
“Jom saya ajar En Fariq cara yang betul nak buat hayunan tangan yang cantik supaya bola tu jatuhkan pin,” pelawa Atea. Dia bergerak ke depan.
“No, thanks.”
“En Fariq. Come,”
Atea jengilkan mata. Nak tak nak, Fariq mampir. Dia ambil bola oren, yang ringan. Dia ikut cara Atea hayun tangan dan tubuhnya. Nak tergelak Atea dibuatnya. Teman-teman yang lain dah gelak. Macam orang nak menari pun ada. Macam nak bersilat pun ye jugak. Keras semacam aje.
“Cantik abang hayun tubuh. Macam nak nari salsa,” usik Atea berbisik. Fariq tegakkan tubuh dan kembalikan bola ke tempatnya. Dia ketawa kecil dengan usikan Atea tu. Nakal.
“Jerry, jom main pool,” ajak Fariq.
“Tapi game kita tak habis lagi ni,” jerit Benny bila melihat Fariq dan Jerry bergandingan ke meja pool. Dua teman itu buat tak tahu, selamba aje mereka meninggalkan permainan separuh jalan.
“Ah, kita sambung!”
Atea melangkah ke tandas. Ketika melewati Fariq dan jerry, dia kerling ke arah Fariq dan menghadiahkan senyuman yang paling menggoda. Membuatkan Fariq sesak nafas seketika. Fariq sandarkan kayu poolnya dan menyuruh Jerry menyambung permainan. Kejap lagi dia kembali.
“Bee,” Fariq hampiri Atea yang baru nak tolak pintu tandas. Atea menoleh.
“Tak tahu pulak abang yang Bee ni terer main boling. Sempat kenakan abang pulak tu,” usik Fariq sambil meraih tangan kanan Atea.
“Baru abang tahu kuasa Tea. Tea bukan aje pandai masak, tau! Tea pun terer main boling,” bangga Atea. Dia menyelak rambutnya ke belakang.
“Bee memang terer semua perkara. Abang tahu.”
“Tahu takpe,” gelak kecil. “Abang kalah. Abang kena denda.”
“Kalau dengan Bee, denda apa pun abang sanggup,” bisik Fariq lembut ke telinga Atea. Dia cium lama rambut
Atea yang wangi itu. Rindunya abang pada Bee.
“Abang, janganlah. Nanti orang nampak,” larang Atea perlahan sekalipun dia senang sekali bila tubuh Fariq yang tegap itu menghimpit tubuhnya.
“Malam ni, abang balik.”
“Ok,” senyum menawan.
“Alamak, excuse me! Nak terkucil,” kata Atea dan tanpa sempat Fariq kata apa-apa, dia dah tolak pintu tandas. Fariq orak senyum dan melangkah kembali ke meja pool.
Atea, Atea. Abang sayang padamu.
Dua hari selepas tamat peperiksaan, Atea menerima satu surat tawaran bekerja dari Bear, sepupu Rizal. Anak muda itu kerap juga menelefonnya. Bertanyakan khabar dan mereka beberapa kali keluar bersama. Bukan berdua, Rizal dan Szaza pun ada.
Rupanya Bear bakal mewarisi firma guaman ayahnya. Cepat aje dia menyuruh setiausahanya menawarkan satu tempat di syarikat terkenal itu kepada Atea. Dari cara layanan Bear itu, Atea dapat mengagak yang anak muda itu menaruh hati padanya. Renungannya yang menggoda itu selalu melemaskan Atea. Tapi Atea hanya buat bodoh. Tak mahu memberi harapan pada Bear.
Fariq tak berkata apa. Menggalak tidak, melemahkan pun tidak. Cuma dia kata apa salahnya. Atea benar-benar gembira dan tak sabar mahu melangkah ke alam pekerjaan. Fariq faham jiwa Atea. Gadis itu selalu tidak sabar mahu mencuba sesuatu yang baru. Dia memang suka mencuba benda-benda baru yang mencabar.
“Abang nak pelawa Bee kerja kat Syarikat abang pun, takde position. Takkan Bee nak jadi tukang bancuh kopi,” usik Fariq pada Atea yang ralit menatap surat itu.
“Bancuh kopi pun takpe. Asal boleh dekat dengan abang,” balas Atea manja sambil melentukkan kepala ke bahu Fariq.
“Betul?” duga Fariq.
“Ala, takkan Tea, orang degree nak jadi tukang bancuh kopi. Kesian makcik-makcik buat kopi takde kerja tau.”
“Eleh!” kata Fariq sambil tarik hidung Atea. Atea ketawa kecil.
“Bee jangan nakal-nakal tau kat ofis nanti. Awak tu lawa, mesti laku punyer. Mesti ramai clien-client tua yang gatal melirik pandang,” usik Fariq lagi. Atea tarik muka.
“Hello, cik abang. Orang nak pegi kerjalah. Bukan nak menggatal.”
“Abang mengingatkan saja. Manalah tahu kalau-kalau Bee ‘terlupa’ tentang abang nanti-”
“I won’t. You’re always be by my side. Tea berjaya pun sebab abang seorang guru yang bagus. Guru yang tak jemu-jemu mengajar. Guru yang bisa membuatkan hati pelajar-pelajarnya bergoncang. Hebat gitu,” balas Atea manja sambil menunjal bahu Fariq dengan jari telunjuknya.
“Hati Bee bergoncang tak?”
“Earth quake kat dalam ni. Sampai nak meletup,” balas Atea.
“Ye? Meh nak tengok,” Fariq menggiat.
“Tak boleh,” elak Atea. Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam bilik. Fariq bangkit mengejar. Pasangan itu lenyap di dalam kamar beradu. Hanya tawa mereka kedengaran.
Fariq menelentang mengadap siling manakala Atea meniarap di sebelahnya. Menongkat dagu sambil melempar senyum ke arah lelaki kesayangannya itu. Nafas mereka agak kencang. Penat bermain kejar-kejar sebentar tadi.
“Mesti mama kat kampung gembira Bee dah dapat kerja,” kata Fariq sambil mengiring. Menongkat kepala dengan tangannya manakala tangan yang sebelah lagi bermain-main dengan anak rambut Atea yang berjuntai.
“Tea pun harap macam tu jugak. Dapatlah Tea tanggung sekolah adik-adik Tea nanti. Ringanlah sikit beban mama.”
“Bee dah kerja nanti, satu je abang mintak.”
“Mintaklah banyak pun,” Atea menjelirkan lidah dan Fariq menarik hujung hidungnya membuatkan dia terjerit.
Fariq ketawa dan menarik Atea ke dalam pelukannya. Tubuh mereka bersatu. Seakan enggan untuk dipisahkan lagi. Fariq benamkan mukanya ke leher Atea dan tangannya melingkar ke pinggang.
“Bee kerja sekalipun, jangan lupa tanggung jawab Bee pada abang.”
“Iyalah, cik abang oi...”
“Abang tak nak Bee kerja kuat sangat,” angkat muka. “Abang tahu yang Bee ni workaholic. Abang nak Bee tanamkan dalam hati tu yang Bee kerja sebab nak curahkan ilmu yang dah Bee pelajari. Pasal duit tu, jangan diikutkan sangat. Abang mampu lagi nak sara Bee dan keluarga Bee tu.”
Atea dah mencebik-cebik mendengar kata-kata Fariq itu. Sungguh dia cintakan lelaki itu. Dan dengan Fariq dia memang mudah sangat mengalirkan air mata. Wajah Fariq direnung dengan perasaan puas.
“Ha, tu nak nangis la tu!” usik Fariq.
“Abang jahat.”
Atea menyembamkan mukanya ke dada Fariq. Lelaki itu ketawa besar dan meraih Atea ke dalam pelukannya. Dikucup ubun-ubun Atea berkali-kali.
Atea sedang menompang dagu di meja makan bila Fariq pulang lewat petang itu. Fariq intai melalui gerbang pendek yang memisahkan dapur dan ruang makan. Atea nampaknya tak perasan kehadiran lelaki itu. Matanya saja yang seakan merenung Fariq yang sedang tersengih tu.
“Wei, cik adik. Apa termenung sorang-sorang kat dapur ni? Laki lari ke?” sergah Fariq sambil mencuit bahu Atea.
Atea tersentak. Sudu yang sedari tadi dilarikan di permukaan meja terpelanting jatuh. Dia memandang ke arah Fariq dengan muka masam dan muncung sedepa. Fariq angkat kening.
“Opss, sorry. Bee terkejut ke?” soal Fariq bila melihat Atea nampaknya memang terkejut dengan sergahannya. Atea tak menjawab, hanya angkat punggung masuk ke bilik.
Alamak, dia marah betullah. Mati aku nak memujuk ni. Keluh Fariq sambil mengekori langkah Atea.
Sebaik saja daun pintu dikuak, Atea duduk di atas katil membelakanginya. Fariq hampir, melompat naik dan mengurut bahu Atea perlahan-lahan.
“Sorry, baby. Abang ingat nak bergurau tadi. Baby penat, ye? Meh abang urutkan bahu baby ek,” pujuk Fariq sambil tangannya terus memicit lembut bahu Atea. Atea masih membisu. Kalau dah berbaby tu, nak memujuk la tu.
“Abang tahu abang salah. Lain kali abang tak buat lagi. Abang saja nak kejutkan baby. Abang tengok panjang je menungnya. Maaf ye, sayang.”
Tiba-tiba Atea menangis. Panik Fariq dibuatnya. Dia terus saja bersila di depan Atea yang menutup muka dengan kedua belah tangannya. Fariq cuba memegang bahu Atea, namun Atea menolak enggan disentuh.
“Kenapa ni? Abang buat salah ke? Kalau sebab abang kejutkan Bee, I’m so sorry, honey. Abang nak bergurau je,” pujuk Fariq lagi. Biasanya Atea tahan bergurau. Kalau dah marah sangat pun, dia akan kudakan Fariq. Dan Fariq tak pernah ambil hati dengan gurauan itu.
Tangisan Atea makin kuat. Teresak-esak dia menangis dan Fariq makin buntu. Akhirnya Fariq teringatkan sesuatu, dan bibirnya mengorak senyum. Dia tahu Atea tak marahkannya seratus peratus. Ada sebab lain. Kan sekarang ni tengah bulan. Apa lagi, PMS ler. Dan Fariq memang dah tahu cara nak pujuk kalau Atea emosi sebab PMS.
“Ala sayang abang. Abang sayang Bee sangat-sangat. Takde apa pun yang boleh buat abang lupakan Bee walaupun sesaat,” pujuk Fariq sambil raih tubuh Atea ke dalam pelukannya. Dibiarkan Atea menangis di dadanya manakala tangannya membelai ubun-ubun Atea lembut.
“Abang sayang Bee macam abang sayang nyawa abang,” bisik Fariq sambil kucup ubun-ubun Atea. Dan dia suka dengan bau rambut Atea.
Sepuluh minit kemudian barulah tangisan Atea reda. Perlahan dia mengungkaikan pelukan Fariq dan menyapu perlahan kesan lelehan air mata dan hingusnya di kemeja Fariq. Fariq hanya tersenyum dengan perlakuan itu. Dia kemudiannya raih jari jemari Atea ke dalam genggamannya.
“Kenapa, sayang?” soal Fariq lembut. Atea tunduk dan sesekali esakannya masih mengganggu. Fariq gunakan jari telunjuknya menolak dagu Atea agar memandangnya. Wajah Atea yang masih basah dengan air mata itu dipandang penuh rasa sayang.
“Bee tahukan, Bee boleh kongsi apa saja dengan abang? Apa saja. Abang takkan jadi hakim untuk menghukum atau jadi peguam untuk menolong. Abang akan cuba jadi pendengar yang baik,” bisik Fariq lembut sambil kucup hujung hidung Atea.
“Tea terima surat konvo pagi tadi.”
“Hah, eloklah tu. Nak konvo pun sedih?” sampuk Fariq tiba-tiba.
“Who said that he’ll be a good listener?” Atea menyoal keras.
“Sorry, mem. Teruskan.”
“Benda ni kan sekali je seumur hidup. Tea nak orang-orang yang penting dalam hidup Tea ada bersama dalam dewan tu,” kata Atea.
Kali ini suaranya perlahan walaupun matanya masih bersatu dengan pandangan Fariq.
Kali ini Fariq tak menyampuk lagi walaupun dia mula faham maksud Atea. Dia tahu Atea buntu sekarang. Dia mahu ibunya ada di dewan dan dalam masa yang sama, dia mahu Fariq juga berada di situ. Satu perkara yang mustahil untuk berlaku buat masa sekarang.
Dia boleh masuk... Tapi... ah, banyak persoalannya nanti!!!
“Tea mahu mama dan abang ada dalam dewan tu waktu Tea konvo,” Atea menyatakan maksudnya. Perlahan dia mendaratkan kepalanya ke dada Fariq. Mendengar degup jantung Fariq yang selama ini menjadi melodi tidurnya. Fariq daratkan dagunya ke atas kepala Atea.
“Takpelah, sayang. Biar mama dengan Alya ajelah masuk dalam dewan tu. Abang tengok kat skrin pun jadilah,” Fariq memberi jalan penyelesaian. Atea tak menjawab. Bisu seribu bahasa.
“Sayang,” Fariq menyeru lembut seraya tunduk menjenguk ke arah Atea yang hanya tunduk. Senyumnya membunga bila melihat Atea tarik muncung. Dicium sayang bibir merah jambu itu. Atea menepis sebelum bangkit menuju ke tingkap.
“Takkan Bee nak abang masuk dewan dengan mama? Mesti dia heran nanti.”
"Kan abang boleh masuk berasingan dari mama. Abang boleh duduk memana je yang abang nak.Tak semestinya dengan mama," pertikai Atea.
"Bee, abang tahu Bee tahu yang abang akan jadi buah mulut nanti kan?"
"Cakap ajelah abang datang untuk Melly."
"Abang tahu Bee tahu semua tu mustahil."
Atea melepaskan keluhan sebelum menoleh ke arah Fariq yang sudah berbaring dan menjadikan lengan sebagai bantal. Matanya tertacap kemas di wajah Atea yang sentiasa dirinduinya.
“Abang sayangkan Tea?” soal Atea manja.
“Sayang sangat, sayang,” balas Fariq sambil bibirnya menguntum senyum lagi.
“Nanti abang belikan bunga yang besar ek? Tea nak Bear yang pegang skrol, yang tu pun besar jugak.”
“Yelah, sayang. Abang akan cari bunga yang paling cantik, paling besar untuk dihadiahkan pada Bee. Nanti Bee hilang disebalik bunga tu,” usik Fariq. Dia menghulurkan tangan dan Atea hampir.
“Abang sayang Atea Zatira,” bisik Fariq bila Atea merebahkan kepala ke atas dadanya. Dikucup ubun-ubun Atea sekali dan tangannya membelai bahu Atea. Dia dengar Atea tergelak kecil.
“Nanti konvo, Tea nak baju baru...” dan Atea mula bercerita tentang angan-angannya. Fariq tekun memasang telinga dan melayan perbualan Atea sekalipun penat bekerja masih belum hilang. Yang penting, senyum sentiasa menguntum di bibir wanita itu.
Abang sayang padamu, Atea Zatira.
Atea menyambut kedatangan Puan Zaira dan Aina di Hentian Putra dengan senyum lebarnya. Dia tunduk menyalami tangan wanita yang banyak berjasa padanya itu. Kemudian Aina mengucup tangan alongnya pula.
Atea menghantar ibu dan adiknya ke hotel sebelum dia pulang ke kondonya. Fariq sudah bangun dari tidur dan sedang duduk di atas katil dengan separuh tubuhnya masih dibaluti gebar. Dia hanya memerhati Atea menukar pijama tidurnya kembali.
Pukul 8 pagi, Atea membuka matanya. Dia nampak Fariq terlena di sebelahnya. Comel sekali. Atea memejam matanya kembali, namun sesaat kemudian matanya terbuka luas.
Atea tak membalas. Cepat membersihkan tubuh dan sebentar kemudian keluar bersiap. Fariq sambung tidur. Setengah jam kemudian, Atea sudah siap berpakaian dan mencapai tas tangannya. Dia menghampiri katil dan kucup lembut pipi Fariq.
Puan Zaira hanya senyum bila Atea memeluknya erat sebaik saja sampai. Nak memujuk la tu. Atea kemudiannya menyuruh mereka ke kereta dulu kerana dia mahu check out. Puan Zaira hanya menanti di kerusi yang disediakan. Aina duduk menghayun kaki sambil sibuk berSMS.
Atea sengih kemudian terus tukar topik.
Kemudian, Atea nampak Fariq merapati dengan senyum. Teman-teman yang lain terjerit-jerit nama pensyarah muda itu. Dan Atea sendiri turut melambai. Fariq menyalami tangan semua yang ada seraya mengucapkan tahniah.
Atea nampak Melly tersipu-sipu senyum. Tiba-tiba saja Fariq nampak muncung Atea memanjang. Dia melarikan pandangan ke arah sekumpulan graduan yang sedang seronok bergelak ketawa.
“Melly nak, En Fariq. Mau tak nak kalau kawin,” balas Sham nakal. Melly menunjal bahu temannya itu perlahan.
Atea senyum dan wajah Alya bertamu di matanya. Alya banyak tahu tentang dirinya. Alya banyak menyimpan kisah suka dan dukanya ketika mereka sama-sama bersekolah dulu.
Kemudian dia menjeling jam. Seingatnya, dia berjanji akan pulang ke rumah ibunya sebelum pukul 12. Sekarang jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Hanya tinggal sejam untuk bermanja-manja dengan Atea. Atea meletakkan bunga yang Fariq berikan ke sebelah bunga yang dia dapat.
Fariq senyum dan daratkan bibirnya ke leher Atea. Atea ketawa kegelian. Kemudian dia menolak lembut.
Dia ingin bersama Fariq. Setiap masa ingin berdampingan dengan lelaki itu. Tetapi dia sedar kedudukan diri mereka sekarang. Dan dia takkan meminta lebih-lebih. Apa yang Fariq bagi, itulah yang akan diterimanya. Dulu, dia sudah mengikat janji akan mengikut apa saja kata Fariq. Tak akan meminta kalau Fariq tak memberi.
Fariq tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam klinik Dr Seri yang memang kerap dikunjunginya dan Atea. Apatah lagi Seri merupakan kenalannya ketika menuntut di oversea dulu. Panggilan dari doktor yang kecil molek itu benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Apatah lagi bila dia diarahkan segera ke klinik itu.
“I’m sorry, Fariq. Tapi I tak boleh jumpa patient sekarang,” kata Seri sambil merapati Fariq. “You boleh jumpa Dr Izam. I’ll call him.”
Seri terdiam seketika. Dia pandang lama ke arah Fariq yang kelihatan agak panik. Adakah nombor tadi milik Fariq?
Atea angkat muka. Memeluk dan menyembamkan mukanya ke dada Fariq. Dia menangis pula di situ. Fariq peluk erat bahu Atea, kucup lembut ubun-ubun Atea dan Seri melangkah keluar.
Akhirnya dia masuk setelah hampir 10 minit membiarkan mereka bersendirian. Atea masih menyembamkan mukanya ke dada Fariq yang sudah duduk di birai katil. Anak muda tampan itu cuba menghulur senyum, namun kaku.
Fariq terpaku. Kelu dengan berita itu. Patutlah Atea menangis macam anak ayam hilang ibu. Rupanya memang dia akan jadi ibu.
Fariq mengekori kereta yang dipandu Atea dalam jarak yang dekat. Risau juga mahu membenarkan Atea memandu, tapi dia terpaksa. Nanti apa pula kata orang lain. Seri tadi pun dia tak mahu memikirkan sebarang kemungkinan.
Di rumah, Atea duduk di sofa dan hanya memerhati Fariq mundar mandir di depannya. Akhirnya, Fariq berlutut di depan Atea dan meraih jari jemari runcing Atea dan digenggam erat. Direnung jauh ke dalam mata Atea.
“Next week, abang akan bawa Bee ke US. Kita akan gugurkan kandungan ni di sana...”
Atea tidak membalas, namun air matanya kembali bertamu. Dia peluk erat tubuh Fariq dan air mata mereka menjadi satu.
Dia meninjau ke bilik tidur ibunya. Kosong. Ketika berpaling mahu meninjau ke dapur, Atea merasakan satu tamparan menyapa pipinya. Keras. Atea jatuh terduduk. Penjuru bibirnya terasa panas.
Atea terduduk mendengarkan tuduhan wanita kesayangannya itu. Wajah Pn Zaira yang mencuka itu dipandang penuh cinta dan kasih sayang. Seketika, air matanya luruh.
“Sumpah, ma...”
Hancur berkecai hati Atea mendengarkan kata-kata Mamanya. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab tuduhan itu. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Hatinya terlalu hancur saat Erry bawa berita itu. Dia malu dengan anak muda itu. Terlalu malu. Anak gadis yang dibangga dan diagungkan rupanya panjang langkah di kota besar itu. Dia memang percayakan kata-kata Erry itu. Erry tak pernah berbohong. Dia anak yang baik. Air mata Pn Zaira luruh.
Atea gagahkan diri untuk bangun. Perlahan dia melangkah ke ruang tamu dan mencapai begnya lalu disangkutkan ke bahu. Panggilan Alya tidak dihiraukan. Longlai dia melangkah keluar rumah dan tidak menoleh lagi.
Wajah pemuda tampan kegilaan gadis sekampung itu dipandang lama. Wajah Erry kosong. Pandangannya dilarikan ke arah hijau bukit bukau yang melatari pemandangan. Atea melompat turun dan berdiri berdepan dengan Erry.
Erry diam. Peluk tubuhnya erat dan tunduk memandang kakinya.
Erry gempal buku lima. Tarik nafas dalam-dalam dan pusing tubuh. Sebelum amarahnya meletup, baik dia larikan diri.
Erry tinggalkan Atea terjerit-jerit macam orang gila. Atea akhirnya terduduk kepenatan di atas dangau. Dia pandang langit yang mula memerah. Rupanya hari sudah beransur senja. Perlahan Atea heret kakinya ke pondok bas yang berhampiran. Malam itu juga dia balik ke KL.
Tepat jam 1.30 pagi, Atea menolak pintu apartmen. Dia melangkah masuk. Mencampakkan kasut bertumitnya berhampiran rak dan mengheret kakinya melangkah ke dapur. Di ruang tamu, dia terhenti.
Atea rentap lengannya lalu melangkah ke bilik mandi. Dia berdiri seketika di depan cermin besar di depan sinki. Wajah tampan Fariq dipandangnya melalui cermin. Tegang sekali wajah itu.
Fariq faham perasaan Atea sekarang. Tapi dia tak mampu berbuat apa. Atea yang sedang tunduk menyimbah mukanya dengan air itu dipandang lama. Penuh kasih sayang dan cinta. Hampir 3 tahun bersama, kehangatan cinta mereka makin hari makin bertambah. Tidak pernah surut.
Fariq melangkah keluar. Duduk di balkoni. Merenung kejauhan. Malam yang romantis, yang paling Atea suka. Atea suka duduk di balkoni lewat tengah malam sambil kulit bersentuhan. Mereka akan bercerita dan tertawa senang.
Sekarang, sudahlah terlalu jarang dapat bersemuka, tiap kali bertemu, Atea akan mengungkitkan hal itu. Merengek-rengek dia bertanya bila mahu keluar makan berdua. Kalau rengekannya gagal, dia akan buat muka dan tinggikan suara.
Semuanya bermula sejak Atea mula mempertikaikan semua itu sewaktu baru pulang dari kampung dulu. Dia seakan terlupa yang dia membuat janji lain malam itu. Dia hanya ingin dipenuhi kehendak yang dia tahu adalah mustahil untuk dilaksanakan. Atea sekarang tak macam dulu. Sekarang dia makin kuat memberontak. Kalau ada yang tak kena, dia lebih suka mendiamkan diri dengan muka masam. Kalau dulu, setiap perkara boleh dibawa berbincang. Tapi sekarang, sukar mahu berbicara dengan peguam muda itu.
Atea akan dibawa bersama. Sepanjang minggulah mereka akan berkepit tak kira masa. Saat itu akan nampak wajah gembira Atea. Betapa dia dapat merasakan kebahagiaan Atea di waktu itu. Tapi bila pulang ke KL, suasana kembali seperi asal. Bagaikan ada bara api membakar mereka.
Bila dia curi-curi keluar lewat tengah malam dari rumah dan menemui Atea, kerana babahnya letak syarat tak boleh merayap sampai jauh malam, rajuk Atea masih ada. Dia buat endah tak endah pada Fariq.
“Kenapa Tea tak boleh ikut abang ke majlis tu? Kenapa Tea tak boleh berdiri di sisi abang? Kenapa Tea tak boleh cium pipi abang di depan orang lain. Sedangkan kalau dikira, Tea lebih berhak daripada Melly.”
Sabarlah, sayang. Tak sampai 2 tahun pun lagi. Abang akan bawa Bee keluar makan. Kita jalan sambil pegang tangan. Abang takkan marah kalau Bee nak cium pipi abang tengah orang ramai sekalipun. Bee nak buat apa pun abang takkan marah.
Fariq membaringkan diri di atas katil dan mengiring membelakangi kamar mandi. Tak lama kemudian, dia dengar Atea keluar. Lama tidak terdapat sebarang bunyi yang menandakan Atea berbuat sesuatu. Yang Fariq sedar, Atea panjat naik ke atas katil dan berbaring di sebelahnya.
“Maafkan Tea, abang. Tea cuma rindukan abang. Terlalu rindu pada abang,” kata-kata Atea itu membuatkan Fariq pusing tubuh.
Sepanjang minggu itu, Atea menerima jambangan bunga di pejabatnya. Teman-teman sepejabat tertanya-tanya. Bear buat tak tahu walau dalam hatinya meronta-ronta mahu mengetahui siapakah empunya diri yang mengutus khabar rindu itu.
Setiap kali menerima jambangan mawar merah itu, Atea akan hidu keharuman yang menyenangkan itu dengan penuh perasaan. Kemudian dia tersenyum sendiri. Terus berlalu ke biliknya.
Bear mengintai melalui cermin biliknya. Dia menggeleng kecil sebelum membuka pintu, mengarahkan pandangan ke arah setiausaha genitnya.
Atea cuma mahu pastikan pendengarannya masih okey. Bear menoleh. Dengan dahi berkerut Bear mengulangi nama syarikat yang gah itu. Seratus peratus milik bumiputra.
Tepat pukul 10.30 pagi, mereka sudah berada dalam bangunan Wisma Bersatu yang mempunyai 15 tingkat itu. Ketika berada di dalam lif menuju ke tingkat 10 yang menempatkan bahagian pentadbiran, Atea membetulkan letak sut tiga lapis peach mudanya. Bear kulum senyum.
Atea ketawa kecil. Tidak membalas, hanya menahan debar di dadanya. Itulah kali pertama dia akan bersemuka dengan Fariq dalam waktu pejabat.
Sementara menanti kedatangan ahli Bersatu Holdings, Atea dan Bear berbual ringan manakala Jaja sibuk menyediakan buku catatannya. Tiba-tiba pen Jaja bergolek ke kaki Atea. Ketika tunduk mahu mendapatkan pen itu, Fariq melangkah masuk.
Mendengarkan suara Fariq, Atea cepat-cepat angkat kepala. Malang tak berbau, terhantuk ke bucu meja. Menyeringai gadis itu dibuatnya. Dia hampir pitam. Fariq mahu menerpa, namun dikawal demi situasi.
Atea kulum senyum, kemudian menolak pintu bilik seminar dan melangkah kembali ke bilik mesyuarat. Dia membetulkan sutnya sebelum masuk. Fariq mengekori dari belakang.
Fariq ketap bibir. Nak aja dia lempang mulut si Yusri tu. Tapi dia kontrol diri dan pura-pura ketawa.
Atea duduk di sebelah Bear, berdepan dengan Fariq. Dia orak senyum dan mencapai menu. Dibelek-belek perlahan.
Fariq terperanjat mendengar Bear memanggil Atea ‘dear’. Baginya, hanya dia sorang saja boleh memanggil Atea begitu. Tapi memikirkan Bear mungkin masih terpengaruh dengan gaya hidup barat, dia memaafkannya saja.
“Tapi En Fariq, saya tak makan spaghetti,” kata Atea perlahan dan buat muka kesal. Fariq tahan gelak. Nampaknya Atea saja nak main-mainkan dia. Dia orak senyum. Atea tak mahu, tak apa.
“Sedap tak steak tu, cik Atea?” tanya Fariq sedangkan dia tahu Atea bukan makan sangat makanan berasaskan daging. Atea hampir tersedak, namun dia angguk berkali-kali.
Yusri meminta diri kemudiannya kerana ada temujanji lain. Bear pula meminta diri ke tandas. Atea dan Fariq saling berpandangan, lama sebelum Atea panjangkan tangannya ke pinggan Fariq. Memutar mee panjang yang bersalut sos istimewa itu dengan garpunya sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
Atea senyum dan angguk. Dia meneguk air buahnya. Fariq baru perasan ada sisa makanan di penjuru bibir Atea. Namun belum sempat dia menegur, Bear sudah pun duduk di kerusinya.
Fuh, nasib baiklah Fariq cepat. Si Bear tu pun satu. Pasal sos pun nak kecoh. Kalau betullah dia nak menang jugak, mau terbocor rahsia nanti. Bear Bear...
Atea mengenakan sepasang blause labuh paras buku lali bertali halus berwarna maroon dan dihiasi dengan selendang krim di atas bahunya. Dia bergandingan masuk dengan Bear yang tampan bersut hitam. Saat mereka masuk, banyak mata menyapa. Masing-masing orak senyum.
Fariq menghampiri. Agak cemburu melihat orang yang sepatutnya meraih lengannya bergandingan dengan lelaki lain. Namun dia orak senyum dan menjabat tangan Bear. Kemudian tangan Atea yang mulus itu.
Ketika duduk di meja, Bear merapatkan tubuhnya ke tubuh Atea dan berbisik.
Meja mereka terletak berhampiran meja utama. Kebetulan tempat duduk Atea betul-betul berdepan dengan tempat duduk Tan Sri Kamal, salah seorang lembaga pengarah di Bersatu Holding. Lelaki 60 an itu kerap merenung ke arah Atea. Rimas Atea dibuatnya.
Selepas makan, Atea meminta diri untuk ke tandas. Selepas mengemaskan mekap dan pakaiannya, dia melangkah keluar. Wajahnya berubah melihat Tan Sri kamal berdiri di depan tandas wanita.
Wajah Tan Sri Kamal yang masih tampan itu diperhati lama. Seingatnya, dia tak pernah berjumpa dengan lelaki itu walaupun sekali. Atau mereka pernah bertembung dan ingatan lelaki itu lebih kuat daripada ingatannya.
Kali ini Atea tidak terus menoleh. Dia mengerutkan dahinya. Bagaimana orang tua tu tahu? Hotel itu merupakan tempat penginapan dia dan Fariq ketika mereka bercuti kali terakhir kira-kira 2 bulan lalu. Ketika itu, Fariq menghadiri mesyuarat lembaga pengarah menggantikan bapanya. Jangan-jangan...
Atea pucat. Seakan tak berdarah walau ditoreh dengan pisau tajam sekalipun. Degup jantungnya bagaikan dia baru selesai memecut di litar perlumbaan. Dua tangannya saling bergenggaman bila dia menoleh.
Dia tahu Atea ke New Zealand dengan Fariq. Dia pernah nampak kedua-duanya saling berpelukan sambil menyusuri pantai yang indah. Ketika itu mesyuarat mereka telah tamat, tetapi dia sengaja mengambil peluang untuk bercuti sehari lagi. Dan dia tak sangka telah menyaksikan kecurangan Fariq. Setahunya, Fariq dah bertunang.
“Fariq kan dah bertunang, Tan Sri,” Atea pura-pura gelak walaupun saat itu dadanya terasa ingin meletup. Marah dan berang dengan orang tua yang tak sedar diri itu.
“So, you sekarang mistress...”
Sepanjang perjalanan ke mejanya, Atea senyum panjang. Puas hati dapat mengeluarkan kata-kata yang dia tahu amat berbahaya itu. Sukar jadinya kalau Tan Sri Kamal menjaja cerita nanti. Tapi lantaklah, siapa nak percaya. Bukti takde. Dia betul-betul puas hati.
Majlis hanya berakhir lewat jam 10 malam. Sebelum pulang, Atea dan Bear menemui Fariq dulu. Memaklumkan yang mereka sudah mahu pulang.
Atea meletakkan kasutnya ke atas rak dan menuju ke dapur. Dia menuang segelas air kosong dan diteguk sedikit. Fariq yang mengekori di belakangnya menompang dagu di meja panjang yang berada di dapur.
Fariq tak membalas. Dia meletakkan tangannya ke pinggang Atea dan menghayun tubuhnya. Tanpa muzik, mereka menari. Kemudian Fariq peluk Atea dari belakang dan bergumam kecil.
Atea senyum dan kemudian dia mengajak Fariq duduk di balkoni. Merenung bulan yang indah. Atea merebahkan kepalanya ke dada Fariq dan tangan mereka saling bertaut di atas perutnya.
Datin Hajar ketap bibir. Ini bukan cerita pertama yang didengari dari teman-teman tentang peel anak bujangnya. Tapi biasanya gambaran yang diberikan tentang gadis yang mendampingi Fariq adalah hampir sama. Gadis cantik yang kecil saja jika nak dibandingkan dengan Fariq.
Dua bulan lepas, Puan Sri Jizah terserempak dengan Fariq dan seorang perempuan kat Jepun. Waktu tu Sakura tengah berbunga. Cerita Puan Sri Jizah lagi, mereka nampak sangat bahagia bagaikan pasangan pengantin baru. Langsung tak berenggan. Fariq bagaikan enggan melepaskan tangan dari tubuh genit perempuan tu. Dan perempuan tu pulak kelihatan bahagia dengan anak taikoo Malaysia tu.
“Siasat betul-betul, Jar. Menyesal nanti. Ntah-ntah si Fariq tu saja keluar dengan kawan-kawan perempuan dia. Alah, dia kan bujang lagi,” nasihat Datin Maria lewat petang itu bila Datin Hajar menyumpah seranah gadis yang mendampingi anaknya.
Ternyata wanita yang didampinginya adalah wanita yang sama. Hubungan mereka nampak intim dan tak mustahillah Datin Hajar mengamuk. Takut rancangan nak menjodohkan anak tunggal dengan anak temannya tak jadi. Malu dapat, kempunan pun iya.
Datin Maria tahu temannya itu mengata anak gadisnya, Seri. Anak gadisnya itu lebih senang membisu bila ditanya pasal jodoh. Sejak Haiqal, teman lelaki pertama dan terakhirnya itu meninggal dunia ketika mengendalikan helikopter di Pedalaman Sabah, Seri seakan mematikan hatinya pada lelaki lain. Sebagai ibu, Datin Maria juga risau. Namun dia mahu Seri menentukan sendiri hidupnya.
Seri hanya pasang telinga mendengar ibunya bercerita tentang Datin Hajar nak main bomoh. Dia ketawa kecil. Zaman sekarang pun ada yang percayakan bomoh lagi?
Atea tersenyum sambil memegang gagang wireless yang sudah sunyi itu. Dia bergerak ke beranda dan membiarkan angin yang agak liar menyapa wajahnya. Keadaan yang menenangkan itu membuatkan minda Atea bebas.
Atea tersentak dan menoleh ke belakang. Pasu kristal yang Fariq hadiahkan pecah berkecai di atas lantai. Langsir berkibar kasar, membuatkan Atea bergegas merapati untuk kembali mengikat ke tepi. Atea berlutut di depan serpihan kristal kesayangannya itu. Dia menyentuh satu serpihan.
Saat itu kilat menyimbahkan cahayanya ke bumi. Atea menoleh ke luar dan hujan renyai-renyai mula turun. Saat itu juga jantung Atea bagaikan mahu terkeluar dari rongga dadanya. Dia benci untuk menyatakannya, tapi bagaikan sesuatu telah berlaku.
Fariq pandang kotak rantai dan jambangan bunga yang dibeli khas untuk Atea yang diletakkan di sisi tempat pemandu. Dia tersenyum puas hati. Yakin yang Atea pasti akan terkejut dengan hadiah ulang tahun perkenalan mereka itu. Sengaja dia membeli hadiah lebih awal kerana minggu depan dia terpaksa menghadiri mesyuarat di Singapura.
Dia langsung tidak memberitahu Atea tentang kepulangannya itu. Dia mahu memberi satu kejutan kepada insan yang paling dicintainya. Dua kejutan mungkin. Terbayang-bayang wajah manis Atea menerima hadiahnnya. Bayangan itu membuatkan Fariq menjadi tidak sabar. Dia menekan pedal minyak.
Dalam hujan renyai itu, Fariq memecut keretanya. Malam masih muda, baru pukul 11 malam. Kenderaan masih bertali arus dalam kemeriahan kota itu. Perjalanannya selesa sehinggalah dia keluar dari highway PLUS menghala ke kondo yang disewakan Atea. Terasa kereta agak terhuyung hayang. Memikirkan mungkin kerana jalan licin selepas hujan, Fariq mematikan semua andaian kosong.
Namun, lima kilometer kemudian, kereta Fariq hilang kawalan. Bagaikan ada kuasa lain membawa keretanya ke tengah dan ke tepi. Fariq mencari pedal brek dan saat itu hanya wajah Atea terbayang di matanya.
Datin Hajar menerpa ke arah Melly yang berlari anak merapatinya. Dua insan itu pula berkongsi air mata. Datuk Mazlan hampir dan menepuk bahu bakal besannya itu. Menyuruh bersabar dan menerima dugaan itu dengan hati terbuka. Datin sarah memujuk Datin Hajar yang masih teresak-esak di pangkuannya.
Seri senyum menyambut kedatangan Atea di kliniknya pada lewat pagi itu. Atea masih seperti dulu. Comel dan senyumannya masih menarik seperti kali pertama Seri mengenalinya beberapa tahun lalu. Atea diarahkan untuk berbaring ke atas katil sementara Seri membuat pemeriksaan.
Atea sembam mukanya ke tapak tangan dan menangis. Seri bingung. Dulu dia kalut mencari nombor telefon orang yang mampu menenangkan Atea. Sekarang, orang itu takkan mampu hadir ke sisi. Atea harus ditenangkan. Seri bangun dan duduk di kerusi bersebelahan kerusi Atea.
Bila Seri paut bahu Atea, tanpa teragak-agak Atea lepaskan tangisan di bahu doktor itu. Dia perlukan seseorang untuk berkongsi kesedihannya. Sudah hampir sebulan Fariq tidak pulang. Rata-rata Atea mencarinya. Macam orang gila Atea pusing bandar KL untuk mencari Fariq. Macam mencari sepohon bunga ros di dalam hutan rimba yang merimbun.
Seri elus rambut Atea perlahan-lahan dan membiarkan saja Atea menangis tanpa sebarang gangguan. Dia tahu Atea masih belum tahu tentang Fariq. Dia sendiri sudah terlalu lama mencari alamat Atea supaya berita itu boleh dikhabarkan. Rekod pesakit hanya meletakkan alamat pejabat semata.Tapi rata-rata yang ditanya tidak mengenali siapa Atea.
15 minit kemudian, Atea sudah tenang. Duduk dengan kepala ditundukkan berdepan dengan Seri. Kedua belah tangannya saling menggenggam seolah-olah dia mencari perlindungan diri. Mencari sesuatu untuk melindungi dirinya yang sendirian.
“Kandungan ni tak boleh hadir saat ni. Saat ni tak sesuai. Saya sedang membina kerjaya. Kerjaya yang akan menentukan masa depan. Apatah lagi...” Atea angkat muka. Seri angguk. “Dah hampir sebulan saya tak jumpa Fariq. Dah hampir sebulan Fariq tak pulang. Dah hampir sebulan saya mencarinya macam orang gila.”
“Pergilah, Tea. Pergi jumpa Fariq,” bisik Seri perlahan. Dia berdiri menanti di pintu bila Atea menerpa ke arah Fariq. Dia kucup seluruh muka Fariq yang kelihatan seakan lena di malam hari.
Seri genggam jari Atea erat saat mereka berlari anak ke lif bomba yang terletak di bahagian belakang. Sebaik saja pintu lif tertutup, barulah Seri toleh ke arah Atea. Atea sedang menstabilkan nafasnya yang kencang. Dan bila mereka sudah keluar dari bangunan hospital, barulah Seri lepaskan tangan Atea.
Atea duduk di sebuah bangku dan memaksa Seri mematikan langkahnya. Dia nampak Atea sedaya upaya menahan tangis hinggakan bahunya bergetar. Seri faham perasaan Atea saat itu. Dia hampir dan sebaik saja berdepan dengan Atea, dibiarkan Atea memeluk tubuhnya erat. Di situ Atea melepaskan tangisannya.
Atea menyiapkan kerjanya yang banyak terbelangkai sejak kebelakangan ini. Sejak kehilangan Fariq, dia seakan orang tak betul. Datang ke pejabat pun asyik berkurung di dalam biliknya. Bukan sekali dia dipanggil oleh Bear bila terlalu banyak kesilapan yang dibuat. Namun teguran Bear seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akhirnya, Bear biarkan dia tenang sendiri.
Atea sedaya upaya untuk fokus pada kerjanya. Fail-fail yang bertimbun disemak kembali. Dia mahu kembali seperti dulu. Dia tahu sekarang punca Fariq tidak mencarinya. Fariq sakit dan dia tahu kalau Fariq tidak ditimpa bencana itu, hubungan mereka pasti masih seperti dulu. Fariq masih sayangkannya.
Anak itu akan dibiarkan membesar di dalam rahimnya. Dia akan berhenti kerja bila tiba saatnya nanti. Dia takkan sesekali menggugurkan benih cinta mereka itu. Dia takkan melakukan perkara itu untuk kali kedua. Dia berjanji akan menjaga anak itu. Biarlah masyarakat mengata apa saja yang mereka mahu. Dia tahu kebahagian belum tentu akan menjelma kalaupun dia mengendahkan kata-kata sekeliling. Dah penat nanti, tahulah mereka nak berhenti.
“Tea, lunch jom,” ajak Bear sambil menjengukkan kepala ke dalam ofis Atea.
Atea menyuap nasi campur berlaukkan ketam masak lemak kegemarannya dengan penuh berselera sekali. Sesekali dia berhenti mengunyah dan menjawab persoalan yang Bear ajukan. Seleranya terasa benar-benar terbuka hari itu.
Atea tak pula bertanya kenapa Seri mahu mengunjunginya di pejabat. Namun dia menyedapkan hatinya dengan mengatakan mungkin wanita itu membawa berita tentang Fariq. Teringatkan Fariq, Atea mencapai air basuh tangan dan mencuci tangannya.
Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, Atea hanya membisu. Pertanyaan Bear hanya dibiarkan bersama angin lalu. Mindanya asyik terkenangkan Fariq sehinggakan dia terlalai ketika mahu menyeberangi jalan yang sibuk untuk ke bangunan pejabat yang tersegam indah di depan matanya.
Dan Bear pula merasakan dia sukakan gadis itu. Dia sukakan cara Atea bersuara. Dia suka cara Atea membawa dirinya. Dia suka bila Atea senyum dan ketawa. Apa saja yang Atea buat, Bear suka.
Seri peluk tubuh Atea erat. Mereka bagaikan dua teman lama yang sudah terlalu lama berpisah dan menghitung hari untuk kembali bertemu mata. Seri seakan enggan melepaskan tubuh Atea yang makin kurus. Dia takut kalau bila dia melepaskan pelukan, dia akan dipaksa menceritakan apa yang berlaku. Dia takut Atea tak mampu menerima kenyataan nanti.
“Awak tak makan ke, Tea? Kenapa saya nampak awak makin kurus? Awak kena ingat, awak tu bukan makan sorang. Awak makan untuk dua orang,” bebel Seri bila mereka duduk di sofa. Atea ketawa.
Atea tak bertanya pada pernyataan yang tergantung itu. Dia ingin tahu. Terlalu ingin tahu. Cuma dia takut. Takut pada sambungan ayat Seri nanti. Genggaman Seri makin utuh. Seakan memberitahu Atea yang dia takkan sendiri dalam menempuh dugaan yang bakal mendatang.
Atea gigit hujung bibirnya. Dia tak menangis. Mungkin kerana air matanya sudah kering kerana dia terlalu kerap menangis ataupun dia tidak berada di situ sebenarnya. Sudah terbang mendampingi Fariq. Seri paut bahu Atea perlahan-lahan. Atea raba perutnya dan pandang ke arah Seri.
Dia kena jadi dirinya yang dulu. Atea Zatira yang dulu begitu kuat dan tabah orangnya. Dia takkan menyelesaikan sebarang masalah dengan air mata. Dia takkan membiarkan dirinya menjadi lemah dengan mengalirkan air mata. Dia perlu bangkit kembali.
“Saya nak jumpa dia,” kata Atea sambil leraikan pelukan.
Fariq membalikkan tubuhnya agar mengiring ke kiri. Di atas meja terdapat gambar Melly, tunangnya sedang tersenyum manis. Melepaskan keluhan, Fariq menelentang pula. Merenung siling putih yang dihiasi ukiran emas.
Cantik namun tak mampu menenangkan perasaannya saat itu.
Fariq mendongak ke atas dan kebetulan malam itu bulan mengambang terang. Bulat dan cerah sekali hinggakan cahaya bintang lenyap ditelan kecerahannya. Fariq pandang lama ke arah satelit semulajadi itu dan terasa kerinduan menyentak dadanya. Dia tak tahu dari mana dan ke mana rindu itu tapi dia hanya merasakan kerinduan menebal di hatinya.
Ya Allah, Kau bantulah aku. Jangan biarkan aku hidup dalam pencarian. Jangan biarkan aku hidup dalam penderitaan orang lain.
Fariq raup mukanya berkali-kali. Disekanya anak rambut yang jatuh ke dahi. Sudah seminggu dia pulang. Sudah seminggu dia seakan berada di bumi asing. Dia tak ingat apa-apa tentang banglo mewah yang didiaminya sekarang. Dia tak ingat apa-apa tentang ibu bapanya, apatah lagi tentang Melly.
Bila dia buka mata hari itu, wajah-wajah itu yang dilihatnya. Pertama kali menjamah mindanya. Dia tidak kenal mereka semua. Malah, dia tidak kenal dirinya. Seingatnya, dia melewati satu perjalanan yang panjang. Perjalanan yang gelap dan menakutkan. Perjalanan yang disangkanya menuju ke alam yang satu lagi.
“Kat mana ni? Syurga ke? Ke neraka? Awak siapa? Saya siapa?” itulah pertanyaan pertamanya bila Datin Hajar menerpa mahu memeluknya. Dia tarik selimut rapat ke dada dan mahu menjauhkan diri.
Datin Hajar mengongoi di situ juga. Datuk Fadil hanya mampu terduduk lesu di kerusi dan orang lain kalut mendapatkan Datin Hajar yang tiba-tiba jatuh pengsan. Fariq nampak seorang gadis berkaca mata dan bertudung merenungnya dengan penuh simpati, Seri. Dan entah kenapa, dia bagaikan mengenali Seri. Mereka seakan pernah jumpa di alam tidurnya. Tapi, entahlah.
Fariq menoleh. Dia nampak Datin Hajar merapatinya. Sebelum duduk di bangku bersebelahan, dia kucup ubun-ubun Fariq hangat.
Fariq hela nafas berat. Entah kenapa ibunya kerap menegaskan yang dia dan Melly akan kawin tak lama lagi. Kalau benar dia dan Melly bercinta dan sedang menghitung hari untuk mendirikan rumahtangga, tak bolehkah perkara tu dibiarkan sekejap? Dia kan sedang sakit.
Fariq tak membalas. Meneguk susunya perlahan-lahan sebelum meminta diri untuk naik. Mengantuk, alasannya. Sedangkan hakikatnya, dia mahu lari dari ibunya itu. Entah kenapa bersama Datin Hajar hanya membuatkan dia rimas.
Atea ambil peluang untuk serahkan surat perletakan jawatannya bila Bear tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di Singapura. Jaja, setiausaha Bear serba salah mahu mengambil surat itu. Berkali-kali dia menyuruh Atea menyerahkan sendiri ke tangan Bear yang akan pulang keesokan harinya.
Atea tak memberi sebarang respon pada cadangannya. Gadis itu hanya tersenyum dan melangkah ke biliknya. Tak sampai 10 minit kemudian, dia keluar dengan membawa sebuah kotak. Secarik senyum dilemparkan ke arah teman-teman sepejabat yang tercegang memerhatikannya keluar sambil membawa barang-barang.
Atea melangkah ke lif tanpa menoleh lagi. Di dalam perut lif, barulah dia meletakkan kotaknya ke atas lantai. Penat membawa kotak yang dipenuhi barang-barang hiasan itu. Tangannya naik meraba perut.
Atea ingat lagi komen Bear itu minggu lepas. Mahu tak mahu Atea kena mengakui kandungannya takkan dapat ditutup lagi. Dalam usia kandungan 4 bulan, dia terpaksa melupakan sut tiga lapis kegemarannya. Nak tak nak dia kena pakai baju kurung setiap hari. Itupun Bear asyik kata dia macam makcik. Dahlah berbaju kurung longgar, asyik termengah-mengah je kalau mereka naik tangga.
Atea memasukkan kotak ke dalam bonet kereta dan buat kali terakhir dia mendongak memandang ke arah bangunan pejabat yang tersegam indah. Seulas senyum dilontar dan dia membolos masuk ke dalam kereta.
Sekejap saja staff yang seramai 8 orang itu bersurai. Bear geleng kecil sebelum melangkah ke kerusinya. Dia memicit kepala yang tiba-tiba saja rasa sakit.
Tengahari itu Bear sudah tercegat di alamat yang Jaja berikan pagi tadi. Lama dia merenung alamat yang ditulis di kertas itu. Dia melepaskan keluhan kecil dan menggelengkan kepala berkali-kali. Balik ke ofis dia berjanji akan menyuruh Jaja kemaskinikan semua alamat staff. Dia tak mahu jadi macam Atea nanti.
Sebelum berlalu, Bear pandang sekali lagi tapak perkuburan Islam yang sunyi sepi itu. Dia menggeleng lagi.
Fariq pula ambil peluang termenung bila Melly asyik dengan Eropahnya. Dilontar pandangan sejauh yang mungkin dan sejenak dia terbang entah ke mana. Menghilangkan dirinya buat seketika dari dunia yang kejam itu.
“Hari tu dah confirm dah. Lepas tu sampai hari ni tak call I pun lagi. Dia menghilang entah ke mana. Secretary dia kata dia on emergency leave.”
Fasya tak membalas. Hanya senyum dan merenung wajah abangnya. Dia suka bila Fariq hilang ingatan. Dulu, hubungan mereka kurang mesra kerana abangnya itu jarang pulang ke rumah. Kalau pulang pun, hari dah lewat malam. Hari minggu pun keluar. Sekarang, masa Fariq banyak dihabiskan di rumah. Mereka banyak berbual-bual untuk kembali mengenali diri masing-masing.
Tapi Fasya tak suka bila Melly diwar-warkan akan melangsungkan pernikahan dengan abangnya. Setahunya, abangnya langsung tidak pernah menyentuh mengenai hubungannya dengan gadis itu. Pertunangan mereka dulu pun kerana terpaksa. Fasya tak suka abangnya diperbodohkan hanya kerana dia lupa siapa dirinya.
“Kenapa adik pandang abang macam tu?” soal Fariq mesra bila dilihatnya Fasya seakan enggan mengalihkan pandangannya.
Datin Hajar memang tak suka kalau Fasya berbual berdua dengan Fariq. Dia takut anak gadisnya itu merosakkan segalanya. Pantang dia nampak mereka berdua, mulalah dia mencelah. Dia tahu Fasya agak berasa hati kerana dia melebihkan Fariq dalam segala hal. Bukan niatnya mahu pilih kasih. Cuma baginya, anak lelaki lebih penting dalam segala hal.
Fasya naik ke biliknya dan merebahkan tubuh ke atas tilam empuknya. Dia menyembamkan muka ke bantal dan di situ dilepaskan tangisan yang terasa menyesakkan. Dia bersimpati pada nasib abangnya. Abangnya tak ubah seperti boneka yang bergerak mengikut kehendak ibunya. Dia hormatkan ibunya, tapi dia sayangkan abangnya.
Kemudian gadis genit yang hanya berbaju tak berlengan dengan skirt pendek itu bergegas mendapatkan Bear. Senyum terukir di bibirnya. Dia segera duduk berdepan dengan Bear dan pelayan menghampiri.
Fasya tersenyum dan kemudian meneguk air suam yang tersedia di atas meja. Bear menanti hingga Fasya membuka mulut mengenai pertemuan mereka itu. Dia tidak mahu dikatakan gelojoh pula nanti walaupun keinginan untuk mengetahui sebab pertemuan mereka membuak-buak.
“Kenapa? Tie ni tak masuk ke dengan baju ni?” soal Bear bodoh. Tanpa menanti jawapan Fasya, dia melonggarkan ikatan tali leher sebelum menanggalkannya.
Benar dia terperanjat bila Fariq kata dia akan menikahi Melly dan memintanya menjadi pengapit untuk hari bersejarah itu. Apa yang Bear nampak, langsung tiada keceriaan di wajah Fariq bila dia memberitahu tentang berita gembira itu. Dia hanya senyum paksa bila dijabat salam oleh temannya itu.
Bear tekun mendengar cerita itu. Terangguk-angguk dia menunjukkan kesungguhan dia mendengar butir-butir yang keluar dari ulas bibir mungil Fasya. Cantik jugak adik Fariq ni.
Bear terpaku dengan permintaan itu. Dia tahu itu adalah sesuatu yang mustahil. Fariq sendiri tak mampu menghalangnya, apatah lagi dia yang hanya kenalan sahaja. Dalam Bear tergagap-gagap mahu mencipta ayat, Fasya bersuara lagi.
Fasya terdiam. Mencapai tas tangannya dan bangun. Sebelum melangkah, dia menoleh ke arah Bear dengan pandangan sayu.
Di luar, Fasya sudah membuka pintu keretanya. Ketika dia mahu menghulurkan kakinya yang panjang ke dalam perut kereta, Bear menarik lengan gadis itu.
Fasya terdiam. Dan dia hanya membiarkan saja bila Bear menariknya ke bawah sebatang pokok yang merendang bagi melindungi mereka dari pancaran mentari yang mula menyembunyi diri.
Bear senyum dan Fasya melarikan pandangan. Enggan menatap senyuman yang seakan menyindir dirinya itu. Bear hela nafas.
Bear hanya mampu tersengih bila Fariq menunjal lembut bahunya. Dua teman itu saling bertukar tawa. Fariq tarik nafas panjang-panjang dan dilepas keluar seakan membebaskan dirinya dari belenggu masalah yang menjerat. Dia memicit tengkuknya beberapa kali sebelum menoleh ke arah Bear dan angguk.
Mereka kembali ke depan pak imam. Fariq tarik nafas panjang-panjang dan kerling ke arah Melly. Memang kesian gadis itu. Sudah basah dengan air mata. Fariq seru nama Tuhan banyak-banyak dan capai tangan pak imam.
Melly tunduk mengucup tangan Fariq manakala Fariq kucup Syahdu dahi Melly. Tiba-tiba dia merasakan tindakan itu pernah dilakukan sebelum ini. Adakah dia dikuasai oleh deja vu atau dia pernah melakukan perkara itu?
Seri tahu Atea memaksudkan kandungannya. Bila saja Atea menyebut tentang anak yang dikandungnya, pasti wajahnya akan berseri-seri. Seakan-akan anak itu menjadi penyambung hayatnya. Seri sentuh perlahan tangan Atea yang berada di atas perutnya.
Atea angguk sedikit dan menyorong tubuhnya keluar. Dia berdiri menanti hingga Seri memandu keluar barulah dia menapak perlahan-lahan ke lif. Di dalam lif barulah air matanya jatuh lagi.
Bear sudah berdengkur di atas sofa. Kesian pulak mahu mengejutkan anak muda itu. Seingatnya Bear berpesan supaya dia dikejutkan jam 12 malam tadi untuk pulang. Melihat lena Bear yang seakan tidak terganggu, Fariq tak sampai hati pula. Jadi tinggallah dia terkebil-kebil sendirian.
Spontan Bear tergelak mendengar permintaan Fariq yang terakhir. Macam anak kecil merayu agar jangan ditinggalkan sendirian oleh bapanya. Fariq tak ambil hati bila Bear gelakkan dirinya, dia hanya senyum.
Sebaik saja Bear berbaring, Fariq sandar tubuh ke kerusi rotan itu dan dia menghayun perlahan tubuhnya di atas kerusi goyang itu. Matanya dihala keluar dan mindanya lari lagi. Entah ke mana dia di bawa. Yang penting, dia tidak berada di situ. Kalau boleh, dia ingin lari. Tidak tahu kenapa, tapi rasanya dia sendiri tidak merestui pernikahannya dengan Melly.
Sebaik saja bergelar suami, tiada sebarang perasaan gembira atau ghairah dalam dirinya. Yang ada hanya kekesalan yang tak tahu kenapa perlu hadir saat itu. Fariq bersimpati dengan dirinya yang langsung tidak boleh membantu keadaan. Dia hanya mampu menerima semuanya dengan hati terbuka.
Sungguhpun dia redha dengan apa yang berlaku, dalam hatinya tetap ada sekelumit rasa sesal. Dia sesal kerana dia yang terpaksa menerima dugaan itu. Dia tahu setiap dugaan yang turun adalah sebagai bukti yang Allah sayang pada hamba pilihanNya itu. Tapi dalam pada masa yang sama dia buntu kenapa dia yang menjadi pilihanNya. Atea benci untuk mengakui, tapi dia takut.
Fariq perhati buku bank berwarna kuning yang diperolehi dari juruwang di kaunter. Sejak masuk kerja semula tiga bulan lalu, inilah kali pertama dia datang mengemaskinikan buku bank tersebut. Ada sesuatu yang menarik minatnya.
Sejak dia bekerja sehingga ke gajinya semalam, suku daripada wangnya tiada. Puas dia berfikir adakah ditolak untuk bayaran kredit kadnya. Tapi selepas dihisab, bayaran itu memang sudah selesai.

Ate parking kereta putihnya ke tempat pariking kereta pelajar dan menggalas begnya ke dewan kuliah. Sebeban buku didukung di tangan kiri manakala tangan kanannya membetulkan rambut yang terasa mengerbang. Maklumlah, angin membelai manja di puncak bukit itu.
Fakulti undang-undang di awal pagi memang sunyi sepi. Bukan semua pelajar mahu datang pagi semata-mata untuk memeriahkan lagi fakulti terpinggir itu. Lebih enak menarik selimut. Apatah lagi selepas hujan gerimis pagi tadi. Aduh, enaknya tidur!
"Good morning, Tea."
Ate menoleh. Dia nampak Melly, gadis yang vouge dan menarik itu. Ate melambai-lambai dan tiba-tiba ada seseorang melanggar tangannya menyebabkan buku bertaburan. Melly terlopong seketika sebelum bergegas hampir.
"Excuse me, I thought this pathway is wide enough for us," Ate hampir terjerit memarahi lelaki yang melanggarnya. Sudahlah tidak mahu membantu, hanya memeluk tubuh memandang Melly mengutip satu persatu buku yang bertaburan.
"Are you talking to me?" soal Jerry sambil memandang Ate pula.
"Nope. Saya bercakap dengan beruang yang tak reti sopan santun yang sedang berdiri di depan saya ni," sinis suara Ate.
"Oh, beruang? Sayang, rupa dan memang cantik, tapi rabun. Manusia dikatanya beruang," dan Jerry terus berlalu.
Ate hampir terjerit kemarahan. Kalau bukan sebab Melly menahan langkahnya, mahu saja dia menerkam ke arah lelaki itu. Sakit hatinya dengan kata-kata technician yang terkenal di fakultinya itu. Terkenal dengan sikap cool dan wajahnya yang tampan itu. Tapi sayang, budi bahasa kosong.
"Calm down, Tea," Melly sapu belakang Ate.
"Who's that shit? Dia ingat dia hensem, dia boleh langgar orang, lepas tu blah macam tu je? Gila! Napelah ramai yang gilakan orang gila macam dia tu?" tanya Ate masih sakit hati. Dia mengambil separuh buku yang Melly hulurkan manakala separuh lagi dikepit oleh Melly.
"Handsome."
"Hansem aje buat apa, Mell? Budi bahasa takde," marah Ate. Melly menyeringai.
"Dah, jom masuk kelas. Buat sakit hati aku je," ajak Ate. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam dewan kuliah.
"Tea, Mell!" seorang lagi teman mereka, anak kacukan cina-india yang cukup jelita, Benny melambai-lambai dari bahagian atas. Mereka duduk sebaris.
Ketika Ate sedang mengemaskan timbunan bukunya, Melly mencuit perlahan ke hujung bahunya.
"Apa?" balas Ate tanpa angkat muka. Napelah buku ni tak mau dok diam-diam? Asyik nak jatuh je.
"Tea," panggil Benny pula.
"Apa dia?" kali ni Ate bertanya agak kasar seraya menoleh. Dia terpaku.
Di depannya ada sebuah kotak yang berbalut cantik. Agak besar ukurannya. Ate masih gamam dengan kejutan itu.
"Ingat kami lupa ke? Happy birthday, Ate Zatira," kata Melly sambil peluk Ate erat. Benny pula ambil giliran peluk Ate.
"Thanks, girls. Terharunya."
"Bukaklah," gesa Benny. Tak sabar dia mahu melihat reaksi Ate nanti.
Ate capai kotak itu dan perlahan-lahan membuka balutannya. Dia mengerling seketka ke arah dua temannya yang saling berbalas senyum. Debarannya makin terasa bila dilihatnya sebuah kotak berwarna coklat kosong.
"Cepatlah. Kau ni buat kami suspen ajelah," marah Benny bila dilihatnya Ate lembab saja mahu membuka kotak tersebut. Ate ketawa mendengarnya.
Sebaik saja terbuka, Ate nampak sepasang kasut yang dilihatnya di sebuah butik di Suria KLCC minggu lepas sewaktu mereka keluar bersama. Memang dia gilakan kasut tersebut, tapi harganya yang mencecah ratusan ringgit itu buat dia batalkan hasrat. Dia ingat lagi macam mana dia tak jemu-jemu mencuba kasut tersebut. Lepas letak, cuba lagi. Lepas tu cuba lagi.
"Korang ni..." Ate terharu.
"Suka tak?" soal Melly manja.
"Suka. Thanks. Thank you very much," ucap Ate sambil peluk Melly dan Benny silih berganti. Ketiga-tiga mereka mula berbincang pasal kasut tersebut. Apa nak dipadankan? Majlis apa yang sesuai. Dan banyak lagi.
"Tea, cantiknya subang," puji Melly. Dia baru perasan ketika Ate menyelak rambut ke belakang telinga sebentar tadi.
"Sapa bagi?" tanya Benny cepat. Tak sabar mahu tahu. Maklumlah, menurut Ate, dia masih single lagi. Tapi dia tidak percaya. Masakan gadis secantik dan selincah Ate masih bersendirian.
"Sapa nak bagi, Ben? Beli sendirilah," balas Ate sambil tergelak kecil.
"Tak percaya," gadis berkulit cerah bermata galak itu menggeleng berkali-kali.
"Yeah, she's right. Today's your birthday. Sapa bagi gift ni?" Melly pula mendesak Ate. Dia menggoncang lengan Ate.
"I bought it. Sapa nak bagi subang beribu ringgit ni pada aku?" Ate merendah diri. Namun tak perasan pula memerangkap dirinya sendiri.
"Ahah, thousands! Kau mana ada duit nak beli subang ni," Melly menolak lembut bahu Ate. Ate terdiam. Menggigit kecil bibirnya.
"Cabutan bertuah."
"Ate," Melly dan Benny menjerit serentak. Satu kelas fokus pada mereka. Dua gadis itu menutup mulut mereka dengan tapak tangan. Ate hanya mampu tersengih.
"Tea, tell us. Sapa bagi? Secret admirer ke? Ke ada datuk yang bagi?" tanya Benny. Berminat benar dia nak tahu. Maklumlah, bukan calang-calang orang mampu bagi subang semahal itu. Simpel tapi anggun.
"Atau boyfriend kau yang bagi? Sapa boyfriend kau, Tea? Cakaplah," desak Melly pula. Ate cukup pandai menyimpan rahsia. Tak ada yang tahu sama ada dia sudah berpunya atau masih solo.
"Mana ada," nafi Ate. Saat itu wajah Fariq bertamu, mengundang senyum di wajah Ate. Melly cepat saja menangkap senyum tipis itu. Senyum yang mengandungi seribu satu kebahagiaan.
"Kau senyum tu, adalah."
"Takde. Aku kata takde ni, takdelah. Takkan aku nak bohong korang. Nanti ada, aku canang satu universiti."
"Menyampah," balas Melly. Putus asa.
"Janji tau," kata Benny pula. Ate angguk dan senyum.
Cakap sapa boyfriend aku? Nak mampus.
"Good morning, class."
Mata 40 orang pelajar tertumpu ke depan dewan. Ate kulum senyum. Kelakar melihat Melly dan Benny saling berbisik memuji ketampanan pensyarah mereka hari itu. Dia memandang puas ke arah Fariq yang sedang meletakkan bukunya ke atas meja.
"You look great today," kata Fariq sambil memerhati keseluruhan kelas. Tiba di wajah Ate, dia orak senyum. Kemudian, menuju ke whiteboard setelah memakai spek membacanya.
"Oh, my god! He's smiling at me," Benny cuit hujung siku Melly.
"At me la," balas Melly.
Ate malas masuk campur. Dia menyelak notanya dan mencapai pen.
Actually, that is my boyfriend, ladies. And of course he was smiling at me. Hati Ate ketawa berdekah-dekah.
Tamat kelas, 3 gadis sebaya berusia 23 tahun itu bergandingan keluar. Mereka menuju ke kereta Ate untuk turun makan tengahari.
"Hi, En Fariq. Join us for lunch," ajak Benny cepat sebaik saja melihat Fariq berada di belakang mereka.
"Thanks but no thanks. Saya kena lunch dengan dekan. Ada hal yang nak dibincangkan", kata Fariq sambil tersenyum.
"Oo.. ye ke?" balas Melly kesal.
"Next time saya belanja kamu lunch?" pelawa Fariq. Dia mengerling ke arah Ate yang pura-pura sibuk menyelongkar beg. Rindu mahu menatap mata indah gadis itu.
"Really? That's sounds great," Benny hampir terlompat.
"Okey, ladies. See you around. Bye."
Sebaik saja Fariq berlalu, Ate angkat kepala. Memandang langkah jejaka itu. Tegap dan bergaya.
"Korang rasa, En Fariq dah ada special ke belum?" tanya Melly tiba-tiba ketika mereka sedang menghadap hidangan. Hampir tersembur nasi yang baru masuk ke dalam mulut Ate.
"Aku rasa belum ada," jawab Ate cepat.
"Tapi, umur dia dah 30 tahun. Aku rasa mesti ada," bantah Benny.
"Takkanlah. Dari umur dia belasan tahun sampai dah dekat 30 asyik mengadap buku je. Mana sempat nak cari awek. Ulat buku macam dia tu, tak pandang benda lain tau," kata Ate.
"Tak jugak, Tea. Kan dah lama dia balik Malaysia ni. Takkan tak jumpa lagi"? Melly pula menyuarakan kemusykilannya.
"Aku kata takde. Dari degree, master, lepas tu PHD. Korang imaginelah sendiri. Sempat ke dia nak fikir pasal makwe ni. Dah balik sini, asyik hadap muka kita je. Kita ni manalah layak dengan dia. Dia pandang sebelah mata pun tak mau," panjang Ate menegaskan pendapatnya.
"Kau macam konfiden je. Ada hajat nak masuk jarum ke?" giat Melly.
"Mana ada. Tak kuasa aku," balas Ate. Dia menyuap nasinya cepat.
"Tapi kan..." Benny toleh kiri kanan. Tengok line clear ke tak, nak ngumpat. Ate buat bodoh. Terus suap dan kunyah nasi.
"Ada orang kata dia ada affair ngan student," Benny separuh berbisik.
Ate tersedak. Terbatuk-batuk dia mendengar kata-kata Benny tu. Melly terlopong dan menggeleng kecil.
"Sapa, Ben?" tanya Melly.
"Tak tau. Tak sure. Tapi student law gak."
"Eii... bertuah betul kalau cerita kau ni benar. Aku pun nak ada affair gak ngan En Fariq. Dahlah hansem, seksi, cool plak tu," Melly ketawa kecil.
Ate tahan sabar. Mana tahan beb dengar orang puji-puji balak kita. Tapi sabar jelah, labu.
"Makanlah cepat. Nak kejar kelas plak ni."
"Mak Teh Mah ada datang jumpa mama minggu lepas. Tu yang mama suruh along balik minggu ni," Pn Zaira berhati-hati menyatakan tujuan sebenar dia membohongi Ate supaya balik dengan mengatakan dia sakit.Fakulti undang-undang di awal pagi memang sunyi sepi. Bukan semua pelajar mahu datang pagi semata-mata untuk memeriahkan lagi fakulti terpinggir itu. Lebih enak menarik selimut. Apatah lagi selepas hujan gerimis pagi tadi. Aduh, enaknya tidur!

Along dah bahagia sekarang, ma. Teramat bahagia. Tapi along tak mampu mencanangkan kebahagiaan itu pada dunia. Along tak mampu, ma.
Lena Fariq terganggu dengan deringan telefon bimbitnya yang diletakkan ke atas meja sisi katil. Kalau dari tone bunyi itu, Atea yang membuat panggilan. Matanya terbuka terus dan dia mencapai telefon samsung itu.
“Hello, Bee.”
“Assalamualaikum, abang.”
“Waalaikumussalam,” jawab Fariq. Dia memandang jam. Baru pukul 8 malam. Rupanya dia terlelap lepas solat Asar lewat pukul 6 tadi. Nasib baik tak terlepas maghrib.
“Bee kat mana ni? Kawan-kawan kata balik kampung. Tapi takkan tak cakap sepatah pun dengan abang?” bertalu-talu pula Fariq menyoal.
“Tea nak balik KL malam ni. Bas pukul 9,” terang Atea tanpa menjawab soalan Fariq itu.
“Ok. Abang tunggu Bee kat Hentian Putra pukul 5.”
“Abang, adik Tea ikut Tea balik,” Atea bersuara separuh berbisik.
“Ha, ye ke? Habis tu macam mana?” soal Fariq pula.
“Tea balik kolejlah. Dia datang dalam seminggu. Cuti sekolah,” terang Atea. Fariq lepaskan keluhan. Ini bermakna dia tidur peluk bantallah sepanjang minggu tu.
“Habis tu, takkan abang tak boleh jumpa Bee?”
“Abang, kalau kononnya Tea ni awek abang, boleh tak? Hurm... kita tunjuklah yang kita bercinta depan dia. Tea pun nak jumpa abang jugak,” suara Atea menjadi ceria.
“Boleh, boleh. Tapi make sure adik Bee sorang je yang tahu. Kalau tak, naya abang nanti,” Fariq menuntut janji.
“Yelah.”
“Abang jemput Bee pukul 5 nanti, ek?”
“Okey. Tapi jangan lupa cover-cover sket, tau.”
“Yelah. Hati-hati, sayang.”
“I will. Thanks.”
“I love you, babe.”
Sebaik saja talian dimatikan, senyum sentiasa terukir di bibir Fariq. Esok, dapat jumpa Bee. Tak dapat peluk,
dapat tengok pun jadilah. Dapat pulak berkenalan dengan adik ipar.
Fariq bergegas ke kamar mandi.
Sebelum pukul 5 lagi Fariq dah terpacak di Hentian Putra. Suasana yang sibuk membuatkan matanya tak reti duduk diam. Gelagat orang ramai menjadi hiburannya tika itu. Sesekali Fariq membetulkan duduk.
Sedang asyik memerhatikan orang yang lalu lalang, Fariq terasa bahunya ditepuk orang. Dia menoleh dan Atea tersenyum comel di belakangnya.
“Bee...” Fariq bangkit ingin rasanya memeluk Atea. Tapi baru aje tangannya jatuh di bahu Atea, Atea kerutkan dahi dan buat isyarat mulut. Fariq terhenti, cuba fahami isyarat itu.
“Oh, terlupa!” Fariq sengih.
Alya terdiam menonton sandiwara itu. Terkejut jugak dia melihat kakaknya itu menepuk belakang seorang lelaki. Bila lelaki tu menoleh, hati nakalnya berdetik mengatakan boleh tahan jugak citarasa kakaknya itu.
Dan bila lelaki yang tinggi dan bertubuh tegap itu meraih bahu kakaknya, makin dia pelik. Kakaknya itu tak pernah bercerita yang dia dah berpunya. Kalau dulu, mereka selalu berkongsi rahsia, tapi semenjak dua menjak ni, jarang sangat. Atea nampaknya menyimpan banyak rahsia.
“Angah, kenalkan kawan along. Abang Fariq. Fariq, ni adik saya, Alya,” perkenal Atea.
Pelik Fariq mendengar Atea menyeru namanya. Bunyi macam kasar aje. Tapi Fariq orak senyum dan melambai ke arah Alya. Gadis bertudung putih itu senyum dan angguk sedikit. Comel macam kakaknya jugak. Tapi Alya ni tinggi lampai orangnya. Tak macam Atea yang kecil kemetot.
“Ha, tu mesti kutuk orang pendeklah tu,” kata Atea tiba-tiba seakan dapat membaca isi hati Fariq. Ketawa Fariq tercetus. Alya turut ketawa kecil.
“Tahu je awak isi hati saya ni, ye,” balas Fariq. Atea tarik muncung.
“Alya, kenapa awak ni tinggi lampai orangnya. Tapi kakak awak ni kecik je. Cam Amy Mastura ngan Nasha Aziz.”
“Waktu kecik dulu, dia tak suka makan kacang panjang. Asyik nak makan kacang tanah je. Sebab tulah bantut,” Alya turut mengusik kakak kesayangannya itu.
“Hei, mana aci! Angah kena cover alonglah.”
Fariq tertawa senang. Dia mencapai beg dari tangan Atea dan mengajak mereka ke keretanya di tempat parking. Alya berjalan seiringan dengan pasangan itu. Fariq ambil peluang. Tangan kanannya dilingkarkan ke pinggang Atea dan sepantas kilat dia kucup ubun-ubun Atea. Cepat-cepat takut Alya nampak.
Atea hulur jelingan maut. Risau kalau Alya nampak. Nanti apa pula kata gadis tu. Mesti dia kata kakaknya gatal. Mesti dia agak kakaknya ni dah jauh menyimpang dari ajaran agama. Dah la tak nak pakai tudung, buat benda haram lak.
“Nak balik hostel ke?” tanya Fariq sebaik saja mereka sudah berada dalam perut kereta. Atea menoleh dan angguk sekali.
“Yelah, sian Alya. Penat.”
“Alya penat ke, awak yang penat?” usik Fariq.
“Awak ni kan, kalau baru jumpa je mesti asyik nak kenakan saya,” kata Atea sambil menjeling ke arah Fariq. Alya kulum senyum.
“Saya rindu.”
Muka Atea merah padam. Dia pandang keluar manakala Alya tergelak kecil. Fariq orak senyum. Seronok melihat wajah Atea merah padam. Bukan selalu dapat lihat situasi tersebut.
“Makcik saya dah berhijrah...” kata Fariq tiba-tiba.
“Makcik? Makcik yang mana pulak ni?” tanya Atea pelik. Tiba-tiba keluar makcik. Tak pernah pun Fariq cerita tentang makciknya.
“Alah, yang awak pernah tumpang tukar pakaian kat rumah dia tu. Alah, rumah yang saya tumpang bermalam kalau malas balik rumah,” Fariq kenyit-kenyit mata. Atea bingung lagi.
“Ooo... makcik Lela tu, kan?” Lantaklah Lela ke Rela ke. Tapi dia masih blur lagi. Kenapa?
“Dia dah berhijrah. Tinggalkan rumah tu pada saya sampai dapat cari penyewa baru. Apa kata kalau bawak aje Alya ke rumah tu?”
“Eh, mana boleh,” potong Atea cepat. Nak mampus?
“Kenapa tak boleh?” soal Fariq pula.
“Mana boleh. Nanti apa pula kata makcik awak. Tak boleh,” Atea geleng kepala berkali-kali. Terbayangkan almari pakaian yang penuh dengan bajunya.
“Takde apalah. Makcik saya tu dah angkut semua dia punya baju,” Fariq bagi hint.
“Iya?”
“Iya. Awak dengan Alya duduklah rumah tu sementara Alya bercuti ni. Kat hostel tu sempitlah. Tak selesa nak tidur berdua. Takpelah, makcik saya takkan tahu kalau awak tak report. Nanti senang saya nak bawak korang jalan-jalan.”
“Okey,” Atea setuju.
Memang benar kata Fariq. Semua almari kosong. Atea tahu Fariq simpan dalam almari kat bilik stor tu. Bilik pun kemas aje. Alya masuk ke bilik kedua yang Fariq arahkan.
“Kenapa dia tak boleh tidur dengan saya?” tanya Atea bila Alya dah lenyap ke bilik tetamu tu. Fariq kenyit mata.
“Nanti susahlah abang nak menyelinap."
“Gatal,” Atea marah Fariq. Marah-marah manja. Fariq cuma ketawa dengan tuduhan itu. Gatal pun gatallah. Asal saja gatal dengan Atea.
“Okey, Alya. Abang Fariq balik dulu. Buatlah macam rumah sendiri, ya,” pesan Fariq sambil menjenguk ke dalam bilik Alya. Alya yang sedang mengeluarkan pakaian menoleh dan angguk.
“Okey, thanks.”
“Esok, kakak awak cuti. Nak kemana-mana cakap aje dengan dia. Nanti dia tahulah mana nak cari abang, okey?”
“Yes, sir.”
Atea menghantar Fariq ke pintu. Ketika Atea mahu menutup daun pintu, Fariq halang dengan kakinya yang panjang itu. Atea jenguk muka.
“Kenapa ni, abang? Balik tidurlah. Abang tentu penat,” kata Atea lembut.
“Bagilah cium dulu, sayang,” pinta Fariq, lagi lembut.
“Nanti Alya nampak,” tolak Atea. Dia menjenguk ke dalam. Pintu bilik Alya masih terbuka.
“Tak, kejap je.”
“Abang, lain kalilah.”
“Please!”
Kesian Atea tengok Fariq macam kebulur sangat. Tu baru 3 hari dia balik kampung. Kalau sebulan, setahun, mau Fariq mati berdiri. Atea hulur kepalanya keluar.
“Bee, I love you very much,” kata Fariq sambil kedua tapak tangannya meraih wajah Atea agar hampir. Baru aje bibirnya bertemu bibir Atea, kedengaran Alya memanggil.
“Ye, along datang,” Atea tolak tubuh Fariq agar menjauh dan daun pintu dirapatkan. Fariq tak mampu berbuat apa lagi. Longlai dia melangkah ke lif.
Empat hari Alya bercuti ke KL, banyak tempat dah dilawatinya. Malam pertama Fariq bawanya ke Dataran Merdeka, melihat gelagat manusia. Lewat pukul 3 pagi baru mereka pulang. Dia pula terus lompat ke atas katil Atea. Terlena tanpa sedar. Dan Fariq hanya mampu memberi jalan kepada Alya.
Hari kedua dan ketiga jatuh pada hari minggu. Atea takde kuliah dan Fariq tak kerja. Mereka ke PD. Pagi, petang, siang, malam, Atea dan adiknya yang memang gila pantai tu tak lekat kat bilik. Kalau pagi berjoging di tepi pantai, malam pula mereka mengira bintang di pesisir pantai.
“Alya, abang pinjam kakak awak kejap, boleh?” pohon Fariq selepas mereka makan malam di restoran hotel itu.
“Okey, sejam sepuluh ringgit je. Tak mahal, diskaun dah tu,” gurau Alya.
“Wei, ingat kakak awak ni semurah tu ke?” balas Atea. Masih tersenyum.
Alya kemudiannya meninggalkan pasangan itu. Dia melangkah naik ke bilik dan mengambil peluang itu untuk menghabiskan novel yang dibawanya.
Fariq ajak Atea susuri pantai. Tangannya melingkar ke bahu Atea dan Atea peluk pinggang Fariq erat. Mereka kemudiannya duduk di pinggir laut yang sedang pasang itu. Atea menjatuhkan kepalanya ke bahu Fariq.
Sepanjang malam mereka berkeadaan begitu. Berbual ringan dan sesekali ketawa mereka bersatu. Fariq hantar Atea hingga ke pintu. Kucup hangat dahi Atea sebelum mengizinkannya masuk.
Hari itu, hari keempat. Fariq bawa mereka ke Cosmo’s World di Time Square. Alya betul-betul enjoy. Fariq hanya menjadi pemerhati sahaja. Namun Alya perasan yang Fariq tu gemar merenung kakaknya. Renungan tajam memikatnya itu sering dibalas dengan jeliran lidah dari Atea.
Alya tahu kakaknya itu malu dengannya. Kalau Fariq raih jarinya, cepat aje dia mengelak kalau Alya ada bersama. Alya pernah terserempak Fariq membelai rambut kakaknya. Ketika itu dia meninggalkan mereka berdua untuk ke tandas.
Walaupun kurang senang membiarkan Fariq sewenang-wenangnya menyentuh tubuh kakaknya, namun tak pula dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Sebagai seorang perempuan, dia tahu kakaknya berhak mendapat layanan itu. Tapi sebagai muslimah, dia kurang senang.
Dua hari lepas, sebelum ke PD, dia ternampak satu frame gambar yang tersembunyi di belakang rak buku. Bersusah payah baru dapat dikeluarkan. Kat dalam frame tu ada gambar palaroid kakaknya dan Fariq. Atea terlentuk manja manakala Fariq memeluknya dari belakang.
Yang membuatkan dia risau, Atea hanya berseluar pendek dan t-shirt putih. Manakala Fariq pula bertuala tidak berbaju. Dia takut kalau-kalau hubungan mereka bukan hanya sekadar teman bersiar-siar sahaja. Dia takut kalau hubungan mereka dah jauh terlajak. Dia takut kakaknya hidup diselubungi dosa. Dia sayangkan kakaknya itu.
Selepas makan malam di Kampung Baru, Alya menolak bila Atea mengajaknya balik. Dia masih mahu bersiar-siar dan melihat betapa indahnya Kuala Lumpur pada waktu malam. Akhirnya Fariq pusing-pusing bandar.
“Macam nak hujan je,” detik Alya tiba-tiba. Atea turut menjenguk keluar.
“Dah lama KL tak hujan, ngah. Elok jugak hujan.”
Memang benar. Malam itu bukan saja hujan, malah disertakan dengan ribut petir sekali. Pukul 3.30 pagi Alya terjaga. Takut dengan bunyi guruh dan kilat yang saling sabung menyabung, dia heret kakinya ke bilik Atea. Bantalnya dipeluk rapat ke dada.
Pintu diketuk perlahan-lahan. Bila dipulas, rupanya tombol tak berkunci. Perlahan-lahan jugak Alya tolak pintu. Baru aje dia nak melangkah masuk, kilat memancar terang. Bantal dalam pelukan Alya jatuh.
Dia bukan terperanjatkan kilat. Dia terkejut melihat rupanya Atea tidak keseorangan. Kakaknya itu sedang lena dalam pelukan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Fariq. Kedua-duanya berbungkus dalam gebar tebal.
Alya capai bantalnya lalu berlari masuk ke dalam biliknya kembali. Pintu ditutup dan terus dikunci. Di atas katil, dia menangis teresak-esak.
Atea membuka mata. Dia nampak pintu bilik sedikit terbuka. Ketika mahu bangun merapatkan daun pintu, Fariq buka mata.
“Kenapa, Bee?” soal Fariq sepatah.
“Pintu. Pintu terbuka.”
“Angin tiup agaknya,” kata Fariq menyedapkan hati Atea. Dia kembali merangkul Atea ke dalam pelukannya.
Atea terdiam. Dia ingat lagi, malam tadi dia yang menutup pintu. Dia yang merapatkan daun pintu, dan dia terlupa untuk menekan punat kunci.
“Abang.”
“Emm...”
“Dah dekat pukul 6 ni. Abang baliklah. Nanti Alya jaga.”
“Kejap lagilah.”
“Cepatlah. Tea takut. Alya selalu bangun waktu ni.”
Mahu tak mahu, Fariq bangun juga. Pakaian disarung ala kadar saja. Dia pandang lama wajah Atea dan sebelum melangkah ke pintu dikucup hangat dahi Atea. Di pintu, dia menoleh. Atea yang masih berbaring di atas katil dipanggil perlahan.
“Bangun mandi, sayang. Nanti terlepas Subuh.”
“Tahulah.”
“Bangun sekarang,” mendengar permintaan itu seperti arahan, Atea duduk di birai katil. Tubuhnya dibalut dengan gebar. Dia menghayun kakinya malas.
“Baliklah.”
“Yelah, yelah. Bye bye.”
Sebaik saja Fariq keluar, Atea kembali merebahkan tubuh dan menarik gebar. Seminit kemudian, dia kembali terlelap.
“Along kelas sampai tengahari je hari ni. Nanti boleh kita pergi jalan-jalan,” cadang Atea pada Alya sewaktu mereka sedang bersarapan.
“Abang Fariq?”
“Dia kerja sampai petang. Kalau nak keluar dengan dia, malam nanti bolehlah.”
“Nak keluar dengan apa?” tanya Alya dingin.
“Kereta. Along boleh pinjam kereta kawan.”
“Erm... tak payahlah kot sebab malam nanti angah nak balik kampung”.
Atea terdiam mendengar kata-kata Alya itu. Dipandang lama wajah bersih dan cerah itu. Alya teguk susunya perlahan-lahan.
“Kata nak duduk seminggu.”
“Angah rindukan mama.”
“Temankanlah along lagi sehari dua,” pujuk Atea.
“Tak mahu. Angah nak balik jahitkan tulang belut untuk mama,” tegas Alya. Atea sedikit terperanjat bila Alya meninggikan suara begitu.
“Yelah, nanti along belikan tiket.”
Selepas maghrib, mereka bergerak. Sepanjang perjalanan, Alya hanya berdiam diri. Usikan dari Fariq hanya dibiarkan berlalu bersama deru angin kota. Akhirnya, perjalanan mereka hanya ditemani lagu dari corong radio.
Selepas bersalam dengan Atea, Alya terus mendaki tangga bas. Tidak menoleh langsung. Lambaian Atea dibiarkan sepi. Sebak menghimpit perasaan Atea. Dia bingung. Mahu membuat kesimpulan sendiri, tapi itulah yang dia paling benci.
Di dalam kereta, Atea melepaskan tangisan di dada Fariq. Fariq tak mampu berbuat apa-apa, hanya membelai ubun-ubun Atea lembut. Alya di dalam bas mengalirkan air mata mengingatkan yang rupanya sudah jauh kakaknya itu. Sudah terlalu jauh mereka terlanjur.
Ya Allah, Kau ampunkanlah along!
Majlis sempena usia perkahwinan yang ke-30 antara Datin Hajar dengan Datuk Fadil itu sungguh meriah sekali. Rata-rata jemputan terdiri daripada orang terkenal di Malaysia. Lelakinya kacak bersut manakala wanitanya jelita dalam dress malam yang anggun.
Atea mengenakan dress bertali halus berwarna merah darah ikan. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang cerah. Sehelai selendang berwarna keemasan diletakkan ke atas bahu bagi melindungi bahunya yang terdedah. Rambutnya diikalkan bahagian hujung dan dia bersolek tipis. Cukup jelita.
Melly sedari tadi tak berhenti berbual dengan seorang teman lamanya. Sesekali perbualan berkisar kepada final examnya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Kemudian berkisar kepada kehidupan seharian mereka. Atea sajalah yang menyampuk sesekali. Dia rimas dengan renungan tajam dari Fariq yang sentiasa berdampingan dengan kedua orang tuanya.
Dia hadir ke majlis itupun kerana Melly yang mendesaknya. Katanya sebagai teman kerana Benny tidak dapat hadir. Lagipun, ada kejutan yang bakal mereka terima yang mana dia sendiri tidak tahu apakah ia. Melly juga ada bercerita rupanya Fariq itu merupakan anak rakan kongsi daddynya yang bersama membuka syarikat mereka satu waktu dulu.
Atea perasan air muka Fariq sewaktu mereka mula bertemu tadi. Sewaktu bersalam, Fariq menggenggam erat jarinya. Seakan-akan bertanya mengapa hadir ke majlis itu tanpa persetujuannya. Ingin rasanya Atea menyalahkan Melly yang bersungguh benar mengajak.
Fariq enggan larikan pandangannya daripada wajah Atea. Jelita sungguh wanita kesayangannya itu. Dengan rambutnya yang bercahaya disimbah cahaya lampu, dia nampak seksi. Sudah lama mereka tidak bertemu. Fariq terpaksa pulang ke rumah setiap hari manakala Atea sendiri sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan.
Kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama adalah malam annual dinner fakulti. Itupun selepas ‘queen of the night’ itu habis sessi bergambar. Kemudian Fariq terpaksa ‘menculik’ Atea.
“Riq, panggilkan uncle Lan dengan untie Sarah. Jangan lupa Mellisa sekali.”
Fariq akur. Merapati ibu bapa Melly sebelum mendapatkan Melly yang sedang rancak berbual dengan Atea.
“Melly, father I panggil you,” kata Fariq sambil memandang sekilas ke arah Melly. Melly senyum dan melangkah pergi.
Fariq menoleh ke arah Atea. Merasakan itu waktu yang terbaik untuk berbicara, biarpun sekadar mengucapkan kata cinta dan rindu. Atea angkat muka dan matanya yang indah itu seakan melemaskan Fariq tika itu.
“Baby...”
“Tea, jomlah ikut aku,” tiba-tiba Melly berpatah balik dan menarik lengan Atea agar menemaninya.
Atea tidak mampu berbuat apa. Begitu juga dengan Fariq. Ketika membontoti Melly, Atea menoleh sekali. Mereka hanya mampu bertentangan mata dan membiarkan pandangan mata mengucapkan betapa mereka rindu.
Atea berdiri betul-betul di depan Melly yang berdiri paling hujung di barisan hadapan. Mereka saling berbalas senyum. Atea sesekali memandang ke arah barisan ibu bapa Melly dan Fariq. Fariq yang berdiri paling hujung di sebelah ibunya sesekali mengorak senyum ke arah Atea.
“Kami berterima kasih dengan kehadiran anda semua. Selama 30 tahun berkawin dengan datin dan dikurniakan sepasang cahayamata, kami bersyukur. Kasih sayang kami masih tebal dan setiap hari akan bertambah. Insyaallah.” Datuk Fadil paut bahu isteri tersayang dan para hadirin bertepuk tangan.
“Kami, dengan berbangganya mengumumkan sempena tarikh perkahwinan kami ini, adalah hari pertunangan anak lelaki kami, Fariq Hazri dengan anak Datuk Mazlan dan Datin sarah iaitu Mellisa sofeahoney.”
Tepukan dari para hadirin amat gemuruh. Wajah Fariq berubah. Tegang dan terkejut. Spontan anak matanya mencari wajah Atea. Melly pun nampak terkejut tapi dia kelihatan gembira. Dan Atea terpaku. Kaku. Tidak semena-mena kakinya bergetar.
Fariq enggan tapi paksaan dan pandangan mata babahnya memaksa dia menyarungkan cincin berlian itu ke jari Melly. Dia tidak mahu. Cukuplah seorang saja yang disarungkan cincin. Dia tidak mahu mengkhianati cinta itu. Tidak sesekali apatah lagi di depan cinta itu sendiri.
Sebaik saja cincin bertukar jari, hadirin bertepuk tangan lagi. Atea masih kaku di tempatnya. Menahan air mata dari tumpah. Dalam masa yang sama menggagahkan kakinya untuk melangkah. Dari tadi lagi dia mahu meninggalkan majlis itu, tetapi kakinya terasa amat lemah. Hanya dibiarkan saja matanya menatap peristiwa itu.
Sebaik saja Fariq mencium pipi Melly kerana dipaksa ibunya, ketika itulah kekuatan Atea kembali. Dia memusing tubuh untuk menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua itu. Satu pengkhianatan yang amat besar, dan merobek hatinya.
Namun seorang pelayan yang membawa sedulang air melanggarnya menyebabkan gelas-gelas memuntahkan isi ke atas bajunya sebelum jatuh menyembah bumi. Bunyi kaca pecah menarik perhatian semua hadirin. Melly gamam seketika sebelum bergegas turun.
“Cik, maafkan saya,” pelayan yang tak bersalah itu berkali memohon maaf. Atea tidak menghiraukan maaf itu. Dia membiarkan saja basah di bajunya. Tanpa sempat Melly merapati, Atea sudah hilang di celah keramaian manusia.
Atea berjalan pantas ke kereta. Dia ingin berlari agar cepat sampai, tapi entah kenapa kakinya masih lemah.
Terketar-ketar dia mahu sampai. Sambil itu, dia menyelongkar tas tangan mencari kunci.
Dengan tangan yang menggeletar, segalanya menjadi susah. Ketika menghentak kunci dari dalam beg, beg comel itu terlucut dari tangannya dan jatuh. Semua isinya berserakan di atas tar. Terketar-ketar Atea berlutut dan memungut satu persatu barangnya.
“Baby.”
Fariq turut berlutut di depan Atea. Membantunya memasukkan kembali ke dalam beg. Melihat tangan Atea terketar-ketar, dipandangnya wajah itu. Atea menangis. Air matanya bukan saja sudah membasahi wajah mulusnya, tapi esakannya juga kedengaran tertahan.
“Baby.”
Fariq peluk Atea erat. Walaupun Atea tidak membalas pelukannya itu, dia tetap mengeratkan pelukan. Dicium rakus seluruh wajah yang basah itu. Dikucup berkali-kali ubun-ubun Atea. Dan Atea hanya membatukan diri.
“Bee, maafkan abang.”
Tiba-tiba Atea tolak tubuh Fariq. Dia bingkas berdiri dan Fariq turut sama berdiri. Merenung wajah Atea. Keduanya saling bertentangan pandangan.
“Baby.”
“No,” Atea angkat tangan menjarakkan tubuh mereka. Dia tidak mahu Fariq merapatinya. Dia tidak mahu Fariq merangkulnya. Dia tidak mahu Fariq menciumnya. Fariq... Fariq tunangan orang.
“Abang tunangan orang. Abang tunang kawan baik Tea,” bisiknya perlahan. Enggan memandang wajah Fariq.
“Tapi abang kan...”
“Sapa cakap? Abang yang minta perkara ni dirahsiakan,” potong Atea cepat. Dia tahu apa yang Fariq mahu katakan.
“Bee, abang tak tahu apa-apa pun,” Fariq masih membela diri.
“Please, no more excuse.”
“It’s true. Babah jalankan rancangan ni tanpa pengetahuan abang.”
“Stop it,” halang Atea.
“I know nothing.”
Atea buat tak dengar. Capai kunci kereta dan membolos masuk. Pintu dikunci dan dia menghidupkan enjin. Tanpa menghiraukan Fariq, dia memecut pulang ke kolej. Fariq mencekak pinggang dan memejam mata seraya mendongak ke langit. Sedikit sesal dengan sikap Atea.
Kenapa Bee tak mahu bagi peluang pada abang?
“Fariq, mana Atea?” Melly tercungap-cungap menghampiri. Ternyata dia terlewat. Sebelum sempat mengejar Atea tadi, dia 'singgah' memarahi pelayan yang sudah pucat lesi itu.
Fariq berlalu melewati Melly tanpa menjawab soalan itu. Melly yang agak lurus bendul, bak kata orang putih 'blonde with no brain' itu tudak pula mengesyaki apa-apa bila melihat Fariq mengejar Atea sekejap tadi.
“Fariq, where is she? Where is Atea?” ulang Melly bila melihat Fariq seakan tidak mahu menjawab soalannya.
“Gone,” sepatah Fariq menjawab. Kemudian dia berlalu meninggalkan Melly.
Kesian Atea. Napelah pelayan tu cuai sangat???
Atea bungkam di bahagian belakang kelas. Dia dengar suara Fariq mengajar. Tapi tidak tahu apa yang diajarnya. Dia hanya terdengar Fariq menyeru namanya, menyebut betapa dia cinta dan rindu. Mendengar dengusan dan hembusan nafas Fariq saja.
“Atea Zatira!”
Atea tersentak. Itulah kali pertama Fariq memanggil namanya sejak mereka berkenalan 3 tahun lalu. Atea ingat lagi, mereka tidak pernah berkawan. Dia ingat dialog Fariq ketika kali pertama bertemu empat mata.
“Hai, Baby. Dah lama abang perhatikan Bee. Tak tahu kenapa, tapi ada perasaan sayang dalam diri abang. Boleh kita bercinta?”
Cuitan Melly di bahu mengembalikan Atea ke alam nyata. Dia angkat muka memandang Fariq di depan kelas. Melly dan Benny berpandangan. Pelik dengan sikap Atea. Sudah hampir 2 minggu dia begitu. Macam orang sakit. Termenung dan selalu menjauhkan diri. Katanya tak cukup tidur.
“Saya perhatikan awak banyak termenung sekarang ni. Lepas ni jumpa saya di pejabat saya," pesan Fariq sambil menanggalkan cermin matanya. Dia mengambil bukunya dan melangkah ke pintu. Terus berlalu.
“Tea, kau nak kami temankan kau?” tanya Benny bila melihat Atea mengorak langkah ke bangunan yang menempatkan bilik pensyarah.
“Tak apalah,” Atea menolak lembut. Bukan apa, dia takut kalau dia tertinggi suara nanti, terdengar pulak mereka di luar.
“Aku rasa lebih baik kami temankan kau. Encik Fariq tu lelaki, hari pun dah petang. Lagipun, dia kan dah resign.
Aku takut kalau dia ambil kesempatan nanti”, kata Melly pula. Dia lebih risaukan teman baiknya itu. Takut tunangnya membuat perkara yang tak baik pada Atea.
Aku takut kalau dia ambil kesempatan nanti”, kata Melly pula. Dia lebih risaukan teman baiknya itu. Takut tunangnya membuat perkara yang tak baik pada Atea.
“Percayalah, aku takkan apa-apa. Korang baliklah dulu," Atea angkat kepala dan hulur senyum pada Melly dan Benny yang asyik menjawab panggilan.
“Tapi...” Melly masih bimbang.
“Pergilah balik dulu. Kan hari ni kau nak tengok baju pengantin dengan bakal mak mentua.”
“Oh, ya jugak. Kau tak nak temankan aku?” tanya Melly.
“Kau pergilah. Ajak Benny. Diakan arif pasal baju pengantin ni. Kau pun boleh survey kat kedai makcik dia,” cadang Atea.
“Okey,” Melly senyum. Diraihnya Atea ke dalam pelukan. Kemas sekali dia memeluk teman tersayang.
“Kami pergi dulu, take care.”
Atea menanti hingga dua teman itu menghilang ke tempat parking kereta. Kemudian lambat-lambat dia menapak ke bilik Fariq. Malas mahu bertemu muka dengan lelaki itu. Walau rasa rindu membuak-buak, Atea takut mahu bertentangan mata dengan Fariq. Dia tahu dia akan kalah.
Sebab itulah sudah dua minggu dia tidak pulang ke apartmen Fariq. Entah macam manalah keadaan rumah berbilik tiga itu. Kemas atau berselerak. Fariq bukannya rajin sangat mahu mengemas. Pakaian dicampak ikut suka. Sinki penuh pun dia buat bodoh aje.
Fariq hanya memerhatikan Atea masuk. Hari itu Atea memakai baju kurung putih berbunga ungu. Fariq memang suka kalau Atea pakai baju kurung tu. Nampak ayu. Rambutnya disepit dan separuh dibiarkan berjuntai. Walaupun wajahnya nampak pucat, keindahan masih sudi bertamu di situ.
Melihat Atea hanya berdiri di depan pintu, Fariq bangun dari kerusinya dan menghampiri Atea. Dipegangnya kedua belah pipi Atea dan sebuah ciuman diberikan ke hujung hidung Atea. Atea memejam matanya seketika.
Satu rutin yang akan Fariq lakukan bila saja bertemu Atea. Tidak kiralah walau dia baru meninggalkan Atea seketika atau baru keluar dari kamar mandi sekalipun. Hidung itu akan dicarinya dulu. Rasa rindu hilang sebaik saja bibirnya bertemu hidung Alya.
Hebat betul penangan hidung anak melayu itu. Tidaklah terlalu mancung, tapi kecil dan cantik terletak. Atea tidak pula membantah malah dia akan ketawa mengekek bila Fariq mencium hidungnya.
“Bee duduk dulu.”
Atea akur pada arahan itu. Duduk di sofa yang berada di sebelahnya. Dia meletakkan fail ke atas riba dan tunduk.
Fariq ke pintu, membuka daun pintu dan meninjau keluar kalau-kalau Melly dan Benny menemani Atea. Berpuas hati dengan keadaan kaki lima yang lengang, dia kembali menutup pintu.
“Bee sihat?” soal Fariq lembut sambil duduk di sebelah Atea.
Fail yang Atea daratkan atas pahanya dialihkan ke atas meja. Kemudian dia meletakkan tangan ke atas paha Atea dan diusap lembut. Atea angkat muka.
“Abang nampak Tea macam mana?” tanyanya ringkas. Dengan intonasi suara yang mendatar.
“Abang tengok Bee macam sakit je.”
“Tea sihat. Cuma hati Tea ni aje yang sakit. Pedih macam kena siat,” adu Atea. Fariq orak senyum.
“Abang faham, sayang.”
“Macam mana Tea nak senyum kalau... kalau...” Atea tak mampu menyebut perkataan itu.
“Kalau apa?” tanya Fariq lembut. Dia ingat lagi Atea bersumpah takkan menyebut perkataan itu sehinggalah saat yang sesuai. Saat yang mana semua akan ada untuk menjadi saksi.
“Kalau abang bakal jadi suami perempuan lain tak lama lagi. Perempuan tu pulak teman baik Tea. Tea rasa dikhianati. Dalam masa yang sama Tea juga rasa Tea ni mengkhianati,” adu Atea lagi. Dia mahu meluahkan semua yang membuku di hatinya. Setitis air matanya jatuh.
“Lama lagi, sayang. Lagi setahun baru abang setuju nak kawin dengan Melly. Umur abang waktu tu dah hampir 30 tahun, kan? Bee ingat tak, kalau abang dah 30 tahun, apa abang boleh buat? Abang dah cerita pada Bee, kan? Waktu tu babah dah tak berhak lagi atas diri abang. Abang milik Bee sepenuhnya,” Fariq belai rambut Atea.
“Tapi kalau mereka nak awalkan? Kalau babah abang nak awalkan?”
“Who’s the groom here? Me or him?”
“Tea... Tea takut. Takut kalau abang jatuh ke tangan orang lain,” Atea menyuarakan kebenaran. Fariq pegang pipi Atea dan merenung ke dalam mata Atea.
“Bee ingat tak lagi abang janji? Kan abang dah janji yang abang takkan sesekali tinggalkan Bee. Abang akan tetap bersama Bee, selagi Bee perlukan abang. I won’t leave you. Except you ask me for. Ingat tak, sayang?” tanya Fariq mesra.
“Abang janji sekali lagi,” pohon Atea. Dia mendaratkan kepala ke dada Fariq. Jarinya menyeka air mata.
“Apa dia, Bee? Cakap je. Abang akan ikat janji tu.” Fariq belai rambut Atea.
“Selain Tea, orang lain tak boleh jadi isteri abang. Takkan ada satu pun perempuan yang akan jadi permaisuri di hati abang. Selagi Tea hidup, kedudukan tu hanya untuk Tea.”
“InsyaAllah, sayang. Abang berjanji. Tapi Bee jangan lupa mohon dengan Allah. Moga-moga isteri abang hanya Bee sorang je.”
Atea angguk. Dia melingkarkan tangan ke pinggang Fariq. Secarik senyum terukir di bibirnya.
“Bee,” Fariq menyeru lembut di telinga Atea. Dikucupnya hangat cuping telinga Atea. Atea tahu keinginan Fariq.
“Jangan, abang. Nanti orang dengar,” tegah Atea.
“Mana ada orang lagi, semua dah baliklah. Bolehlah. Abang rindu sangat-sangat kat Bee,” Fariq memujuk.
Tangannya mula naik membelai telinga Atea yang satu lagi.
Tangannya mula naik membelai telinga Atea yang satu lagi.
Atea merenung dalam ke arah Fariq. Fariq tahu kelemahan Atea. Telinga. Sebelum tidur, Atea akan minta Fariq mainkan telinganya. Dan Fariq tak menolak. Membelai lembut hinggalah Atea memejam mata. Atea hanya mampu merenung ke dalam anak mata Fariq saat lelaki itu merapatinya.
Suasana di Super Bowl memang meriah. Sejak dari pukul 11 lagi mereka bertamu di situ. 4 lane menjadi medan perang. Game pertama baru saja berakhir dan masuk ke game kedua pula. Group ‘gadis anggun’ yang diketuai oleh Melly masih mendahului. Memang Melly tu kaki boling. Tak mustahil dia akan mampu jatuhkan tak kurang 8 pin sekali baling. Sekali main, selalu tak kurang 140 mata balingannya.
Atea pulak mampu menjatuhkan lebih dari 7 pin dengan sekali balingan. Dulu, dia dan dua temannya itu memang selalu berkunjung ke situ. Main sampai lewat malam. Benny pun tak kurang hebat. Tak pernah sekali pun cuci longkang. Semuanya smooth je.
Group ‘jejaka hensem’ yang diketuai oleh Jerry sesekali memintas group ‘gadis anggun’. Rupanya lelaki itu juga merupakan pengunjung tetap di situ. Melly cuba juga nak ingat kalau-kalau mereka pernah bersua di situ. Tak pernah pun.
Group ‘kami steady je’ merupakan group yang diketuai oleh Fariq. Sebelum ni dia haram nak sentuh bola boling, tiba-tiba dipaksa join sama dengan diorang. Asyik cuci longkang jelah. Terbahak-bahak dia diketawakan. Atea hanya mampu senyum. Rupanya ada juga yang Fariq tak tahu. Group itu hanya tahu kontrol hensem ajelah.
Dan akhir sekali, group ‘low profile’. Diorang baling pun ikut suka aje. Ada yang bersila baru gelek bola, ada yang buat aksi stunt. Pendek kata memang tak kering gusi mereka dibuatnya.
“Tea, your turn,” cuit Melly.
Atea bangkit, memilih bola ungu sebelum melangkah ke lane. Dia tatap lama pin-pin yang tersusun tertib di depannya. Fokus. Ketika mahu menghayun tangannya, Jerry yang juga mahu memulakan balingan berdehem.
“Cantiklah awak pakai baju maroon ni. Tapi kalau tak pakai apa-apa, lagi lawa.”
Bola boling Atea cantik aje senget ke kiri sebelum masuk longkang. Atea gamam melihat bolanya cuci longkang. Dia bercekak pinggang memandang ke arah Jerry yang ketawa besar. Jerry kenyit mata dan bersedia nak buat lontaran tercantik.
Atea ambil peluang balas dendam. Dia menanti peluang terbaik dan berbisik ke telinga Jerry. Bisikan itu saja telah membuatkan Jerry hilang arah tuju. Macam Atea, bolanya juga cuci longkang. Atea ketawa kecil dan membuat balingan sekali lagi. Strike. Ketika melewati Jerry yang masih tak puas hati, Atea kenyit mata.
Fariq nampak kelakuan dua individu itu. Dia terlalu nak tahu apa yang dibisikkan Atea hinggakan tumpuan Jerry terhadap lorong hilang. Pro macam Jerry pun boleh tersasar. Apa yang Atea bisikkan?
Atea kembali duduk dan bergelak ketawa dengan teman-temannya. Fariq yang duduk bertentangan dengannya mengintai dari balik bahu Jerry yang tegap itu. Dia nampak Atea berbisik sesuatu dengan Melly dan Benny yang mengundang tawa mereka bertiga.
“En Fariq. Your turn,” Gina cuit bahu Fariq yang kelihatan terintai-intai itu. Fariq menoleh.
“Awak tolonglah, ya. Tak kuasa saya nak kena gelak dengan you all lagi,” balas Fariq. Tak kuasa dah nak tengok Atea gelakkan dia.
“Mana boleh.”
“Please! Please! Please!”
“Hey, tak boleh tukar tau! Tak aci,” Atea yang terdengar perbualan itu bangun bercekak pinggang. Matanya fokus pada Fariq dan senyum tipis.
“Saya nak gunakan kuasa veto. Saya tak nak ambik turn,” Fariq bangun juga.
“Mana kira kuasa veto. Kita bukan kat kelas sekarang ni, En Fariq,” tokok Sham. Fariq bungkam.
“Jom saya ajar En Fariq cara yang betul nak buat hayunan tangan yang cantik supaya bola tu jatuhkan pin,” pelawa Atea. Dia bergerak ke depan.
“No, thanks.”
“En Fariq. Come,”
Atea jengilkan mata. Nak tak nak, Fariq mampir. Dia ambil bola oren, yang ringan. Dia ikut cara Atea hayun tangan dan tubuhnya. Nak tergelak Atea dibuatnya. Teman-teman yang lain dah gelak. Macam orang nak menari pun ada. Macam nak bersilat pun ye jugak. Keras semacam aje.
“Cantik abang hayun tubuh. Macam nak nari salsa,” usik Atea berbisik. Fariq tegakkan tubuh dan kembalikan bola ke tempatnya. Dia ketawa kecil dengan usikan Atea tu. Nakal.
“Jerry, jom main pool,” ajak Fariq.
“Tapi game kita tak habis lagi ni,” jerit Benny bila melihat Fariq dan Jerry bergandingan ke meja pool. Dua teman itu buat tak tahu, selamba aje mereka meninggalkan permainan separuh jalan.
“Ah, kita sambung!”
Atea melangkah ke tandas. Ketika melewati Fariq dan jerry, dia kerling ke arah Fariq dan menghadiahkan senyuman yang paling menggoda. Membuatkan Fariq sesak nafas seketika. Fariq sandarkan kayu poolnya dan menyuruh Jerry menyambung permainan. Kejap lagi dia kembali.
“Bee,” Fariq hampiri Atea yang baru nak tolak pintu tandas. Atea menoleh.
“Tak tahu pulak abang yang Bee ni terer main boling. Sempat kenakan abang pulak tu,” usik Fariq sambil meraih tangan kanan Atea.
“Baru abang tahu kuasa Tea. Tea bukan aje pandai masak, tau! Tea pun terer main boling,” bangga Atea. Dia menyelak rambutnya ke belakang.
“Bee memang terer semua perkara. Abang tahu.”
“Tahu takpe,” gelak kecil. “Abang kalah. Abang kena denda.”
“Kalau dengan Bee, denda apa pun abang sanggup,” bisik Fariq lembut ke telinga Atea. Dia cium lama rambut
Atea yang wangi itu. Rindunya abang pada Bee.
“Abang, janganlah. Nanti orang nampak,” larang Atea perlahan sekalipun dia senang sekali bila tubuh Fariq yang tegap itu menghimpit tubuhnya.
“Malam ni, abang balik.”
“Ok,” senyum menawan.
“Alamak, excuse me! Nak terkucil,” kata Atea dan tanpa sempat Fariq kata apa-apa, dia dah tolak pintu tandas. Fariq orak senyum dan melangkah kembali ke meja pool.
Atea, Atea. Abang sayang padamu.
Dua hari selepas tamat peperiksaan, Atea menerima satu surat tawaran bekerja dari Bear, sepupu Rizal. Anak muda itu kerap juga menelefonnya. Bertanyakan khabar dan mereka beberapa kali keluar bersama. Bukan berdua, Rizal dan Szaza pun ada.
Rupanya Bear bakal mewarisi firma guaman ayahnya. Cepat aje dia menyuruh setiausahanya menawarkan satu tempat di syarikat terkenal itu kepada Atea. Dari cara layanan Bear itu, Atea dapat mengagak yang anak muda itu menaruh hati padanya. Renungannya yang menggoda itu selalu melemaskan Atea. Tapi Atea hanya buat bodoh. Tak mahu memberi harapan pada Bear.
Fariq tak berkata apa. Menggalak tidak, melemahkan pun tidak. Cuma dia kata apa salahnya. Atea benar-benar gembira dan tak sabar mahu melangkah ke alam pekerjaan. Fariq faham jiwa Atea. Gadis itu selalu tidak sabar mahu mencuba sesuatu yang baru. Dia memang suka mencuba benda-benda baru yang mencabar.
“Abang nak pelawa Bee kerja kat Syarikat abang pun, takde position. Takkan Bee nak jadi tukang bancuh kopi,” usik Fariq pada Atea yang ralit menatap surat itu.
“Bancuh kopi pun takpe. Asal boleh dekat dengan abang,” balas Atea manja sambil melentukkan kepala ke bahu Fariq.
“Betul?” duga Fariq.
“Ala, takkan Tea, orang degree nak jadi tukang bancuh kopi. Kesian makcik-makcik buat kopi takde kerja tau.”
“Eleh!” kata Fariq sambil tarik hidung Atea. Atea ketawa kecil.
“Bee jangan nakal-nakal tau kat ofis nanti. Awak tu lawa, mesti laku punyer. Mesti ramai clien-client tua yang gatal melirik pandang,” usik Fariq lagi. Atea tarik muka.
“Hello, cik abang. Orang nak pegi kerjalah. Bukan nak menggatal.”
“Abang mengingatkan saja. Manalah tahu kalau-kalau Bee ‘terlupa’ tentang abang nanti-”
“I won’t. You’re always be by my side. Tea berjaya pun sebab abang seorang guru yang bagus. Guru yang tak jemu-jemu mengajar. Guru yang bisa membuatkan hati pelajar-pelajarnya bergoncang. Hebat gitu,” balas Atea manja sambil menunjal bahu Fariq dengan jari telunjuknya.
“Hati Bee bergoncang tak?”
“Earth quake kat dalam ni. Sampai nak meletup,” balas Atea.
“Ye? Meh nak tengok,” Fariq menggiat.
“Tak boleh,” elak Atea. Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam bilik. Fariq bangkit mengejar. Pasangan itu lenyap di dalam kamar beradu. Hanya tawa mereka kedengaran.
Fariq menelentang mengadap siling manakala Atea meniarap di sebelahnya. Menongkat dagu sambil melempar senyum ke arah lelaki kesayangannya itu. Nafas mereka agak kencang. Penat bermain kejar-kejar sebentar tadi.
“Mesti mama kat kampung gembira Bee dah dapat kerja,” kata Fariq sambil mengiring. Menongkat kepala dengan tangannya manakala tangan yang sebelah lagi bermain-main dengan anak rambut Atea yang berjuntai.
“Tea pun harap macam tu jugak. Dapatlah Tea tanggung sekolah adik-adik Tea nanti. Ringanlah sikit beban mama.”
“Bee dah kerja nanti, satu je abang mintak.”
“Mintaklah banyak pun,” Atea menjelirkan lidah dan Fariq menarik hujung hidungnya membuatkan dia terjerit.
Fariq ketawa dan menarik Atea ke dalam pelukannya. Tubuh mereka bersatu. Seakan enggan untuk dipisahkan lagi. Fariq benamkan mukanya ke leher Atea dan tangannya melingkar ke pinggang.
“Bee kerja sekalipun, jangan lupa tanggung jawab Bee pada abang.”
“Iyalah, cik abang oi...”
“Abang tak nak Bee kerja kuat sangat,” angkat muka. “Abang tahu yang Bee ni workaholic. Abang nak Bee tanamkan dalam hati tu yang Bee kerja sebab nak curahkan ilmu yang dah Bee pelajari. Pasal duit tu, jangan diikutkan sangat. Abang mampu lagi nak sara Bee dan keluarga Bee tu.”
Atea dah mencebik-cebik mendengar kata-kata Fariq itu. Sungguh dia cintakan lelaki itu. Dan dengan Fariq dia memang mudah sangat mengalirkan air mata. Wajah Fariq direnung dengan perasaan puas.
“Ha, tu nak nangis la tu!” usik Fariq.
“Abang jahat.”
Atea menyembamkan mukanya ke dada Fariq. Lelaki itu ketawa besar dan meraih Atea ke dalam pelukannya. Dikucup ubun-ubun Atea berkali-kali.
Atea sedang menompang dagu di meja makan bila Fariq pulang lewat petang itu. Fariq intai melalui gerbang pendek yang memisahkan dapur dan ruang makan. Atea nampaknya tak perasan kehadiran lelaki itu. Matanya saja yang seakan merenung Fariq yang sedang tersengih tu.
“Wei, cik adik. Apa termenung sorang-sorang kat dapur ni? Laki lari ke?” sergah Fariq sambil mencuit bahu Atea.
Atea tersentak. Sudu yang sedari tadi dilarikan di permukaan meja terpelanting jatuh. Dia memandang ke arah Fariq dengan muka masam dan muncung sedepa. Fariq angkat kening.
“Opss, sorry. Bee terkejut ke?” soal Fariq bila melihat Atea nampaknya memang terkejut dengan sergahannya. Atea tak menjawab, hanya angkat punggung masuk ke bilik.
Alamak, dia marah betullah. Mati aku nak memujuk ni. Keluh Fariq sambil mengekori langkah Atea.
Sebaik saja daun pintu dikuak, Atea duduk di atas katil membelakanginya. Fariq hampir, melompat naik dan mengurut bahu Atea perlahan-lahan.
“Sorry, baby. Abang ingat nak bergurau tadi. Baby penat, ye? Meh abang urutkan bahu baby ek,” pujuk Fariq sambil tangannya terus memicit lembut bahu Atea. Atea masih membisu. Kalau dah berbaby tu, nak memujuk la tu.
“Abang tahu abang salah. Lain kali abang tak buat lagi. Abang saja nak kejutkan baby. Abang tengok panjang je menungnya. Maaf ye, sayang.”
Tiba-tiba Atea menangis. Panik Fariq dibuatnya. Dia terus saja bersila di depan Atea yang menutup muka dengan kedua belah tangannya. Fariq cuba memegang bahu Atea, namun Atea menolak enggan disentuh.
“Kenapa ni? Abang buat salah ke? Kalau sebab abang kejutkan Bee, I’m so sorry, honey. Abang nak bergurau je,” pujuk Fariq lagi. Biasanya Atea tahan bergurau. Kalau dah marah sangat pun, dia akan kudakan Fariq. Dan Fariq tak pernah ambil hati dengan gurauan itu.
Tangisan Atea makin kuat. Teresak-esak dia menangis dan Fariq makin buntu. Akhirnya Fariq teringatkan sesuatu, dan bibirnya mengorak senyum. Dia tahu Atea tak marahkannya seratus peratus. Ada sebab lain. Kan sekarang ni tengah bulan. Apa lagi, PMS ler. Dan Fariq memang dah tahu cara nak pujuk kalau Atea emosi sebab PMS.
“Ala sayang abang. Abang sayang Bee sangat-sangat. Takde apa pun yang boleh buat abang lupakan Bee walaupun sesaat,” pujuk Fariq sambil raih tubuh Atea ke dalam pelukannya. Dibiarkan Atea menangis di dadanya manakala tangannya membelai ubun-ubun Atea lembut.
“Abang sayang Bee macam abang sayang nyawa abang,” bisik Fariq sambil kucup ubun-ubun Atea. Dan dia suka dengan bau rambut Atea.
Sepuluh minit kemudian barulah tangisan Atea reda. Perlahan dia mengungkaikan pelukan Fariq dan menyapu perlahan kesan lelehan air mata dan hingusnya di kemeja Fariq. Fariq hanya tersenyum dengan perlakuan itu. Dia kemudiannya raih jari jemari Atea ke dalam genggamannya.
“Kenapa, sayang?” soal Fariq lembut. Atea tunduk dan sesekali esakannya masih mengganggu. Fariq gunakan jari telunjuknya menolak dagu Atea agar memandangnya. Wajah Atea yang masih basah dengan air mata itu dipandang penuh rasa sayang.
“Bee tahukan, Bee boleh kongsi apa saja dengan abang? Apa saja. Abang takkan jadi hakim untuk menghukum atau jadi peguam untuk menolong. Abang akan cuba jadi pendengar yang baik,” bisik Fariq lembut sambil kucup hujung hidung Atea.
“Tea terima surat konvo pagi tadi.”
“Hah, eloklah tu. Nak konvo pun sedih?” sampuk Fariq tiba-tiba.
“Who said that he’ll be a good listener?” Atea menyoal keras.
“Sorry, mem. Teruskan.”
“Benda ni kan sekali je seumur hidup. Tea nak orang-orang yang penting dalam hidup Tea ada bersama dalam dewan tu,” kata Atea.
Kali ini suaranya perlahan walaupun matanya masih bersatu dengan pandangan Fariq.
Kali ini Fariq tak menyampuk lagi walaupun dia mula faham maksud Atea. Dia tahu Atea buntu sekarang. Dia mahu ibunya ada di dewan dan dalam masa yang sama, dia mahu Fariq juga berada di situ. Satu perkara yang mustahil untuk berlaku buat masa sekarang.
Dia boleh masuk... Tapi... ah, banyak persoalannya nanti!!!
“Tea mahu mama dan abang ada dalam dewan tu waktu Tea konvo,” Atea menyatakan maksudnya. Perlahan dia mendaratkan kepalanya ke dada Fariq. Mendengar degup jantung Fariq yang selama ini menjadi melodi tidurnya. Fariq daratkan dagunya ke atas kepala Atea.
“Takpelah, sayang. Biar mama dengan Alya ajelah masuk dalam dewan tu. Abang tengok kat skrin pun jadilah,” Fariq memberi jalan penyelesaian. Atea tak menjawab. Bisu seribu bahasa.
“Sayang,” Fariq menyeru lembut seraya tunduk menjenguk ke arah Atea yang hanya tunduk. Senyumnya membunga bila melihat Atea tarik muncung. Dicium sayang bibir merah jambu itu. Atea menepis sebelum bangkit menuju ke tingkap.
“Takkan Bee nak abang masuk dewan dengan mama? Mesti dia heran nanti.”
"Kan abang boleh masuk berasingan dari mama. Abang boleh duduk memana je yang abang nak.Tak semestinya dengan mama," pertikai Atea.
"Bee, abang tahu Bee tahu yang abang akan jadi buah mulut nanti kan?"
"Cakap ajelah abang datang untuk Melly."
"Abang tahu Bee tahu semua tu mustahil."
Atea melepaskan keluhan sebelum menoleh ke arah Fariq yang sudah berbaring dan menjadikan lengan sebagai bantal. Matanya tertacap kemas di wajah Atea yang sentiasa dirinduinya.
“Abang sayangkan Tea?” soal Atea manja.
“Sayang sangat, sayang,” balas Fariq sambil bibirnya menguntum senyum lagi.
“Nanti abang belikan bunga yang besar ek? Tea nak Bear yang pegang skrol, yang tu pun besar jugak.”
“Yelah, sayang. Abang akan cari bunga yang paling cantik, paling besar untuk dihadiahkan pada Bee. Nanti Bee hilang disebalik bunga tu,” usik Fariq. Dia menghulurkan tangan dan Atea hampir.
“Abang sayang Atea Zatira,” bisik Fariq bila Atea merebahkan kepala ke atas dadanya. Dikucup ubun-ubun Atea sekali dan tangannya membelai bahu Atea. Dia dengar Atea tergelak kecil.
“Nanti konvo, Tea nak baju baru...” dan Atea mula bercerita tentang angan-angannya. Fariq tekun memasang telinga dan melayan perbualan Atea sekalipun penat bekerja masih belum hilang. Yang penting, senyum sentiasa menguntum di bibir wanita itu.
Abang sayang padamu, Atea Zatira.
Atea menyambut kedatangan Puan Zaira dan Aina di Hentian Putra dengan senyum lebarnya. Dia tunduk menyalami tangan wanita yang banyak berjasa padanya itu. Kemudian Aina mengucup tangan alongnya pula.
“Angah tak ikut ke, ma?” soal Atea sambil membimbit beg pakaian ibunya. Puan Zaira lepaskan keluhan.
“Entahlah, along. Katanya kerja banyak sangat. Mama pun tak nak paksa.”
Atea mengerti. Mungkin Alya masih teringatkan sewaktu dia bertandang dulu. Atea pun malas bertanya. Takut Alya akan mengeluarkan yang bukan-bukan nanti.
“Mama dengan acik tidur hotel dulu, ya? Pagi esok along ambik, kita pergi makan sebelum along konvo. Ye, ma?”
“Biarlah kami menumpang kat rumah sewa along ajelah. Nak bermalam di hotel, mahal tu.”
“Eh, takpe! Kat rumah sewa along tu tak selesalah, ma. Ramai sangat,” dalih Atea. Mahu mengamuk Puan Zaira kalau tahu hal yang sebenar nanti.
“Apa-apa jelah, along. Mama tengok acik ni pun dah penat.”
Atea senyum dan memaut bahu Aina yang kelihatan mengantuk dan kepenatan. Gadis itu hanya menyeringai bila kakaknya yang kecil comel itu memicit-micit bahunya.
“Kereta sapa ni, along?” soal Puan Zaira bila melihat anak sulung kebanggaannya itu membukakan pintu kereta.
“Kawan, ma. Dia bagi pinjam suruh mudah sikit nak pergi konvo esok.”
“Ha, pakwe along ek?” sampuk Aina.
“Mana ada. Acik ni pepandai je. Naiklah, ma.”
“Pakwe along punya ke?” soal Puan Zaira sangsi. Dia masuk juga ke dalam perut kereta.
“Bukanlah, ma. Kawan serumah punya. Manalah along ada pakwe.”
Memang kawan serumah punya, ma. Tapi along dah ada pakwe!
Atea menghantar ibu dan adiknya ke hotel sebelum dia pulang ke kondonya. Fariq sudah bangun dari tidur dan sedang duduk di atas katil dengan separuh tubuhnya masih dibaluti gebar. Dia hanya memerhati Atea menukar pijama tidurnya kembali.
“Dah hantar mama ke hotel?” soal Fariq bila Atea kembali merebahkan tubuh ke atas katil. Atea hanya angguk dan membelakangi Fariq. Fariq kehairanan. Dia menjenguk dan nampak Atea memejam matanya.
“Kenapa ni, sayang?” soal Fariq lembut sambil memicit bahu Atea lembut.
“Mama datang dengan acik je. Alya... Alya tak ikut.”
Fariq sedar ada getar dalam suara itu. Dia tahu Atea sangat mengharapkan kehadiran keluarganya pada hari bersejarah tu. Dia dapat meneka Alya masih memendam rasa ekoran daripada lawatannya yang terakhir hari tu. Tapi dia tak tahu kenapa.
“Sayang, mungkin Alya sibuk,” pujuk Fariq.
“Takkan hari konvo kakak dia pun dia tak boleh luangkan masa kejap?” Atea bersuara keras. Dia bangun dan bersila di depan Fariq.
“Tea rasa dia masuk bilik kita malam sebelum dia balik tu,” Atea menyuarakan rasa hatinya yang selama ini dipendam. Fariq mengerutkan dahinya.
“Bee sensitif sangat kot!”
“Tak. Tea tahu sebab itulah dia mula renggang dengan Tea. Tea tahu dia tak sangka yang dia akan nampak kakak dia ni tidur dengan lelaki. Dia selalu tanya bila Tea nak pakai tudung. Mesti dia marahkan Tea,” adu Atea lagi.
“Sayang.”
“Tea mesti hina di matanya. Mesti dia anggap Tea ni wanita murah yang tak ubah seperti pelacur.”
“Atea,” Fariq cepat memotong. Wajah insan yang amat disayanginya itu dipandang marah. Namun bila Atea mengangkat mukanya yang muram dan penuh kepedihan itu, rasa amarah Fariq lebur sama sekali.
“Maafkan abang, sayang,” pohon Fariq. Dia tahu dialah punca semua itu berlaku. Dialah penyebab Atea selalu menyalahkan dirinya atas apa yang tak dilakukannya. Dan dia mahu membetulkan semua tu, cuma masa yang tak mengizinkan lagi.
“Abang selalu minta maaf."
“Abang salah. Abang kenalah minta maaf.”
Atea hela nafas. Senyum dan kembali merebahkan tubuh. Dia menepuk bantal di sisinya dan Fariq turut merebahkan tubuh di sisi Atea. Tangannya didaratkan ke atas tangan Atea.
“Tidurlah, sayang,” kata Fariq sambil meniup alis mata Atea yang lentik. Atea senyum dan memejam matanya.
“Selamat malam, Bee. Abang sayang Bee sangat-sangat.”
Pukul 8 pagi, Atea membuka matanya. Dia nampak Fariq terlena di sebelahnya. Comel sekali. Atea memejam matanya kembali, namun sesaat kemudian matanya terbuka luas.
“Abang,” Atea terjerit membuatkan Fariq terjaga. Terpisat-pisat lelaki itu bangun dari baringnya. Mimpinya yang indah terbang entah kemana.
“Kenapa, Bee?” soal Fariq sambil matanya melilau ke seluruh pelusuk bilik.
“Dah pukul berapa ni?” kalut Atea bergegas ke kamar mandi. Fariq jeling jam.
“Ala, baru pukul 8. Bee kan sidang petang,” balas Fariq sambil kembali baring.
“Yelah, kan Tea janji dengan mama nak bawak dia breakfast. Ni dah pukul 8. Mahu mama mengamuk nanti,” balas Atea dari kamar mandi.
“Cakap jelah traffic jammed.”
Atea tak membalas. Cepat membersihkan tubuh dan sebentar kemudian keluar bersiap. Fariq sambung tidur. Setengah jam kemudian, Atea sudah siap berpakaian dan mencapai tas tangannya. Dia menghampiri katil dan kucup lembut pipi Fariq.
“Jumpa kat dewan ek, abang.”
“Emm...”
“Hello, acik. Along on da way nak ambik korang ni,” Atea menelefon ketika sedang memandu.
“Cepatlah, along. Kami siap dari tadi lagi. Mama pun dah nak start bukak radio dia,” cerita Aina sambil ketawa kecil.
“Suruh mama sabar kejap ek, acik. Jap je.”
“Okey.”
Puan Zaira hanya senyum bila Atea memeluknya erat sebaik saja sampai. Nak memujuk la tu. Atea kemudiannya menyuruh mereka ke kereta dulu kerana dia mahu check out. Puan Zaira hanya menanti di kerusi yang disediakan. Aina duduk menghayun kaki sambil sibuk berSMS.
Puan Zaira nampak Atea menghulurkan sekeping kad ke arah pekerja di kaunter. Seingatnya, Atea baru sangat bekerja. Takkanlah dia sudah boleh memperolehi kemewahan yang hanya akan diperolehi setelah lama bekerja.
Setahunya, bukan senang nak dapat kerja dewasa ini.
Setahunya, bukan senang nak dapat kerja dewasa ini.
“Betul ke mama nak balik malam ni?” tanya Atea sambil memandu ke arah restoran berdekatan.
“Ha’ah, long. Anak Mak Bedah tu sibuk suruh siapkan hantaran dia. Orang dah tak sabar nak naik pelamin.”
“Anak Mak Bedah yang mana, ma? Aqis ke Linna?” soal Atea. Dia kenal anak-anak Mak Bedah yang becok, tapi baik hati itu. Balqis tu sebaya dengannya manakala Alinna pula muda dua tahun darinya.
“Linna.”
“Uiks, langkah bendul nampak.”
“Mana langkahnya. Aqis tu dah nikah kat sempadan. Mak dia tak setuju, terus dia lari nikah kat Siam”, cerita Puan Zaira. “Along jangan buat macam tu, tau”.
Atea tersentak. Dia memandang ke arah ibunya sambil memuncungkan bibirnya. Aina tergelak kecil.
“Mama.”
“Manalah tahu anak muda zaman sekarang ni. Nikah kat Siam. Along jangan buat. Walaupun nak nikah boleh guna wali hakim, biar buat ikut adat. Kita ni bangsa yang beradat.”
Atea sengih kemudian terus tukar topik.
Perjalanan konvokesyen Atea tamat tepat jam 5 petang. Dia dan teman-teman saling bertukar-tukar jambangan bunga. Masing-masing riuh bercerita. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Atea sendiri merasakan saat itu sukar dilupakan.
Kemudian, Atea nampak Fariq merapati dengan senyum. Teman-teman yang lain terjerit-jerit nama pensyarah muda itu. Dan Atea sendiri turut melambai. Fariq menyalami tangan semua yang ada seraya mengucapkan tahniah.
“Sorrylah tak sempat beli bunga. Saya baru sampai,” kata Fariq.
“Takpe. En. Fariq pun dah tak kerja kat sini lagi, kan? Boleh hadir pun dah banyak beri kenangan pada kami.
Dah lama kita tak jumpa,” balas seorang teman. Atea hanya senyum mendengar komentar itu. Maklumlah, kali terakhir dia jumpa Fariq adalah pagi tadi.
Dah lama kita tak jumpa,” balas seorang teman. Atea hanya senyum mendengar komentar itu. Maklumlah, kali terakhir dia jumpa Fariq adalah pagi tadi.
“En Fariq, bila nak kawin? Melly pun dah grad. Dah boleh pikul tugas lain dah,” usik Benny tiba-tiba. Atea tersentak manakala wajah Fariq berubah. Kemudian dia pura-pura ketawa.
Atea nampak Melly tersipu-sipu senyum. Tiba-tiba saja Fariq nampak muncung Atea memanjang. Dia melarikan pandangan ke arah sekumpulan graduan yang sedang seronok bergelak ketawa.
“Nantilah, Ben. Saya ni muda lagi. Nak enjoy puas-puas dulu. Kalau betul Melly nakkan saya, tunggulah,” Fariq kerling ke arah Atea yang buat bodoh.
“Melly nak, En Fariq. Mau tak nak kalau kawin,” balas Sham nakal. Melly menunjal bahu temannya itu perlahan.
“Excuse me,” Atea meminta diri sambil terus menapak ke arah ibu dan adiknya yang sedang menanti bersama jambangan bunga.
“Tahniah, along,” ucap Puan Zaira dan Aina serentak sambil memeluk Atea. Atea ketawa kecil menerima pelukan ibu dan adiknya serentak.
“Ini bunga dari angah. Dia krem salam and so sorry for not being here with us,” kata Aina sambil hulurkan sejambak bunga matahari kegemaran Atea.
“So sweet, acik. Cantik bunga ni. Pandai acik pilih ek.”
“Angah pesan belikan sunflowers untuk along.”
Atea senyum dan wajah Alya bertamu di matanya. Alya banyak tahu tentang dirinya. Alya banyak menyimpan kisah suka dan dukanya ketika mereka sama-sama bersekolah dulu.
“Jom kita bergambar. Nanti kita pergi makan, sebelum hantar mama dengan acik naik bas,” kata Atea sambil paut bahu Puan Zaira.
“Naik bas, along? Naik flight la,” cadang Aina sambil mengekori kakaknya.
“Nak naik flight ke?”
“Usah dengar acik tu, along. Banyak betul kejadahnya.”
“Ala, ma. Sesekali. Bukan selalu kita boleh naik flight. Kebetulan along ada duit lebih,” kata Atea.
“Tak payah, long.”
“Nanti along book tiket ek, acik.”
“Yeah. Boleh naik flight.”
“Along.”
“Acik, jom pegi makan.”
Puan Zaira tergeleng kecil dengan gelagat anak sulung kesayangannya itu.
Malamnya, Atea menerima jambangan bunga daripada Fariq dengan senyum melebar. Dia memakai semula jubahnya bila Fariq memintanya berbuat demikian. Fariq tersenyum melihat Atea berjubah dengan pijama pinknya. Jubah coklat dengan pijama pink. Comel sangat. Dah tu selipar tidurnya pun warna pink. Berambu-rambu lagi. Dia mengenakan sepit rama-rama berwarna merah. Comel dan keanakan.
“Esok kita pergi studio ye, sayang. Pegi ambik gambar.”
“Okey. Nanti pakai lawa-lawa tau,” pesan Atea.
“Yelah, makcik,” balas Fariq bergurau.
Kemudian dia menjeling jam. Seingatnya, dia berjanji akan pulang ke rumah ibunya sebelum pukul 12. Sekarang jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Hanya tinggal sejam untuk bermanja-manja dengan Atea. Atea meletakkan bunga yang Fariq berikan ke sebelah bunga yang dia dapat.
“Cantik sunflowers tu. Siapa bagi?” soal Fariq bila melihat Atea menilik bunga berwarna oren itu.
“Alya.”
“Abang tak tahu pulak Bee suka sunflowers.”
“Ahah, at least ada something yang abang tak tahu tentang Tea,” usik Atea. Fariq ketawa kecil.
“So, Bee tak suka carnation yang abang bagi?”
“Suka sangat. Thanks,” balas Atea manja sambil peluk lengan Fariq.
Fariq senyum dan daratkan bibirnya ke leher Atea. Atea ketawa kegelian. Kemudian dia menolak lembut.
“Dah pukul 10 ni. Abang baliklah dulu. Nanti ibu abang sibuk pulak calling calling,” kata Atea sambil bangun dan menanggalkan jubahnya. Fariq lepaskan keluhan.
“Kejap je, sayang.”
“Baliklah. Esok kita jumpa kat studio,” Atea menoleh dengan senyum simpulnya. Kemudian dia mengenyit mata nakal ke arah Fariq.
“Tengok tu. Bee suruh abang balik. Yang Bee goda abang tu kenapa?” soal Fariq sambil bercekak pinggang. Atea ketawa kecil.
“Selamat malam, sayang,” ucap Fariq sambil kucup hujung hidung Atea lembut. Atea senyum dan menghantar pemergian Fariq dengan pandangan sayu.
Dia ingin bersama Fariq. Setiap masa ingin berdampingan dengan lelaki itu. Tetapi dia sedar kedudukan diri mereka sekarang. Dan dia takkan meminta lebih-lebih. Apa yang Fariq bagi, itulah yang akan diterimanya. Dulu, dia sudah mengikat janji akan mengikut apa saja kata Fariq. Tak akan meminta kalau Fariq tak memberi.
Atea capai bantal tidur Fariq dan dipeluk erat. Dia mencium bantal itu seolah-olah Fariq yang diciumnya. Bau Fariq yang digemarinya dihidu puas. Dan bibirnya menguntum senyum manis.
“Abang, Tea dah mula rindukan abang.”
Fariq tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam klinik Dr Seri yang memang kerap dikunjunginya dan Atea. Apatah lagi Seri merupakan kenalannya ketika menuntut di oversea dulu. Panggilan dari doktor yang kecil molek itu benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Apatah lagi bila dia diarahkan segera ke klinik itu.
Seri berdiri memeluk tubuh di dalam biliknya, menoleh sebaik saja Fariq menolak pintu. Kerut di muka doktor itu makin panjang bila melihat Fariq melangkah masuk
“I’m sorry, Fariq. Tapi I tak boleh jumpa patient sekarang,” kata Seri sambil merapati Fariq. “You boleh jumpa Dr Izam. I’ll call him.”
“Tapi you yang called I tadi,” kata Fariq pelik.
“Called you? Bila pulak...?" Seri kehairanan. Bila dia menelefon bekas teman serumahnya itu?
"Just now you called. Terus I bergegas datang."
Seri terdiam seketika. Dia pandang lama ke arah Fariq yang kelihatan agak panik. Adakah nombor tadi milik Fariq?
"Oh, I see,” Seri kulum senyum. Melangkah ke arah katil tempatnya melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Dia menyelak tirai.
Atea duduk memeluk lutut di atas katil. Menangis teresak-esak. Fariq hampir dan menyentuh lembut bahu Atea. Tanggapan doktor muda itu sudah tidak dihiraukan lagi.
“Bee, kenapa ni sayang?” soalnya lembut.
Atea angkat muka. Memeluk dan menyembamkan mukanya ke dada Fariq. Dia menangis pula di situ. Fariq peluk erat bahu Atea, kucup lembut ubun-ubun Atea dan Seri melangkah keluar.
Sebenarnya Seri tidak tahu bahawasanya nombor yang diperolehi dari telefon bimbit Atea itu nombor Fariq. Dia buntu bila Atea menangis dan enggan bersuara sebaik saja dia memberitahu berita itu. Atea hanya menangis saja.
Mahu tak mahu dia selongkar beg Atea dan menemui telefon. Terus saja dia mendail nombor terakhir yang didail oleh Atea. Rupanya nombor tak bernama itu milik Fariq. Teringin juga dia tahu apa hubungan mereka. Tapi nanti dikatakan busy body pula.
Akhirnya dia masuk setelah hampir 10 minit membiarkan mereka bersendirian. Atea masih menyembamkan mukanya ke dada Fariq yang sudah duduk di birai katil. Anak muda tampan itu cuba menghulur senyum, namun kaku.
“Bawalah Atea balik dulu, Riq. I tengok dia dah lemah sangat tu,” nasihat Seri sambil duduk di kerusinya.
“What happened, Seri?” tanya Fariq.
“Dia pengsan kat ofis tadi. Officemate dia suruh dia ke klinik. I dah checked dia and dia terkejut dengan berita yang I bagi. Then, she cries. So, I cari nombor yang last didail, and here you are.”
“Berita apa?” soal Fariq pantas. Atea ketatkan pelukannya.
“She’s pregnant.”
Fariq terpaku. Kelu dengan berita itu. Patutlah Atea menangis macam anak ayam hilang ibu. Rupanya memang dia akan jadi ibu.
“Seri...”
“It’s okay, Riq. I takkan dedahkan maklumat patient I,” janji Seri seakan mengerti dengan pandangan Fariq.
“Thanks,” ucap Fariq sepatah. Dia mengalihkan tumpuan ke arah Atea.
“Bee, jom kita balik. Nanti kita bincang kat rumah. Jom, sayang,” lembut Fariq memujuk. Seri sendiri jatuh hati dengan sifat lemah lembut Fariq yang sukar didapati dalam diri lelaki lain.
“Tea takut.”
“It’s okay, Bee. Kan abang ada ni,” pujuk Fariq lagi.
Atea bangun dan Seri membukakan pintu untuk pasangan itu. Tak tahulah dia nak meneka. Mereka tu ada hubungan apa? Suami isteri? Tapi seingatnya, mereka tak kawin lagi. Lovers kot!!!
“Thanks, Seri,” ucap Fariq.
Fariq mengekori kereta yang dipandu Atea dalam jarak yang dekat. Risau juga mahu membenarkan Atea memandu, tapi dia terpaksa. Nanti apa pula kata orang lain. Seri tadi pun dia tak mahu memikirkan sebarang kemungkinan.
Di rumah, Atea duduk di sofa dan hanya memerhati Fariq mundar mandir di depannya. Akhirnya, Fariq berlutut di depan Atea dan meraih jari jemari runcing Atea dan digenggam erat. Direnung jauh ke dalam mata Atea.
“Bee, first of all, abang nak minta maaf. I’m so sorry. Memang salah abang. Abang yang cuai. Abang mintak maaf banyak-banyak. Abang nak Bee dengar apa yang abang nak cakap ni, dan abang mintak Bee jangan cepat buat penilaian,” Fariq picit lembut jari Atea.
“Next week, abang akan bawa Bee ke US. Kita akan gugurkan kandungan ni di sana...”
Spontan Atea tarik tangannya dan bangkit. Dia menjauhkan diri dari Fariq. Fariq ikut bangun dan dengan perasaan berbelah bagi dia cuba memberi kefahaman kepada Atea.
“Kita terpaksa, Bee. Lagipun, abang percaya masih ada peluang untuk kita. Tapi yang pastinya, ia bukan sekarang.”
“Kenapa? Kenapa tak boleh sekarang?”
“Abang tak mahu Bee dipandang serong nanti. Status Bee belum membolehkan Bee teruskan kandungan tu,”
Fariq rapati Atea. Dipeluk dan dikucup lama ubun-ubun Atea.
Fariq rapati Atea. Dipeluk dan dikucup lama ubun-ubun Atea.
“Abang faham perasaan Bee. Terlalu faham, sayang. Abang juga rasa sayang pada kandungan tu. Ia juga milik abang. Tapi kita terpaksa. Dengar cakap abang, ya?” pujuk Fariq lagi.
“Tapi Tea tak sanggup. Bukankah itu membunuh namanya?” bantah Atea lagi.
“Abang tahu. Tapi kita kena fikirkan diri kita. Kalau Bee lahirkan juga anak tu, abang takut kalau Bee tak mampu hadapi cemuhan masyarakat.”
“Kalau kita...”
“Please, Bee! Jangan mintak perkara tu. Abang rayu, sayang. Tolong.”
"Kenapa Tea yang kena hadapi semua ini?"
"Abang mintak maaf, Bee. Maaf sangat-sangat."
Atea tidak membalas, namun air matanya kembali bertamu. Dia peluk erat tubuh Fariq dan air mata mereka menjadi satu.
Atea bergegas masuk ke dalam rumah. Panggilan telefon dari Alya malam tadi betul-betul membuatkan dia tak lena tidur. Selepas subuh, terus dia bertolak balik. Bear sudah dihubungi memaklumkan mengenai ketidakhadirannya di mesyuarat hari itu.
“Mama,” panggil Atea.
Dia meninjau ke bilik tidur ibunya. Kosong. Ketika berpaling mahu meninjau ke dapur, Atea merasakan satu tamparan menyapa pipinya. Keras. Atea jatuh terduduk. Penjuru bibirnya terasa panas.
“Mama,” seru Atea bila melihat rupanya Pn Zaira berdiri di depannya. Rupanya Pn Zaira yang melayangkan tangannya ke pipi anak gadisnya. Sedangkan sebelum ini, mencubit pun tidak.
“Jangan panggil mama. Mama takde anak yang macam along,” suara Pn Zaira meninggi.
“Mama, kenapa?” tanya Atea bingung.
“Kau jangan nak berpura-pura depan mama. Mama ingat kau masih anak mama yang dulu. Rupanya hidup di KL merubah kau seratus peratus. Mama tak sangka,” jerit Pn Zaira sebelum melangkah ke ruang tamu. Atea mengekori.
“Apa yang mama cakap ni? Along tak faham.”
“Jangan nak pura-pura lagi, along. Kau ingat mama tak tahu kegiatan kau kat KL tu. Patutlah kau dah jarang balik. Rupanya kau buat kerja terkutuk tu. Kau ni mudah rambang mata, along.”
Atea terduduk mendengarkan tuduhan wanita kesayangannya itu. Wajah Pn Zaira yang mencuka itu dipandang penuh cinta dan kasih sayang. Seketika, air matanya luruh.
“Kenapa mama tergamak menuduh along macam tu? Along sumpah, ma. Along tak buat kerja macam tu. Mama percayalah cakap along ni,” rayu Atea. Dia merangkak merapati Pn Zaira. Kaki ibu tunggal itu dipeluk.
“Mama tak sangka kau sanggup buat kerja terkutuk tu!”
“Sumpah, ma. Along masih ingat lagi halal haram. Percayalah, ma,” teresak-esak Atea memohon pengertian dari Pn Zaira.
“Halal haram? Oh, tahu ye?! Habis, kereta yang kau pakai kat KL tu siapa punya? Siapa yang bagi kau pinjam kereta tu? Baik sangat kawan kau tu. Kenapa tak bawak balik kenalkan dengan mama?” sinis Pn Zaira menyoal.
Dia bangun dan bercekak pinggang menghadap anak sulung kebanggaannya itu dulu.
Dia bangun dan bercekak pinggang menghadap anak sulung kebanggaannya itu dulu.
“Along... along keje, ma.”
“Kau kerja apa sampai dapat pakai kereta? Dapat pakai kredit kad lagi. Bukan setakat warna emas dah mama tengok, warna perak tu lagi. Kau jangan ingat mama bodoh, along.”
Air mata Atea makin laju. Ingin rasanya dia menceritakan semua yang berlaku. Tapi dia takut api kemarahan ibunya makin membara. Dan dia hanya mampu menangis.
“Sumpah, ma...”
“Jangan nak bersumpah, Atea Zatira. Erry dah ceritakan semuanya pada mama.”
“Oh, jadi mama lebih percayakan dia dari anak mama ni?” pertikai Atea.
“Dia tengok dengan mata dia sendiri, along. Dia yang saksikan seorang lelaki selalu ikut kau balik. Dia yang cakap lelaki tu sewenang-wenangnya keluar masuk rumah kau malam-malam buta. Erry juga pernah terserempak kau keluar makan dengan jantan yang berlainan setiap hari,” luah Pn Zaira.
“Bukan. Itu teman sepejabat. Kami keluar makan sama-sama. Ramai yang pergi. Along tak pernah keluar berdua.”
“Habis, yang keluar masuk rumah kau tu teman sepejabatlah? Kau jangan nak bohong mama, along. Jangan ingat mama ni bodoh sangat. Mama betul-betul tak sangka. Kau ni perempuan simpanan ke pelacur?”
“Mama”.
Hancur berkecai hati Atea mendengarkan kata-kata Mamanya. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab tuduhan itu. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Betullah kata kau. Kau memang tak layak dengan Erry. Mama ingatkan kau ni anak yang baik, perempuan yang mulia. Rupanya kau lebih hina dari pelacur. Kau tak ubah macam betina yang rampas papa kau tu,” tuduh Pn Zaira.
Hatinya terlalu hancur saat Erry bawa berita itu. Dia malu dengan anak muda itu. Terlalu malu. Anak gadis yang dibangga dan diagungkan rupanya panjang langkah di kota besar itu. Dia memang percayakan kata-kata Erry itu. Erry tak pernah berbohong. Dia anak yang baik. Air mata Pn Zaira luruh.
“Kau pergilah. Pergi dari rumah ni. Mama tak mahu tengok muka kau lagi,” suara Pn Zaira kendur. Dia melangkah masuk ke kamarnya dan menguci pintu.
“Mama buka pintu ni. Dengan penjelasan along dulu,” Atea ketuk pintu.
Pn Zaira sembam muka ke bantal dan menangis teresak-esak. Atea ketuk pintu berkali-kali. Dia merayu agar Pn Zaira membuka pintu.
“Along,” Alya menerpa. Dia baru pulang dari pekan, terperanjat melihat Atea tersungkur di depan pintu bilik Pn Zaira.
“Mama, buka pintu ni mama. Kenapa ni along?” Alya panik.
Atea gagahkan diri untuk bangun. Perlahan dia melangkah ke ruang tamu dan mencapai begnya lalu disangkutkan ke bahu. Panggilan Alya tidak dihiraukan. Longlai dia melangkah keluar rumah dan tidak menoleh lagi.
“Along,” jerit Alya. Dia tidak tahu mahu mendapatkan Atea atau terus mengetuk pintu bilik Mamanya. Akhirnya gadis lewat belasan tahun itu terjelempuk di pintu. Air matanya terburai.
Atea duduk menanti Erry di dangau kecil tempatnya melepaskan tekanan sewaktu sekolah dulu. Hampir sepuluh minit kemudian, Erry tiba. Berdiri dengan tangan diseluk masuk ke dalam saku jeansnya.
Wajah pemuda tampan kegilaan gadis sekampung itu dipandang lama. Wajah Erry kosong. Pandangannya dilarikan ke arah hijau bukit bukau yang melatari pemandangan. Atea melompat turun dan berdiri berdepan dengan Erry.
“Kenapa bawak mulut?” soal Atea dingin.
“Bawak mulut apa? Aku cerita yang betul,” angkuh jawapan Erry.
“Kau ada bukti ke nak tuduh aku pelacur?”
“Aku tengok dengan mata kepala aku ni sendiri jantan tu masuk rumah kau.”
“Selidik cerita sebenar dulu, Erry. Mana kau tahu lelaki tu nak jumpa aku? Mana kau tahu aku tinggal sorang kat rumah tu?” soal Atea bertalu-talu.
Erry diam. Peluk tubuhnya erat dan tunduk memandang kakinya.
“Tapi kau ni mulut celupar. Kau ni dah mengeruhkan hubungan aku dengan mama. Kau dah racuni fikiran mama aku.”
“Aku cerita apa yang aku nampak. Apa yang aku faham. Aku cuma nak sedarkan mama kau bahawasanya anak yang dia sanjung ni tak ubah macam sampah,” herdik Erry sambil jarinya menunding ke hidung Atea. Pandangannya tajam menikam ke mata Atea. Berdesing telinga Atea dituduh seperti itu.
“Oh, sampah? Tapi sampah ni jugaklah yang kau tergila-gilakan,” sindir Atea.
“Gila? Memang aku gila sebab gilakan kau. Ingat suci, rupanya... Huh!”
“Kau ni hina, kau tau tak? Kau ingat kau tu baik sangat? Kau ingat kau tu malaikat? Apa yang kau dapat dengan sebarkan cerita ni pada mama aku, hah?”
“Aku tak mahu wanita semulia dia terus ditipu. Aku bertanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran.”
“Shit. Just go to hell dengan tanggungjawab kau tu. Hei, sejak bila kau jadi lelaki yang bertanggungjawab ni?” Atea tunjal bahu Erry dengan jari telunjuknya.
“Kau jangan ingat kau perempuan, aku takut nak pukul kau.”
“Oh, rupanya lelaki penakut ni dah jadi berani. Rupanya lelaki yang aku buli sejak dulu ni dah jadi hero. Jadi lelaki sebenar,” ejek Atea. “Just go to hell!!!”
Erry gempal buku lima. Tarik nafas dalam-dalam dan pusing tubuh. Sebelum amarahnya meletup, baik dia larikan diri.
“Hei, kau nak kemana? Buktikan kejantanan kau tu dulu.”
Erry tinggalkan Atea terjerit-jerit macam orang gila. Atea akhirnya terduduk kepenatan di atas dangau. Dia pandang langit yang mula memerah. Rupanya hari sudah beransur senja. Perlahan Atea heret kakinya ke pondok bas yang berhampiran. Malam itu juga dia balik ke KL.
Tepat jam 1.30 pagi, Atea menolak pintu apartmen. Dia melangkah masuk. Mencampakkan kasut bertumitnya berhampiran rak dan mengheret kakinya melangkah ke dapur. Di ruang tamu, dia terhenti.
“Abang, bila abang sampai?” sapanya gembira melihat Fariq berdiri di balkoni.
“Dah pukul berapa ni?” tanya Fariq tanpa menoleh ke arah Atea.
“Tea keluar dengan officemate. Bawak klien jalan-jalan kat KL. Diorang kata rupanya cantik bandaraya KL ni waktu malam,” cerita Atea. Dia menuju ke dapur dan mencapai sebotol air.
“Bear?”
“Dia pun ada. Satu ofis pergi.”
“Selalu ke Bee balik lewat macam ni? Pak Soh kat pondok jaga tu bagitau abang yang Bee ni selalu balik lambat.
Kadang-kadang awal pagi baru nampak tayar kereta,” maklum Fariq. Dia melangkah duduk di sofa.
Kadang-kadang awal pagi baru nampak tayar kereta,” maklum Fariq. Dia melangkah duduk di sofa.
“Taklah setiap malam. Tapi adalah sesekali. Kalau abang tak balik, Tea keluar. Tapi ada jugak Tea balik lambat sebab buat kerja kat pejabat,” lapor Atea.
“Buat kerja dengan Bear ke?” sinis soal Fariq.
“Soranglah. Kerja Tea tak bersangkut paut dengan dia. Dia habis pejabat, terus balik. Jadi kerja pulak nak temankan Tea kat ofis,” balas Atea malas.
“Abang tak suka Bee kerap keluar malam. Dah habis office hour, balik je terus. Buat kerja kat rumah,” Fariq Serius.
“Habis tu, abang nak Tea terperap kat rumah macam ikan masin?” Atea berang. Sudahlah tadi dia dipaksa ikut berhibur, balik melihat Fariq, ingatkan dapat hilangkan penat. Rupanya, makin memenatkan.
“Bukan macam tu. Abang cuma tak suka Bee enjoy banyak sangat. Lagipun, Bee kan banyak komitmen. Kerja baru berapa bulan, kena concentrate.”
“Ah, alasan! Cakap ajelah abang cemburu Tea keluar dengan Bear,” bentak Atea. Dia melangkah kasar ke dalam bilik. Fariq mengekor.
“Kalau ye abang cemburu, kenapa? Tak boleh? Tak layak ke abang nak cemburu?” Fariq pula bengang. Dia memandang tajam ke arah Atea yang sedang menanggalkan kamejanya.
“Tolonglah. Cemburu tak bertempat ni, kenapa?” pertikai Atea tanpa sedikit pun memandang ke arah Fariq. Dia menanggalkan skirtnya lalu mencapai bathrobe. Ketika mahu mengetatkan ikatan, Fariq raih lengannya.
“Cemburu tak bertempat? Tak bertempat ke kalau cemburu orang yang kita sayang keluar dengan orang lain?”
Atea rentap lengannya lalu melangkah ke bilik mandi. Dia berdiri seketika di depan cermin besar di depan sinki. Wajah tampan Fariq dipandangnya melalui cermin. Tegang sekali wajah itu.
“Cuba abang tanya diri abang soalan tu? Tak cemburu ke kalau orang yang kita sayang keluar dengan orang lain?” suara Atea yang berubah kendur itu membuatkan Fariq menghela nafas.
“Tak cemburu ke bila orang yang kita sayang keluar makan dengan orang lain? Keluar shopping dengan orang lain? Kadang-kadang terserempak pulak dengan kita. Bebasnya berpegangan tangan. Sedangkan dengan kita, nak naik kereta sama-sama pun adalah sesuatu yang mustahil,” keluh Atea.
Fariq faham perasaan Atea sekarang. Tapi dia tak mampu berbuat apa. Atea yang sedang tunduk menyimbah mukanya dengan air itu dipandang lama. Penuh kasih sayang dan cinta. Hampir 3 tahun bersama, kehangatan cinta mereka makin hari makin bertambah. Tidak pernah surut.
“Abang keluar dengan Melly sebab terpaksa.”
“Anggaplah Tea keluar dengan Bear sebab terpaksa. Kesunyian yang memaksa. Abang yang paksa Tea keluar dengan dia.”
“Abang tak pernah paksa Bee keluar dengan dia,” kata Fariq. Atea menoleh.
“Abang suka tengok Tea kat rumah? Sorang-sorang tengok tv, sorang-sorang makan dan sorang-sorang tidur?” soal Atea kasar. Dia kembali membelakangi Fariq dan memeluk tubuhnya erat.
“Tea takkan lelap kalau kulit Tea ni tak sentuh bantal abang. Tea akan terjaga dan menangis sorang-sorang di tengah malam bila Tea sedari yang abang takde di sisi Tea malam tu. Dan tiba-tiba Tea terfikir, macam mana dengan malam esok dan malam seterusnya? Macam mana kalau abang takde di sisi Tea?”
“Abang terpaksa Bee. Terpaksa demi janji babah dengan abang. Abang terpaksa demi kebahagiaan Bee. Abang nak Bee hidup selesa nanti,” Fariq bersungguh-sungguh meyakinkan Atea.
“Tea tak kisah kalau abang tak dapat harta babah abang satu sen pun. Tea tak kisah kalau kita kena balik kampung, tanam jagung. Tea tak kisah kalau kita kena hidup dalam pondok buruk sekalipun. Tea tak kisah semua tu. Apa yang Tea kisahkan, abang ada atau tidak di sisi Tea waktu Tea bangun pagi. Itu aje,” Atea seakan merayu. Perlahan dia melangkah ke tab mandi dan menarik langsir.
“Tapi abang kisah. Abang nak Bee hidup selesa,” jerit Fariq. Atea tak membalas. Hanya air pancuran saja yang kedengaran.
Fariq melangkah keluar. Duduk di balkoni. Merenung kejauhan. Malam yang romantis, yang paling Atea suka. Atea suka duduk di balkoni lewat tengah malam sambil kulit bersentuhan. Mereka akan bercerita dan tertawa senang.
Tapi semua tu dah berlalu. Semenjak Atea habis belajar dan dia pula bertukar kerja ke syarikat babah, semuanya tiba-tiba berubah. Atea mendapat kerja dan dia terpaksa mengorbankan masa lapang dan hari minggunya menemani Melly, gadis yang dilayan tak ubah seperti adiknya yang sebaya dengan Atea dan Melly, Fasha.
Kalau dulu, Atea tak pernah mengungkitkan pasal pertemuan mereka yang terhad kerana setiap kali bertemu kehangatan dan kerinduan menemani mereka. Atea tak pernah bertanya bila mereka boleh berpimpinan tangan pergi makan atau keluar membeli belah.
Sekarang, sudahlah terlalu jarang dapat bersemuka, tiap kali bertemu, Atea akan mengungkitkan hal itu. Merengek-rengek dia bertanya bila mahu keluar makan berdua. Kalau rengekannya gagal, dia akan buat muka dan tinggikan suara.
Semuanya bermula sejak Atea mula mempertikaikan semua itu sewaktu baru pulang dari kampung dulu. Dia seakan terlupa yang dia membuat janji lain malam itu. Dia hanya ingin dipenuhi kehendak yang dia tahu adalah mustahil untuk dilaksanakan. Atea sekarang tak macam dulu. Sekarang dia makin kuat memberontak. Kalau ada yang tak kena, dia lebih suka mendiamkan diri dengan muka masam. Kalau dulu, setiap perkara boleh dibawa berbincang. Tapi sekarang, sukar mahu berbicara dengan peguam muda itu.
Fariq tak marah. Tidak sedikit pun berkecil hati bila Atea buat macam tu. Dia tahu dia yang salah. Dia memang patut dilakukan begitu. Bila sudah terlalu kesian dengan Atea, dia akan ambil alih tugas dari pembantunya keluar bermesyuarat ke luar negara.
Atea akan dibawa bersama. Sepanjang minggulah mereka akan berkepit tak kira masa. Saat itu akan nampak wajah gembira Atea. Betapa dia dapat merasakan kebahagiaan Atea di waktu itu. Tapi bila pulang ke KL, suasana kembali seperi asal. Bagaikan ada bara api membakar mereka.
Atea cemburu bila mereka bertembung di sebuah hotel pada malam syarikatnya mengadakan majlis perlantikannya secara rasmi. Atea tarik muka bila melihat Melly berdiri di sebelahnya. Atea jeling bila Melly cium pipinya ketika dia bangun untuk menuju ke pentas.
Bila dia curi-curi keluar lewat tengah malam dari rumah dan menemui Atea, kerana babahnya letak syarat tak boleh merayap sampai jauh malam, rajuk Atea masih ada. Dia buat endah tak endah pada Fariq.
Kalau dia tengah membuat kerja, Fariq akan duduk menemaninya. Tanpa suara. Bila Atea masuk ke bilik tidur, dia ikut. Tapi sebaik saja tangannya naik menyelak untaian rambut Atea di dahi, Atea akan bersuara.
“Kenapa Tea tak boleh ikut abang ke majlis tu? Kenapa Tea tak boleh berdiri di sisi abang? Kenapa Tea tak boleh cium pipi abang di depan orang lain. Sedangkan kalau dikira, Tea lebih berhak daripada Melly.”
Dan Fariq tidak pernah membalasnya. Dia akan membelai rambut Atea. Atea akan menepis. Menolak belaiannya. Tapi tak lama, dia akan terlena dalam dakapan Fariq. Selepas menyelimutkan Atea, Fariq akan kembali ke sarang emasnya.
Sabarlah, sayang. Tak sampai 2 tahun pun lagi. Abang akan bawa Bee keluar makan. Kita jalan sambil pegang tangan. Abang takkan marah kalau Bee nak cium pipi abang tengah orang ramai sekalipun. Bee nak buat apa pun abang takkan marah.
Fariq membaringkan diri di atas katil dan mengiring membelakangi kamar mandi. Tak lama kemudian, dia dengar Atea keluar. Lama tidak terdapat sebarang bunyi yang menandakan Atea berbuat sesuatu. Yang Fariq sedar, Atea panjat naik ke atas katil dan berbaring di sebelahnya.
Atea peluk Fariq dari belakang dengan erat. Dia sembamkan mukanya ke belakang Fariq dan air matanya luruh. Fariq hanya mampu menahan perasaan mendengar Atea menyusut hingus.
“Maafkan Tea, abang. Tea cuma rindukan abang. Terlalu rindu pada abang,” kata-kata Atea itu membuatkan Fariq pusing tubuh.
Fariq tatap lama wajah mulus itu. Dia orak senyum, kucup bibir Atea hangat dan mereka berpelukan sehingga ke pagi.
Sepanjang minggu itu, Atea menerima jambangan bunga di pejabatnya. Teman-teman sepejabat tertanya-tanya. Bear buat tak tahu walau dalam hatinya meronta-ronta mahu mengetahui siapakah empunya diri yang mengutus khabar rindu itu.
Setiap kali menerima jambangan mawar merah itu, Atea akan hidu keharuman yang menyenangkan itu dengan penuh perasaan. Kemudian dia tersenyum sendiri. Terus berlalu ke biliknya.
Bear mengintai melalui cermin biliknya. Dia menggeleng kecil sebelum membuka pintu, mengarahkan pandangan ke arah setiausaha genitnya.
“Jaja, panggilkan cik Atea.”
“Telefon rosak ke, Encik Hilman?” tanya Jaja pelik. Biasanya bossnya itu akan menggunakan telefon kalau mahu menghubungi sesiapa saja.
“Taklah. I cuma nak you buat kerja lebih sikit. Jangan asyik dok tilik kuku you tu aje,” balas Bear selamba. Menutup malu sebenarnya. Ketika Jaja bangkit dia bersuara.
“It’s okay. I panggilkan dia sendiri.”
Jaja buntu. Namun dia hanya membiarkan Bear melangkah tegap ke bilik Atea. Tanpa mengetuk, Bear tolak daun pintu berwarna coklat cerah itu. Atea sedang membelakanginya.
“Ehem,” Bear berdehem.
Sepantas kilat Atea menoleh. Bunga yang berada di dalam dakapannya segera dijatuhkan ke sisi dan dia mencapai fail. Bear hampir dan duduk di kerusi.
“Asyik benar saya tengok...”
“Yelah, kan awak suruh saya tengok laporan kes ni.”
“Bunga tu...” Bear jenguk ke bawah meja Atea. “Salah satu laporan kes ke?” usik Bear.
Atea ketawa kecil. Dia tahu Bear memang suka bergurau. Semua stafnya sudah faham perangai boss mereka. Tapi dia cukup serius ketika bekerja.
“Pukul 10 nanti, ikut saya jumpa klien ye!” pesan Bear ketika dia melangkah kembali ke pintu.
“Siapa?” soal Atea sepatah.
“Bersatu Holdings.”
“Say it again?”
Atea cuma mahu pastikan pendengarannya masih okey. Bear menoleh. Dengan dahi berkerut Bear mengulangi nama syarikat yang gah itu. Seratus peratus milik bumiputra.
“Tapi kenapa? Bukankah A4 Law Firm yang jadi consultant lawyer mereka? Or I got the wrong company?” Atea pelik.
“I just don’t know. They send me the proposal and asked for a meeting. Are you with me?”
“Yup, sure.”
Tepat pukul 10.30 pagi, mereka sudah berada dalam bangunan Wisma Bersatu yang mempunyai 15 tingkat itu. Ketika berada di dalam lif menuju ke tingkat 10 yang menempatkan bahagian pentadbiran, Atea membetulkan letak sut tiga lapis peach mudanya. Bear kulum senyum.
“Ni mesti nak ngorat GM yang hensem tu,” usik Bear.
Atea ketawa kecil. Tidak membalas, hanya menahan debar di dadanya. Itulah kali pertama dia akan bersemuka dengan Fariq dalam waktu pejabat.
“Takkan jeles kot?” balas Jaja. Dia dan Atea saling berbalas senyum.
Sementara menanti kedatangan ahli Bersatu Holdings, Atea dan Bear berbual ringan manakala Jaja sibuk menyediakan buku catatannya. Tiba-tiba pen Jaja bergolek ke kaki Atea. Ketika tunduk mahu mendapatkan pen itu, Fariq melangkah masuk.
“Sorry, we’re late. Ada emegency case tadi,” kata pembantu Fariq, Yusri sambil menyalami tangan Bear. Fariq perhati sekeliling.
Bee tak ikut ke?
“Just two of you?”
Mendengarkan suara Fariq, Atea cepat-cepat angkat kepala. Malang tak berbau, terhantuk ke bucu meja. Menyeringai gadis itu dibuatnya. Dia hampir pitam. Fariq mahu menerpa, namun dikawal demi situasi.
“Atea, are you okay?” soal Jaja panik.
“Ouch!” Atea hampir menjerit bila Jaja sentuh kepalanya.
“Come, let me take you to my secretary,” kata Fariq cepat. Yusri yang mahu bangun dihalang. Yusri kembali duduk.
“You all bincang dulu. I’ll be back in five,” kata Fariq sambil mencapai lengan Atea.
“It’s okay, En Fariq. Let my...”
“It’s okay. Just give me five,” potong Fariq cepat. Dia membawa Atea keluar.
Atea tidak dibawa ke setiausahanya, tapi melencong ke bilik seminar berhampiran bilik mesyuarat. Atea duduk di kerusi dan Fariq teliti kepala Atea. Risau kalau cedera.
“Sakit betul ke ni?” tanya Fariq mengusik.
“Betullah, ingat main-main ke,” balas Atea, marah.
“Meh, abang tiup skit. Lepas ni mesti okey punye,” kata Fariq sambil meniup ubun-ubun Atea perlahan-lahan.
Kemudia dia menarik kerusi dan duduk di depan Atea.
Kemudia dia menarik kerusi dan duduk di depan Atea.
“Bee dah sejuk?”
Atea buat tak tahu. Peluk tubuh dan melarikan pandangan ke white board di depan bilik. Fariq cuit hujung dagu Atea.
“Nanti, dinner dengan abang?”
Atea masih buat bodoh.
“Bee, nanti dinner dengan abang, ye."
“Kat mana?” soal Atea dingin.
“Kat Mariot. Pukul 8.”
“Dengan Syarat...” Atea pandang wajah Fariq dan naikkan jari telunjuknya. Fariq lepaskan keluhan dan jungkit bahu.
“Just name it, babe.”
“Abang kena kawan dengan Bear...”
“Bee.”
“He’s a nice man. Trust me. Bila abang dah kawan dengan dia, Tea yakin hundred percent abang akan sukakan dia. Just like I do,” kata Atea manja. Dia meraih lengan Fariq.
“Sukakan dia? Wei, abang ni bukan gay. Abang cuma suka Bee sorang je,” balas Fariq. Dia mendekatkan mukanya ke muka Atea.
“Tea bukan kata abang gay. Abang akan suka kawan dengan Bear. Macam Tea suka kawan dengan dia,” jawab Atea sambil menolak lembut bahu Fariq.
“Okey, but give me a hot kiss first,” pujuk Fariq. Dia mendekatkan diri dengan Atea dan bibirnya mencari bibir merah jambu Atea bila Atea menolak bahunya lembut.
“Janganlah. Abang ada meeting dengan Bear, bukan dating dengan Tea.”
“Abang balik dengan Bee malam ni, ek?”
“Ala, Tea nak siapkan proposal. Bear nak esok,” balas Atea sambil melangkah ke pintu. Fariq mengekori.
“Bee, please!” Fariq seakan merayu. Dia terlalu rindu pada Atea.
Atea buat tak dengar. Melihat Atea buat bodoh, Fariq capai lengan Atea, meraihnya dan kemudian bibirnya bertemu bibir Atea. Atea menolak tubuh Fariq kasar.
“Abang, kita kat ofis ni,” marah Atea sambil matanya melilau kalau-kalau ada kamera tersembunyi. Fariq senyum comel.
“I love you, Bee.”
Atea kulum senyum, kemudian menolak pintu bilik seminar dan melangkah kembali ke bilik mesyuarat. Dia membetulkan sutnya sebelum masuk. Fariq mengekori dari belakang.
“Dah okey ke, Atea?” tanya Bear.
“Dah. Sikit je. Maaf sebab tangguhkan mesyuarat ni,” pohon Atea lembut. Dia kembali duduk di kerusinya.
Menghulur senyum pada Yusri dan angguk sedikit pada seorang wanita seksi yang baru tiba.
Menghulur senyum pada Yusri dan angguk sedikit pada seorang wanita seksi yang baru tiba.
Tepat jam 12.15 baru mesyuarat mereka habis. Pelawaan Fariq untuk membelanja mereka makan tengahari, Bear sambut dengan penuh kegembiraan. Sambil melangkah untuk ke lif, Fariq menyuruh Bear, Jaja dan Atea bergerak dahulu. Kemudian dia dan Yusri menyusul.
“Riq, she’s so hot,” komen Yusri perlahan. Fariq terhenti.
“Who?” tanyanya sepatah.
“Atea,” dan Yusri ketawa kecil.
Fariq ketap bibir. Nak aja dia lempang mulut si Yusri tu. Tapi dia kontrol diri dan pura-pura ketawa.
“Tengok lenggang dia tu, amboi mak! Pecah jantung aku.”
“Woi, Yus. Kau tengah tengok anak dara orang tu,” balas Fariq. “Ntah-ntah bini orang.”
“Mana adalah bini orang. Cik lagi tu. Ntah-ntah, aku boleh masuk jarum.”
“Kau ni tak ubah-ubah. Kalau nakkan Cik Atea tu sensangat, jangan lunch ngan aku. Kau ajak je dia keluar.”
“Jangan marah, my man. Gurau je. Hot nampak. Jom kita pergi. Diorang dah tunggu tu.”
Atea duduk di sebelah Bear, berdepan dengan Fariq. Dia orak senyum dan mencapai menu. Dibelek-belek perlahan.
“Rugi Jaja ada lunch dengan pakwe dia kan, Bear. Bila lagi nak makan orang belanja. Kat restoren five stars plak tu,” omel Atea sambil matanya melihat sekeliling. Bear ketawa kecil manakala Fariq hanya menerbitkan seulas senyum.
“Bear, apa yang best kat sini?” tanya Atea sambil belek menu lagi. Sebenarnya dia mahu lari dari pandangan mata nakal Fariq yang sedari tadi mengambil peluang untuk merenungnya.
“You should ask En. Fariq, dear. Dia yang bawak kita ke sini, kan?”
Fariq terperanjat mendengar Bear memanggil Atea ‘dear’. Baginya, hanya dia sorang saja boleh memanggil Atea begitu. Tapi memikirkan Bear mungkin masih terpengaruh dengan gaya hidup barat, dia memaafkannya saja.
“Kat sini terkenal dengan western foodnya. Kalau cik Atea nak rasa spaghetti yang paling sedap di Malaysia, we’re on the right place,” kata Fariq. Dia tahu Atea tu hantu spaghetti. Itu merupakan salah satu sebab kenapa dia menawarkan tempat itu sebagai tempat makan tengahari mereka.
“Tapi En Fariq, saya tak makan spaghetti,” kata Atea perlahan dan buat muka kesal. Fariq tahan gelak. Nampaknya Atea saja nak main-mainkan dia. Dia orak senyum. Atea tak mahu, tak apa.
“Oh, ye ke? Takpe, banyak makanan lain. Pesan je. Steak ke, macaroni bakar dia pun sedap,” cadang Fariq.
“Eii... macaroni pun jual ke? Takde benda lain nak juallah tu. Kalau macaroni, saya masak pun sedap. Awak nak rasa, Bear? Nanti saya masakkan untuk awak ek,” kata Atea sambil sentuh lengan Bear. Fariq pandang tajam.
Fariq suap spegettinya dengan berselera sekali. Dia nampak Atea pandang ke pinggannya dengan pandangan terliur. Tapi dia buat bodoh. Rasakan, jual mahal sangat. Yusri menyuap salad buahnya perlahan-lahan. Dia mahu makan tapi mengenangkan lunch appointmen nanti dia kena membawa perut kosong, terpaksa tahan sajalah.
“Sedap tak steak tu, cik Atea?” tanya Fariq sedangkan dia tahu Atea bukan makan sangat makanan berasaskan daging. Atea hampir tersedak, namun dia angguk berkali-kali.
“Sedap. Memang kat sini high class betullah makanan dia, kan?” kata Atea sambil suap daging steaknya.
“Memang. Kat sini memang glamer. Waktu malam lagilah orang suka datang. Kat sini romantis. Cik Atea bolehlah ajak orang istimewa datang nanti,” sampuk Yusri.
“Boleh aje. Nanti kita datang malam ek, Bear. En Yusri kata kat sini romantis.”
Fariq telan spegettinya cepat-cepat. Nasib baik tak tercekik aje. Atea memang sengaja nak membakarnya. Sengaja nak sakitkan hatinya. Dah tahu dia tak sukakan Bear, Atea buat manja pulak.
“Kalau datang, kena try spaghetti ni. Sedap.”
“Sejak bila pulak kau ni suka makan spaghetti. Biasa nak menghabiskan setengah pinggan pun susah,” komen Yusri pada Fariq.
“Baru hari ni. Rupanya memang sedap rasa dia.”
Yusri meminta diri kemudiannya kerana ada temujanji lain. Bear pula meminta diri ke tandas. Atea dan Fariq saling berpandangan, lama sebelum Atea panjangkan tangannya ke pinggan Fariq. Memutar mee panjang yang bersalut sos istimewa itu dengan garpunya sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Aik, cik Atea! Kata tak makan,” usik Fariq.
“Mana tahan, abang jahat,” kata Atea dengan mulut penuh.
“Baik-baik, sayang. Tercekik nanti.”
“Cepat, Bee. Abang nampak beruang tu on da way,” kata Fariq bila melihat Atea masih berselera menjamah makanan dari pinggannya. Atea kalut membetulkan duduk dan meninggalkan sedikit saja baki di dalam pinggan Fariq.
“Nanti kita datang makan kat sini lain kali,” janji Fariq.
Atea senyum dan angguk. Dia meneguk air buahnya. Fariq baru perasan ada sisa makanan di penjuru bibir Atea. Namun belum sempat dia menegur, Bear sudah pun duduk di kerusinya.
“Wah, En Fariq! Memang suka spaghetti nampaknya,” kata Bear bila melihat pinggan Fariq hampir licin. Fariq ketawa kecil dan hampir saja nak halang Bear dari memandang ke arah Atea.
“Eh, Atea! Comotnya awak makan. Meh sini saya tolong,” pelawa Bear sambil capai napkinnya. Fariq nak aje menghalang lelaki itu dari menyapu tepi bibir Atea. Atea pula buat mengada dan hanya membiarkan saja.
“Kalau tak silap, ni sos spaghetti En Fariq. Macam mana boleh terpelanting ke tepi bibir awak ni?” omel Bear.
“Bukanlah. Tu sos steak tu,” dalih Atea, mula pucat.
“Bukan...”
“Bear, kat Port Klang ada satu restoren best giler. Nanti saya belanja awak makan kat sana pulak, ye? Waiter, bill please!”
Fuh, nasib baiklah Fariq cepat. Si Bear tu pun satu. Pasal sos pun nak kecoh. Kalau betullah dia nak menang jugak, mau terbocor rahsia nanti. Bear Bear...
Atea mengenakan sepasang blause labuh paras buku lali bertali halus berwarna maroon dan dihiasi dengan selendang krim di atas bahunya. Dia bergandingan masuk dengan Bear yang tampan bersut hitam. Saat mereka masuk, banyak mata menyapa. Masing-masing orak senyum.
Fariq menghampiri. Agak cemburu melihat orang yang sepatutnya meraih lengannya bergandingan dengan lelaki lain. Namun dia orak senyum dan menjabat tangan Bear. Kemudian tangan Atea yang mulus itu.
Fariq bawa pasangan itu berjumpa ibu bapanya. Tersentuh hatinya melihat Atea menyalami tangan ibu bapanya.
Sepatutnya mereka bukan bertemu dalam suasana ini.
Sepatutnya mereka bukan bertemu dalam suasana ini.
“So youlah lawyer muda yang Fariq berkeras nak hired tu. Erm... patutlah dia mati-mati pertahankan hujah dia,” usik Datuk Fadil sambil memandang Atea atas dan bawah. Gadis itu mempunyai kecantikan wanita melayu.
“Tak adalah, datuk. Saya rasa anak datuk ni cuma nak bagi peluang pada orang baru macam saya ni,” balas Atea merendah diri.
Dan kemudian ibu bapa Melly hampir. Saling berkenalan.
“You must be kawan Melly, kan? Melly banyak cerita pasal you, Atea,” kata Datin Sarah bila Atea memperkenalkan dirinya.
“Ye ke, datin? Kami dah lama tak jumpa. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerja. Kirim salam dengan Melly nanti ya, datin.”
“Yelah.”
Ketika duduk di meja, Bear merapatkan tubuhnya ke tubuh Atea dan berbisik.
“Nampaknya awak memang terkenallah lepas ni, Tea. Semua orang kenal.”
Atea tahu Bear cuma menyuarakan kebenaran. Datuk Fadil dan Datuk Mazlan bawa Atea berkenalan dengan teman-teman mereka yang lain. Merah padam muka Atea bila dipuji oleh orang-orang koporat itu. Dia hanya mampu senyum dan ketawa kecil. Bear pun nak tergelak melihat Atea berlakon.
Meja mereka terletak berhampiran meja utama. Kebetulan tempat duduk Atea betul-betul berdepan dengan tempat duduk Tan Sri Kamal, salah seorang lembaga pengarah di Bersatu Holding. Lelaki 60 an itu kerap merenung ke arah Atea. Rimas Atea dibuatnya.
“Tan Sri Kamal tu berminat nak jadikan awak mistress dia ke?” usik Bear yang perasan dengan pandangan aneh Tan Sri Kamal itu. Atea tak menjawab, namun jarinya menyepit paha Bear di bawah meja.
“Rasakan!”
Selepas makan, Atea meminta diri untuk ke tandas. Selepas mengemaskan mekap dan pakaiannya, dia melangkah keluar. Wajahnya berubah melihat Tan Sri kamal berdiri di depan tandas wanita.
“Eh, Tan Sri. Kebetulan pulak,” kata Atea sambil cuba menghadiahkan sebuah senyuman yang dirasakan bagaikan terpaksa. “Excuse me,” dia meminta diri.
“You look familiar to me, Cik Atea. I’ve seen you before,” kata Tan Sri kamal dan membuatkan Atea menghentikan langkahnya dan menoleh.
Wajah Tan Sri Kamal yang masih tampan itu diperhati lama. Seingatnya, dia tak pernah berjumpa dengan lelaki itu walaupun sekali. Atau mereka pernah bertembung dan ingatan lelaki itu lebih kuat daripada ingatannya.
“I’m so sorry, Tan Sri. Seingat saya, kita tak pernah jumpa. Pelanduk dua serupa kot,” kata Atea sambil tergelak kecil. Dia kemudian angguk sedikit meminta diri untuk kembali ke mejanya.
“Hilton Auckland, New Zealand.”
Kali ini Atea tidak terus menoleh. Dia mengerutkan dahinya. Bagaimana orang tua tu tahu? Hotel itu merupakan tempat penginapan dia dan Fariq ketika mereka bercuti kali terakhir kira-kira 2 bulan lalu. Ketika itu, Fariq menghadiri mesyuarat lembaga pengarah menggantikan bapanya. Jangan-jangan...
“Yes, cik Atea. I pun ada kat situ jugak, menghadiri mesyuarat tu.”
Atea pucat. Seakan tak berdarah walau ditoreh dengan pisau tajam sekalipun. Degup jantungnya bagaikan dia baru selesai memecut di litar perlumbaan. Dua tangannya saling bergenggaman bila dia menoleh.
“I thought you ni mistress Fariq. Tapi kenapa you nampak intim dengan lelaki yang temankan you tu?” soal Tan Sri Kamal inginkan kepastian.
Dia tahu Atea ke New Zealand dengan Fariq. Dia pernah nampak kedua-duanya saling berpelukan sambil menyusuri pantai yang indah. Ketika itu mesyuarat mereka telah tamat, tetapi dia sengaja mengambil peluang untuk bercuti sehari lagi. Dan dia tak sangka telah menyaksikan kecurangan Fariq. Setahunya, Fariq dah bertunang.
“Fariq kan dah bertunang, Tan Sri,” Atea pura-pura gelak walaupun saat itu dadanya terasa ingin meletup. Marah dan berang dengan orang tua yang tak sedar diri itu.
“So?”
“I’m not playing around with a man that is not married, but unavailable. Saya lebih suka bachelor. Two months ago, saya tak tahu status dia. Sekarang saya tahu dia dah bertunang dan akan kawin tak lama lagi. Buat apa saya nak kacau rumahtangga orang. Besides, Hilman, lelaki yang temankan saya tu masih bujang lagi. Muda, kaya dan bekerjaya. Jadi buat apa pertaruhkan masa depan pada orang yang akan tinggalkan kita nanti, kalau ada yang lebih baik sedang menagih kasih,” sindir Atea. Dia tahu Tan Sri Kamal tu pun tak kurang gatalnya.
“So, you sekarang mistress...”
“Opss, bukan perempuan simpanan, Tan Sri. Dia kan belum kawin, buat apa sorok-sorok. Hilman tu tunang saya. Cocok, kan? Kaya, bujang dan yang penting masih muda,” kata Atea sebelum mengenyitkan mata dan pusing tubuh.
“Tuah saya, Tan Sri.”
Sepanjang perjalanan ke mejanya, Atea senyum panjang. Puas hati dapat mengeluarkan kata-kata yang dia tahu amat berbahaya itu. Sukar jadinya kalau Tan Sri Kamal menjaja cerita nanti. Tapi lantaklah, siapa nak percaya. Bukti takde. Dia betul-betul puas hati.
Majlis hanya berakhir lewat jam 10 malam. Sebelum pulang, Atea dan Bear menemui Fariq dulu. Memaklumkan yang mereka sudah mahu pulang.
“I belanja you all supper dulu,” pelawa Fariq.
“No, thanks. Kami rasa baik kami beransur dulu. Dah lewat ni. Lagipun nak kena hantar anak dara orang ni dulu,” Bear jeling ke arah Atea yang masih segar bugar matanya. Sedangkan dia dah penat. Maklumlah, mesyuarat sampai pukul 6 tadi.
“Please! Atea?” Fariq memohon persetujuan dari Atea.
“Macam nilah, Riq. Lain kali jelah,” tolak Bear.
“Oh, please!”
“Okey, saya ada suggestion baik punya. Apa kata kalau saya temankan En Fariq? Then dia boleh hantar saya pulang,” cadang Atea. Air muka Fariq ceria.
“Are you sure?”
“Yup. Pergilah balik. Penat sangat saya tengok awak tu. Don’t worrylah,” kata Atea bila tengok muka risau Bear.
“Menyusahkan you aje, Riq.”
“It’s okay. Have a nice sleep.”
Atea melangkah perlahan-lahan ke kereta Fariq. Fariq menyuruhnya pergi dulu kerana mahu memaklumkan pada ibu bapanya. Atea menyandarkan tubuh ke kereta Fariq. Dia sabar menanti.
“Ahah, at last dapat jugak Tea naik kereta dengan abang ek!” ucap Atea setelah menghenyak punggung di sebelah Fariq. Fariq menoleh.
“Janganlah cakap macam tu. Kecik ati abang tau.”
“Eleh! Hati dia nak Tea jaga. Hati Tea ni...”
“Bee.”
“Alah! Tea gurau ajelah. Kita nak ke mana ni?” tanya Atea sambil mengenakan tali pinggang keselamatan.
“Baliklah.”
“Balik?”
Atea meletakkan kasutnya ke atas rak dan menuju ke dapur. Dia menuang segelas air kosong dan diteguk sedikit. Fariq yang mengekori di belakangnya menompang dagu di meja panjang yang berada di dapur.
“What do you think about Bear?” tanya Atea bila melihat Fariq asyik merenungnya dengan senyuman.
“Beruang tu? Okeylah, at least ada sesuatu yang abang sependapat dengan Bee. He’s a nice man,” komen Fariq. Dua kali keluar dengan Bear, dia baru nampak kebaikan hati anak muda itu. Fariq raih tangan Atea dan dibawa ke ruang tamu.
“I’ve told you before.”
Fariq tak membalas. Dia meletakkan tangannya ke pinggang Atea dan menghayun tubuhnya. Tanpa muzik, mereka menari. Kemudian Fariq peluk Atea dari belakang dan bergumam kecil.
“Abang janji dengan Tea, jangan musuhi Bear lagi.”
“Ermm...”
“Janji dulu,” bentak Atea.
“Abang janji, sayang.”
Atea senyum dan kemudian dia mengajak Fariq duduk di balkoni. Merenung bulan yang indah. Atea merebahkan kepalanya ke dada Fariq dan tangan mereka saling bertaut di atas perutnya.
“Dah lama kita tak pergi bercuti,” kata Fariq tiba-tiba. Atea mendongak dan ketawa kecil. Dia mengucup tapak tangan Fariq.
“Boleh ke? Kan kita banyak kerja sekarang ni.”
“Tulah, abang pun dah tak tau nak handle kerja yang bertimbun-timbun tu. Rasa macam nak give up je. Dah tu, kena berjauhan dengan Bee. Balik rumah, tengok muka babah dengan ibu yang tak putus-putus tanya pasal jodoh. Melly pulak, selalu nakkan perhatian. Abang bosan,” adu Fariq. Atea tertawa kecil.
“Abang, bulan tu cantikkan?” bisik Atea tiba-tiba. Fariq mendongak dan dia nampak bulan benar-benar sempurna malam itu. Dan dia akui, melihat bulan bersama Atea, barulah ternampak keindahannya. Kalau tak dia hanya sekadar melihat objek bulat bercahaya yang menghiasi langit.
“Cantik, sayang.”
“Nanti, kalau kita tak dapat duduk macam ni lagi, kita kena tengok bulan tau. Sebab tak kira kat mana kita berada, kita memandang bulan yang sama,” kata Atea sambil mendongak ke arah Fariq.
“Kalau tak duduk macam ni, macam mana lagi kita nak duduk? Kaki ke atas?” usik Fariq.
“Abang.”
“Yelah, yelah. InsyaAllah, sayang.”
“Tea sayang abang,” kata Atea sambil kucup rahang Fariq hangat. Fariq senyum dan mengeratkan pelukannya.
“Takkanlah I tak kenal Fariq, Datin oii! Dia tu membesar depan mata I. I takkan salah orang. Sapa nak bertukar kalau si Fariq tu.”
“Tapi, datin. Fariq takde pulak bagitau dia ke Gold Coast. Katanya ke Manila uruskan meeting di sana. Macam mana boleh sampai ke Australia?” Datin Hajar garu pangkal leher.
“Ye ke meeting, datin? Nampak macam honeymoon aje,” Datin Hendon menghangatkan cerita. “Kat Palazzo Versace Hotel lagi, datin. I nampak mereka masuk. Lepas tu I keluar masuk, keluar masuk, tak nampak pulak diorang tu. Kat cafe pun takde.”
Datin Hajar ketap bibir. Ini bukan cerita pertama yang didengari dari teman-teman tentang peel anak bujangnya. Tapi biasanya gambaran yang diberikan tentang gadis yang mendampingi Fariq adalah hampir sama. Gadis cantik yang kecil saja jika nak dibandingkan dengan Fariq.
Dua bulan lepas, Puan Sri Jizah terserempak dengan Fariq dan seorang perempuan kat Jepun. Waktu tu Sakura tengah berbunga. Cerita Puan Sri Jizah lagi, mereka nampak sangat bahagia bagaikan pasangan pengantin baru. Langsung tak berenggan. Fariq bagaikan enggan melepaskan tangan dari tubuh genit perempuan tu. Dan perempuan tu pulak kelihatan bahagia dengan anak taikoo Malaysia tu.
“Siasat betul-betul, Jar. Menyesal nanti. Ntah-ntah si Fariq tu saja keluar dengan kawan-kawan perempuan dia. Alah, dia kan bujang lagi,” nasihat Datin Maria lewat petang itu bila Datin Hajar menyumpah seranah gadis yang mendampingi anaknya.
“Siasat apa lagi, Mar? Memang perempuan yang sama dikendungnya ke timur ke barat. Sakit hati dengan peel anak lelaki sorang. Kita suruh nikah cepat-cepat, tak mahu. Konon tak puas lagi hidup membujang. Rupanya tak puas nak usung pompuan tu. Manalah agaknya maruah pompuan tu,” bebel Datin Hajar.
“Kita tengok baik-baik, Jar. Ntah-ntah Fariq tu memang ramai awek. Tak elok kalau sorang je kena.”
“Ni, tengok gambar-gambar ni. Kan orang yang sama tu,” kata Datin Hajar sambil lempar satu envelop ke atas meja. Datin Maria mengambilnya dan dilihat banyak gambar Fariq di dalamnya.
Ternyata wanita yang didampinginya adalah wanita yang sama. Hubungan mereka nampak intim dan tak mustahillah Datin Hajar mengamuk. Takut rancangan nak menjodohkan anak tunggal dengan anak temannya tak jadi. Malu dapat, kempunan pun iya.
“Baik tanya dua belah pihak, Jar.”
“Dah dicari pompuan tu. Gagal dikesan. Manalah agaknya Fariq sorokkan dia. Pompuan tu Mar, kita pernah jumpa. Fariq sendiri yang kenalkan kami satu waktu dulu. Tapi kita tak ingat kat mana, dan apa nama pompuan tu.”
“Fariq pun kena tanya jugak. Ntah-ntah memang betul kawan dia saja. Budak sekarang ni, takde hubungan apa-apa tapi mesranya melebihi suami isteri,” kata Datin Maria, ibu Dr Seri itu.
“Fariq? Huh, anak bertuah tu! Nampak muka kita, mencicit dia lari. Konon banyak kejelah. Konon ada meetinglah. Naik kepala bila babah dia asyik menangkan dia,” luah Datin Hajar.
“Kalau budak-budak tu dah suka, nikahkan aje. Takkan nak biarkan anak kita hidup dalam dosa,” nasihat Datin Maria.
“Eii, sori kita nak bermenantukan pompuan sebarang tu! Kita nak Melly jadi menantu,” Datin Hajar berkeras.
“Dah, budak-budak tu dah suka...”
“Kita ni mak bapak diorang. Kita kena aturkan hidup diorang. Jangan umur dah lanjut, tapi masih bujang dah le.”
Datin Maria tahu temannya itu mengata anak gadisnya, Seri. Anak gadisnya itu lebih senang membisu bila ditanya pasal jodoh. Sejak Haiqal, teman lelaki pertama dan terakhirnya itu meninggal dunia ketika mengendalikan helikopter di Pedalaman Sabah, Seri seakan mematikan hatinya pada lelaki lain. Sebagai ibu, Datin Maria juga risau. Namun dia mahu Seri menentukan sendiri hidupnya.
“Aku bomohkan pompuan tu nanti,” kata Datin Hajar sambil kempal tangannya.
“Tak baik, Jar.”
“Kita tak kira. Sape suruh dia berani main cinta dengan anak kita. Siaplah dia nanti. Tahulah kita ni sapa...”
Seri hanya pasang telinga mendengar ibunya bercerita tentang Datin Hajar nak main bomoh. Dia ketawa kecil. Zaman sekarang pun ada yang percayakan bomoh lagi?
“Biarkanlah, ummi. Tak ke mana untie Hajar tu.”
“Tapi nampak macam marah benar dia kali ni,” kata Datin Maria sambil terus melipat kain yang baru diambil di ampaian. Sejak kawin, dia yang menguruskan rumahtangga. Dia tidak percaya untuk menyerahkan tugas kepada pembantu rumah.
“Alah, kalau Allah tak tolong, tak jadi gak, mi,” kata Seri sambil menolong ibunya melipat kain baju.
“Ini nak meminta dengan syaitan ni, Seri.”
“Kena pertolongan Allah gak, mi. Jangan risaulah. Lagipun setahu Seri, Fariq ni obsesi dengan sesuatu hal. Kalau dah bercinta, mau tak berkepit je sepanjang masa, mi,” pujuk Seri walau hatinya sendiri dipagut kerisauan.
“Sapa budak perempuan tu, Seri? Kamu kenal ke?” tanya Datin Maria. Setahunya, hubungan anaknya itu dengan Fariq memang seperti isi dengan kuku. Terlalu rapat.
“Ntah. Manalah Seri kenal, mi. Seri pun dah lama tak keluar lepak-lepak dengan Fariq. Masing-masing busy. Takde masa,” kata Seri, berdalih. Kemudian dia bangun.
“Eh, nak kemana?”
“Nak siapkan paper work, mi. Esokkan Seri ada seminar. Naik dulu ek,” Sebenarnya dalam masa yang sama doktor muda itu ingin lari dari ibunya. Tak tahan kalau dah berborak dengan ibunya. Mesti ada yang terbocor nanti. Jadi, baik cabut cepat-cepat.
“Panggilkan Sera turun ye, Seri.”
“Okeh.”
Troot...
“Hello...”
“I just call to say I love you,” suara Fariq menyanyi-nyanyi di corong telefon. Atea ketawa kecil.
“I love you too,” balas Atea.
“I’ll see you. Bye.”
Atea tersenyum sambil memegang gagang wireless yang sudah sunyi itu. Dia bergerak ke beranda dan membiarkan angin yang agak liar menyapa wajahnya. Keadaan yang menenangkan itu membuatkan minda Atea bebas.
Prang...
Atea tersentak dan menoleh ke belakang. Pasu kristal yang Fariq hadiahkan pecah berkecai di atas lantai. Langsir berkibar kasar, membuatkan Atea bergegas merapati untuk kembali mengikat ke tepi. Atea berlutut di depan serpihan kristal kesayangannya itu. Dia menyentuh satu serpihan.
“Aduh!”
Saat itu kilat menyimbahkan cahayanya ke bumi. Atea menoleh ke luar dan hujan renyai-renyai mula turun. Saat itu juga jantung Atea bagaikan mahu terkeluar dari rongga dadanya. Dia benci untuk menyatakannya, tapi bagaikan sesuatu telah berlaku.
Fariq pandang kotak rantai dan jambangan bunga yang dibeli khas untuk Atea yang diletakkan di sisi tempat pemandu. Dia tersenyum puas hati. Yakin yang Atea pasti akan terkejut dengan hadiah ulang tahun perkenalan mereka itu. Sengaja dia membeli hadiah lebih awal kerana minggu depan dia terpaksa menghadiri mesyuarat di Singapura.
Dia langsung tidak memberitahu Atea tentang kepulangannya itu. Dia mahu memberi satu kejutan kepada insan yang paling dicintainya. Dua kejutan mungkin. Terbayang-bayang wajah manis Atea menerima hadiahnnya. Bayangan itu membuatkan Fariq menjadi tidak sabar. Dia menekan pedal minyak.
Dalam hujan renyai itu, Fariq memecut keretanya. Malam masih muda, baru pukul 11 malam. Kenderaan masih bertali arus dalam kemeriahan kota itu. Perjalanannya selesa sehinggalah dia keluar dari highway PLUS menghala ke kondo yang disewakan Atea. Terasa kereta agak terhuyung hayang. Memikirkan mungkin kerana jalan licin selepas hujan, Fariq mematikan semua andaian kosong.
Namun, lima kilometer kemudian, kereta Fariq hilang kawalan. Bagaikan ada kuasa lain membawa keretanya ke tengah dan ke tepi. Fariq mencari pedal brek dan saat itu hanya wajah Atea terbayang di matanya.
“Ya Allah!!!”
Fariq terus tidak sedarkan diri...
***
Suasana di Hospital Universiti hingar bingar. Datin Hajar mengongoi dalam pelukan Datuk Fadil. Puas Datuk Fadil cuba menenangkan isterinya, namun makin kuat pulak Datin Hajar menjerit-jerit.
“Ni mesti nak pergi jumpa betina sial tu,” sumpah Datin Hajar.
“Hajar, malu orang tengok ni,” kata Datuk Fadil menenangkan Datin Hajar.
“Betina sial, tengoklah apa dia dah buat pada anak kita ni. Sial, aku dapat kau, aku siat-siatkan kau.”
“Jar, anak kita sakit tu. Jangan nak buat hal kat sini. Kawal rasa marah tu sikit. Banyakkan ingat Tuhan,” Datuk Fadil hampir meletup. Sudahlah anak lelaki tunggalnya sedang berperang dalam maut dalam bilik pembedahan, Datin Hajar pulak buat hal. Menangis menyumpah macam orang hilang akal. Malu bila ada pelawat yang lalu lalang memandang kehairanan.
“Untie.”
Datin Hajar menerpa ke arah Melly yang berlari anak merapatinya. Dua insan itu pula berkongsi air mata. Datuk Mazlan hampir dan menepuk bahu bakal besannya itu. Menyuruh bersabar dan menerima dugaan itu dengan hati terbuka. Datin sarah memujuk Datin Hajar yang masih teresak-esak di pangkuannya.
Melly sapu air mata dan melangkah ke cermin yang memisahkan dunia luar. Dia memeluk tubuh dan memandang keluar. Rintik-rintik hujan masih kelihatan dan dalam diam Melly menyeru nama Allah. Meminta moga tunangnya itu selamat. Dia tahu dia takkan mampu untuk hidup tanpa insan itu.
***
Seri membuka matanya bila terasa satu tangan menyentuh lembut bahunya. Dia nampak ibunya duduk di birai katil dan tersenyum sayu.
“Ummi, kenapa? Dah pukul berapa ni?” soal Seri lemah sambil menggeliat membetulkan urat yang terasa tersimpul. Rasanya baru saja dia melelapkan matanya.
“Pukul 2.30, nak.”
“2.30, mi? Ada apa ni ummi?” tanya Seri sambil bangun dari baring.
“Fariq kemalangan malam tadi. Sekarang ni tengah dalam operation room kat Hospital Universiti.”
“Ya Allah!” hanya itu yang mampu melewati bibir Seri. Entah kenapa dia terbayangkan Atea Zatira, teman wanita Fariq.
“Fariq kemalangan sorang ke...”
“Sorang. Dalam pukul 11 malam tadi.”
“Ya Allah! Jom kita pergi, mi.”
***
Atea pusing tubuh ke kanan. Matanya masih terasa segar walau sudah lebih 2 jam dia berbaring dan memaksa matanya pejam. Gambar Fariq yang diletakkan di atas meja sisi katil dicapai. Dipandang puas sebelum dipeluk erat ke dadanya.
“Abang, bila abang nak balik? Tea rindukan abang.”
Seri senyum menyambut kedatangan Atea di kliniknya pada lewat pagi itu. Atea masih seperti dulu. Comel dan senyumannya masih menarik seperti kali pertama Seri mengenalinya beberapa tahun lalu. Atea diarahkan untuk berbaring ke atas katil sementara Seri membuat pemeriksaan.
“Rasanya, baby yang hari tu dah kembali, Seri. Dia sedang mencari perlindungan dalam diri saya ni,” kata Atea perlahan.
“Dah buat pregnancy test ke, Tea?” soal Seri mesra bila Atea mengatakan dia merasakan ada janin yang sedang membesar di dalam rahimnya.
“Tak pernah lagi. But, I just know. How but I know.”
Seri senyum. Tak mustahil kerana Atea pernah mengalaminya sekali sebelum ini. Jadi sedikit sebanyak kehadiran orang baru itu boleh dirasainya. Selepas itu, Atea kembali mengenakan pakaiannya dan duduk di depan Seri.
“You’re right, Atea. Almost 2 months. Tahniah,” Seri hulur tangan dan lambat-lambat Atea menyambutnya. Kalau dulu dia menangis teresak-esak, kali ini air mukanya keruh. Perlahan dia angkat muka.
“Boleh buat abortion tak?”
“Eh! Abortion? Tapi kenapa?” soal Seri.
Atea sembam mukanya ke tapak tangan dan menangis. Seri bingung. Dulu dia kalut mencari nombor telefon orang yang mampu menenangkan Atea. Sekarang, orang itu takkan mampu hadir ke sisi. Atea harus ditenangkan. Seri bangun dan duduk di kerusi bersebelahan kerusi Atea.
Bila Seri paut bahu Atea, tanpa teragak-agak Atea lepaskan tangisan di bahu doktor itu. Dia perlukan seseorang untuk berkongsi kesedihannya. Sudah hampir sebulan Fariq tidak pulang. Rata-rata Atea mencarinya. Macam orang gila Atea pusing bandar KL untuk mencari Fariq. Macam mencari sepohon bunga ros di dalam hutan rimba yang merimbun.
Seri elus rambut Atea perlahan-lahan dan membiarkan saja Atea menangis tanpa sebarang gangguan. Dia tahu Atea masih belum tahu tentang Fariq. Dia sendiri sudah terlalu lama mencari alamat Atea supaya berita itu boleh dikhabarkan. Rekod pesakit hanya meletakkan alamat pejabat semata.Tapi rata-rata yang ditanya tidak mengenali siapa Atea.
15 minit kemudian, Atea sudah tenang. Duduk dengan kepala ditundukkan berdepan dengan Seri. Kedua belah tangannya saling menggenggam seolah-olah dia mencari perlindungan diri. Mencari sesuatu untuk melindungi dirinya yang sendirian.
“Kandungan ni tak boleh hadir saat ni. Saat ni tak sesuai. Saya sedang membina kerjaya. Kerjaya yang akan menentukan masa depan. Apatah lagi...” Atea angkat muka. Seri angguk. “Dah hampir sebulan saya tak jumpa Fariq. Dah hampir sebulan Fariq tak pulang. Dah hampir sebulan saya mencarinya macam orang gila.”
“Atea.”
“Saya dah buntu. Tak tahu mana lagi nak cari dia. Mengintip di rumah dia pun, saya tak nampak dia keluar masuk. Staff ofis dia kata dia bercuti sekarang ni. On emergency leave. Tapi dia ke mana? Kenapa takde orang tahu. Kenapa dia tinggalkan saya sorang diri sedangkan dia tahu saya amat perlukan dia.”
“Bukan Fariq tinggalkan awak sorang diri. Jangan sangka yang dia sengaja lari, Atea. Sekarang ni Fariq tak sedarkan diri.”
“Apa?” Atea terbangun dari duduknya. Perlahan Seri tarik Atea duduk kembali. “Apa maksud awak dia tak sedarkan diri? Kenapa dia tak sedarkan diri? Kenapa...?”
“Saya akan ceritakan semuanya. Dan satu saja saya minta dari awak. Jangan cepat melatah. Dengan cerita saya ni baik-baik. Ye?” Dan satu persatu Seri membuka cerita. Atea hanya mampu mendengar dengan linangan air mata yang tak putus-putus. Seri berasa sungguh bersimpati pada nasib Atea.
“Saya nak jumpa dia,” kata Atea sambil sapu air mata.
“Mustahil kalau Datin Hajar ada. Tapi saya akan usahakan supaya awak boleh jumpa dia. Tapi saya tak nak awak pergi sendiri. Saya akan bawak awak. Saya janji Atea, saya akan bawa awak jumpa Fariq.”
“Kenapa?” soal Atea tiba-tiba. Seri angkat kening menandakan dia kurang mengerti pada soalan itu. Atea bangun dan melangkah ke tingkap.
“Kenapa ujian untuk kami terlalu banyak? Tak boleh ke kami hidup macam orang lain? Hidup bahagia macam pasangan lain?”
Seri tak membalas. Membiarkan keluhan Atea berlalu pergi begitu saja.
***
Berjalan di hospital pada lewat malam memang menggerunkan. Atea enggan melepaskan hujung baju Seri yang dipegangnya sedari tadi. Langkah mereka berdua panjang mengekori kenalan Seri yang membawa mereka ke bilik yang menempatkan Fariq. Sebaik saja masuk, Seri rapatkan daun pintu manakala Atea tercegat merenung ke arah Fariq yang terbaring di atas katil.
“Pergilah, Tea. Pergi jumpa Fariq,” bisik Seri perlahan. Dia berdiri menanti di pintu bila Atea menerpa ke arah Fariq. Dia kucup seluruh muka Fariq yang kelihatan seakan lena di malam hari.
“Abang, Tea datang,” maklum Atea ambil letakkan kepalanya ke dada Fariq. “Maafkan Tea, abang. Maafkan semua salah Tea. Abang baliklah. Baliklah ke pangkuan Tea. Tea rindukan abang. Tea cari abang selama ni.”
“Maafkan Tea sebab tak boleh temankan abang kat sini. Maafkan Tea sebab Tea tak mampu sentiasa di sisi abang. Tea tak kuat untuk berdepan dengan mak abang. Tea tak kuat nak terima makian dan cacian dia. Tea takkan dapat terima semua ni. Abang pulanglah. Tea akan tunggu dan terima abang. Tak kira siapa pun abang selepas ni. Tak kira macam mana pun. Tea sayangkan abang.”
“Tea, jom,” ajak Seri separa berbisik. Dari luar dia mampu mendengar tapak kaki merapati bilik itu.
“Tea akan jaga anak kita, abang. Tea janji.”
“Tea, jom.”
Seri genggam jari Atea erat saat mereka berlari anak ke lif bomba yang terletak di bahagian belakang. Sebaik saja pintu lif tertutup, barulah Seri toleh ke arah Atea. Atea sedang menstabilkan nafasnya yang kencang. Dan bila mereka sudah keluar dari bangunan hospital, barulah Seri lepaskan tangan Atea.
Atea duduk di sebuah bangku dan memaksa Seri mematikan langkahnya. Dia nampak Atea sedaya upaya menahan tangis hinggakan bahunya bergetar. Seri faham perasaan Atea saat itu. Dia hampir dan sebaik saja berdepan dengan Atea, dibiarkan Atea memeluk tubuhnya erat. Di situ Atea melepaskan tangisannya.
Atea menyiapkan kerjanya yang banyak terbelangkai sejak kebelakangan ini. Sejak kehilangan Fariq, dia seakan orang tak betul. Datang ke pejabat pun asyik berkurung di dalam biliknya. Bukan sekali dia dipanggil oleh Bear bila terlalu banyak kesilapan yang dibuat. Namun teguran Bear seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akhirnya, Bear biarkan dia tenang sendiri.
Atea sedaya upaya untuk fokus pada kerjanya. Fail-fail yang bertimbun disemak kembali. Dia mahu kembali seperti dulu. Dia tahu sekarang punca Fariq tidak mencarinya. Fariq sakit dan dia tahu kalau Fariq tidak ditimpa bencana itu, hubungan mereka pasti masih seperti dulu. Fariq masih sayangkannya.
Anak itu akan dibiarkan membesar di dalam rahimnya. Dia akan berhenti kerja bila tiba saatnya nanti. Dia takkan sesekali menggugurkan benih cinta mereka itu. Dia takkan melakukan perkara itu untuk kali kedua. Dia berjanji akan menjaga anak itu. Biarlah masyarakat mengata apa saja yang mereka mahu. Dia tahu kebahagian belum tentu akan menjelma kalaupun dia mengendahkan kata-kata sekeliling. Dah penat nanti, tahulah mereka nak berhenti.
“Tea, lunch jom,” ajak Bear sambil menjengukkan kepala ke dalam ofis Atea.
“Kat mana?” tanya Atea sambil tangan terus menyelak helaian fail.
“Kedai depan tu je.”
Atea bangun, capai tas tangannya dan melangkah ke arah Bear. Kedua teman itu bergandingan ke kedai makan di depan pejabat.
Atea menyuap nasi campur berlaukkan ketam masak lemak kegemarannya dengan penuh berselera sekali. Sesekali dia berhenti mengunyah dan menjawab persoalan yang Bear ajukan. Seleranya terasa benar-benar terbuka hari itu.
Ketika itulah telefonnya berbunyi. Atea menyelongkar begnya dan mencapai alat telekomunikasi penting itu. Sebelum menekan butang answer, dia meneguk sedikit jus buahnya. Kemudian barulah dirapatkan ke telinga.
“Hello.”
“Atea, Seri ni. Awak kat mana tu?” suara Seri kedengaran cemas.
“Tengah makan depan ofis. Kenapa Seri?”
“Saya datang ofis awak sekarang, ya?”
“Okey.”
Atea tak pula bertanya kenapa Seri mahu mengunjunginya di pejabat. Namun dia menyedapkan hatinya dengan mengatakan mungkin wanita itu membawa berita tentang Fariq. Teringatkan Fariq, Atea mencapai air basuh tangan dan mencuci tangannya.
“Dah siap ke?” tanya Bear yang hanya menjamah mee goreng saja tengahari itu.
“Dah. Ada kawan nak datang ofis.”
“Jomlah.”
Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, Atea hanya membisu. Pertanyaan Bear hanya dibiarkan bersama angin lalu. Mindanya asyik terkenangkan Fariq sehinggakan dia terlalai ketika mahu menyeberangi jalan yang sibuk untuk ke bangunan pejabat yang tersegam indah di depan matanya.
“Atea, jaga!” Bear hampir terjerit sambil menarik lengan Atea. Atea hampir saja rebah menyembah bumi bila lengannya disentak begitu. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Bear.
“Awak ni kenapa? Nyaris awak nak langgar kereta tu tadi. Awak ingat awak dah kuat ke nak langgar kereta?” bebel Bear dengan dahi berkerut. Atea senyum dan ketawa kecil. Bear merasakan darahnya menyirap ke kepala. Kita risaukan dia, boleh aje dia ketawa macam orang tak bersalah.
“Saya nampak kereta tu. Saja nak test awak,” kata Atea melindungi dirinya dari terus dihujani soalan dari Bear. Bear mengeluh.
“Jangan buat perkara bodoh macam ni, Atea. Nasib baik saya takde sakit jantung. Kalau tak, awak nak uji saya, Tuhan pulak nak uji awak. Padan muka awak nanti.”
“Dah, jom kita pergi,” kata Atea lembut sambit meraih lengan Bear. Dia selalu mencari perlindungan kalau mahu melintas jalan. Takut dengan kereta yang laju-laju tu.
Dan Bear pula merasakan dia sukakan gadis itu. Dia sukakan cara Atea bersuara. Dia suka cara Atea membawa dirinya. Dia suka bila Atea senyum dan ketawa. Apa saja yang Atea buat, Bear suka.
Masuk saja ke dalam pejabat, Atea terus melangkah dengan tergopoh-gapah ke dalam biliknya. Tanpa memandang ataupun mengucapkan apa-apa pada Bear. Bear hanya mampu memandang pintu menelan tubuh kerdil itu. Dia kemudian menghampiri penyambut tetamu yang tersenyum manis.
“Fat, siapa yang datang nak jumpa cik Atea?” tanya Bear mengorek rahsia.
“Katanya kawan cik Atea.”
“Lelaki ke perempuan?” soal Bear risau. Manalah tahu kalau teman lelaki Atea yang datang menjenguk. Sampaikan nak melintas jalan pun dia terlalai.
“Perempuan.”
“Oh, ya ke? Erm... takpelah. Thanks.” Sambil bersiul-siul Bear kembali ke pejabatnya.
Seri peluk tubuh Atea erat. Mereka bagaikan dua teman lama yang sudah terlalu lama berpisah dan menghitung hari untuk kembali bertemu mata. Seri seakan enggan melepaskan tubuh Atea yang makin kurus. Dia takut kalau bila dia melepaskan pelukan, dia akan dipaksa menceritakan apa yang berlaku. Dia takut Atea tak mampu menerima kenyataan nanti.
“Awak tak makan ke, Tea? Kenapa saya nampak awak makin kurus? Awak kena ingat, awak tu bukan makan sorang. Awak makan untuk dua orang,” bebel Seri bila mereka duduk di sofa. Atea ketawa.
“Saya sedang berusaha untuk makan sekarang ni. Awak janganlah risau. Saya akan jaga dia bak-baik,” janji Atea sambil raba perutnya yang makin menampakkan tanda kehamilan. Giliran Seri pula tertawa menampakkan giginya yang indah tersusun.
“Hah, apa cite datang jumpa saya ni?” tanya Atea tak sabar-sabar.
“Fariq...”
“Kenapa dengan Fariq?” potong Atea pantas. Rasa tak sabar mahu menanti Seri menghabiskan ayat. Seri raih jemari Atea dan digenggamnya erat.
“Fariq dah sedar.”
“Alhamdulillah. Dia dah keluar wad ke?” tanya Atea lagi. Makin tak sabar. Dia mahu menemui lelaki itu. Dia mahu memeluk dan mengucup lelaki itu sepuasnya. Dia mahu dipeluk dan dikucup sepuasnya. Dia rindu.
“Dia akan keluar beberapa hari lagi. Dia sihat dan tak ubah macam dulu. Takde apa yang kurang dengan dirinya. Cuma...”
Atea tak bertanya pada pernyataan yang tergantung itu. Dia ingin tahu. Terlalu ingin tahu. Cuma dia takut. Takut pada sambungan ayat Seri nanti. Genggaman Seri makin utuh. Seakan memberitahu Atea yang dia takkan sendiri dalam menempuh dugaan yang bakal mendatang.
“Dia dah hilang ingatannya. Even diri dia sendiri pun dia tak kenal,” kata Seri seakan berbisik.
“Ya Allah!” hanya ungkapan itu yang meluncur dari ulas bibir Atea.
“Dia tak kenal sesiapa pun. Dia seakan bayi suci yang baru dilahirkan. Kata doktor, mungkin dia akan ingat tak lama lagi. Mungkin 3 hari, 3 bulan atau 3 tahun. Tapi kita juga kena bersedia untuk menerima hakikat yang mungkin dia akan begitu buat selamanya,” terang Seri.
Atea gigit hujung bibirnya. Dia tak menangis. Mungkin kerana air matanya sudah kering kerana dia terlalu kerap menangis ataupun dia tidak berada di situ sebenarnya. Sudah terbang mendampingi Fariq. Seri paut bahu Atea perlahan-lahan. Atea raba perutnya dan pandang ke arah Seri.
“Seri...” Atea seru nama Seri perlahan. Saat itu barulah air matanya luruh. Seri peluk Atea erat. Atea hanya memejam mata mencari kekuatan. Air mata diseka dengan hujung jarinya yang panjang. Dia perlu kuat. Fariq sedang berjuang sekarang ini, dan dia perlu berjuang bersama lelaki itu.
Dia kena jadi dirinya yang dulu. Atea Zatira yang dulu begitu kuat dan tabah orangnya. Dia takkan menyelesaikan sebarang masalah dengan air mata. Dia takkan membiarkan dirinya menjadi lemah dengan mengalirkan air mata. Dia perlu bangkit kembali.
“Saya nak jumpa dia,” kata Atea sambil leraikan pelukan.
“You think you’re strong enough nak jumpa Datin Hajar? Perempuan tu have your pictures. She know who you are to her boy. And Fariq takde kat situ untuk melindungi awak. Besides, Fariq hanya tahu yang Melly tu bakal isteri dia,” Seri menyuarakan sebarang kemungkinan yang perlu dihadapi.
Atea bangun dan melangkah ke jendela luas yang memisahkan dunia luarnya. Dia memeluk tubuh erat dan melempar pandangan kosong ke bangunan-bangunan yang menongkat langit.
“Bring him to me.”
“I’ll try, okay. Tapi saya tak sure Fariq boleh keluar dalam waktu yang terdekat ni,” kata Seri sambil rapati Atea. “I’ll inform you kalau ada apa-apa nanti.”
“Thanks, Seri.”
“You are welcome. Ingat Atea, awak tak keseorangan sekarang ni. Awak ada saya dan ini...” kata Seri sambil tunjuk ke perut Atea. Atea ketawa kecil dan angguk.
Sebelum berpisah, mereka berpelukan sekali lagi. Masih erat seperti tadi. Seri elus rambut Atea yang panjang dan Atea merasa selamat dilakukan begitu. Dia bagaikan telah mendapat seorang kakak dalam saat-saat yang genting seperti itu.
“I’ll see you. Jaga diri,” pesan Seri kali terakhir sebelum Atea merapatkan daun pintu. Atea melambai dan sebaik saja Seri hilang dari pandangan mata, dia kembali duduk di sofa.
Fariq membalikkan tubuhnya agar mengiring ke kiri. Di atas meja terdapat gambar Melly, tunangnya sedang tersenyum manis. Melepaskan keluhan, Fariq menelentang pula. Merenung siling putih yang dihiasi ukiran emas.
Cantik namun tak mampu menenangkan perasaannya saat itu.
Anak muda itu keluar dari kamar yang terasa makin menghimpit. Dia ke dapur mendapatkan segelas susu sebelum keluar dan duduk di bangku bersebelahan taman mini milik ibunya. Bunyi air terjun buatan bagaikan menyuntik sedikit ketenangan yang didambakannya.
Fariq mendongak ke atas dan kebetulan malam itu bulan mengambang terang. Bulat dan cerah sekali hinggakan cahaya bintang lenyap ditelan kecerahannya. Fariq pandang lama ke arah satelit semulajadi itu dan terasa kerinduan menyentak dadanya. Dia tak tahu dari mana dan ke mana rindu itu tapi dia hanya merasakan kerinduan menebal di hatinya.
Ya Allah, Kau bantulah aku. Jangan biarkan aku hidup dalam pencarian. Jangan biarkan aku hidup dalam penderitaan orang lain.
Fariq raup mukanya berkali-kali. Disekanya anak rambut yang jatuh ke dahi. Sudah seminggu dia pulang. Sudah seminggu dia seakan berada di bumi asing. Dia tak ingat apa-apa tentang banglo mewah yang didiaminya sekarang. Dia tak ingat apa-apa tentang ibu bapanya, apatah lagi tentang Melly.
Bila dia buka mata hari itu, wajah-wajah itu yang dilihatnya. Pertama kali menjamah mindanya. Dia tidak kenal mereka semua. Malah, dia tidak kenal dirinya. Seingatnya, dia melewati satu perjalanan yang panjang. Perjalanan yang gelap dan menakutkan. Perjalanan yang disangkanya menuju ke alam yang satu lagi.
“Kat mana ni? Syurga ke? Ke neraka? Awak siapa? Saya siapa?” itulah pertanyaan pertamanya bila Datin Hajar menerpa mahu memeluknya. Dia tarik selimut rapat ke dada dan mahu menjauhkan diri.
Datin Hajar mengongoi di situ juga. Datuk Fadil hanya mampu terduduk lesu di kerusi dan orang lain kalut mendapatkan Datin Hajar yang tiba-tiba jatuh pengsan. Fariq nampak seorang gadis berkaca mata dan bertudung merenungnya dengan penuh simpati, Seri. Dan entah kenapa, dia bagaikan mengenali Seri. Mereka seakan pernah jumpa di alam tidurnya. Tapi, entahlah.
“Fariq.”
Fariq menoleh. Dia nampak Datin Hajar merapatinya. Sebelum duduk di bangku bersebelahan, dia kucup ubun-ubun Fariq hangat.
“Riq tak boleh tidur ke?” soal wanita itu penuh keibuan. Fariq angguk sekali.
“Panas,” dalihnya.
“Ibu tahu perasaan Riq sekarang. Tapi ibu nak Riq tahu yang ibu sentiasa ada di sisi Riq walau apa pun yang terjadi. Ibu sentiasa ada kalau Riq nak tahu apa-apa pasal masa silam Riq. Tapi macam yang ibu cakap, Riq anak ibu dan ibu sayangkan Riq,” kata-kata Datin Hajar membuatkan Fariq hela nafas.
“Bagilah Riq masa, bu. Riq sekarang ni tengah keliru dengan diri sendiri. Riq tahu ibu sayangkan Riq kerana Riq anak ibu. Tapi bagilah peluang Riq mencari diri Riq,” luah Fariq.
“Baiklah. Kalau Riq nak tahu apa saja, jangan segan nak tanya. Ibu rasa Melly lebih tahu pasal Riq. Sebab kalian berdua memang rapat. Dah lama bercinta dan akan kawin tak lama lagi.”
Fariq hela nafas berat. Entah kenapa ibunya kerap menegaskan yang dia dan Melly akan kawin tak lama lagi. Kalau benar dia dan Melly bercinta dan sedang menghitung hari untuk mendirikan rumahtangga, tak bolehkah perkara tu dibiarkan sekejap? Dia kan sedang sakit.
“Riq tak taulah, bu. Riq rasa antara Riq dengan Melly tu terlalu jauh jurangnya. Macam kami tak pernah kenal rapat.”
“Mana Riq tahu, Riq kan tak ingat apa-apa. Tanyalah sesiapa saja. Mesti diorang bagitau yang Riq dengan Melly tu macam belangkas. Berkepit je berdua,” maklum Datin Hajar dengan harapan Fariq akan mengiyakannya.
Fariq tak membalas. Meneguk susunya perlahan-lahan sebelum meminta diri untuk naik. Mengantuk, alasannya. Sedangkan hakikatnya, dia mahu lari dari ibunya itu. Entah kenapa bersama Datin Hajar hanya membuatkan dia rimas.
Di kamar, dia kembali merenung siling.
***
Dalam pada masa yang sama, Atea sedang duduk di balkoni. Merenung ke arah bulan yang indah mengambang. Tangannya santai di atas perut dan sesekali dia berdialog dengan kandungannya. Matanya lekat di wajah bulan seakan takut bulan akan hilang nanti.
“Papa dah janji dengan mama. Walau kat mana sekalipun papa berada, dia akan pandang bulan tu. Sebab tu mama nak pandang bulan tu puas-puas. Di situ ada kerinduan kami. Di situ ada kerinduan papa,” bisik Atea.
“I’m sorry, Tea. Saya dah cuba banyak kali, tapi Datin Hajar tak bagi orang luar rapati Fariq. Dia takut ada yang membawa cerita yang tak sepatutnya Fariq tahu. Dia takut saya akan mengelirukan lagi fikiran Fariq tu. Tapi hanya Allah saja yang tahu niat dia tu. Dia tak mahu Fariq ingat sesiapa pun selain orang yang dia ingin Fariq ingati,” kata-kata Seri petang tadi kembali terngiang-ngiang.
Harapannya musnah. Harapannya untuk menemui Fariq menemui jalan buntu. Seri pun tak boleh jumpa Fariq, inikan pula dia mahu menemui lelaki itu. Sia-sia saja dia mengharap. Sekarang dia hanya bergantung kepada Yang Satu. Kalau Dia mengkehendaki pertemuan mereka terjadi, maka akan terjadi juga. Kalau tak, dia hanya pasrah. Namun dia tahu, suatu hari nanti, mereka akan bertemu juga. Dia terlalu yakin.
Atea ambil peluang untuk serahkan surat perletakan jawatannya bila Bear tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di Singapura. Jaja, setiausaha Bear serba salah mahu mengambil surat itu. Berkali-kali dia menyuruh Atea menyerahkan sendiri ke tangan Bear yang akan pulang keesokan harinya.
“Saya tak sempat jumpa dia esok. Saya kena balik kampung hari ni jugak. Emergency case,” dalih Atea.
“Tapi, nanti En Hilman marahkan saya. Saya takutlah, cik Atea,” kata Jaja lagi.
“Takde apa-apalah. Nanti saya call dia kata saya dah serahkan surat berhenti kerja pada awak. Jangan risau, saya akan bagitau yang saya paksa awak terima jugak. Sebab saya kena balik kampung malam ni.”
“Mintak cutilah, cik Atea,” cadang Jaja. Dia tahu boss pasti akan marah nanti. Bukan dia tak kenal En Hilmannya, kalau berkaitan dengan Atea, dia sangat sensitif. Jangan sesekali tersebar gosip liar pasal Atea, nanti satu ofis kena bahangnya. Silap gaya, dia kena buang kerja.
Atea tak memberi sebarang respon pada cadangannya. Gadis itu hanya tersenyum dan melangkah ke biliknya. Tak sampai 10 minit kemudian, dia keluar dengan membawa sebuah kotak. Secarik senyum dilemparkan ke arah teman-teman sepejabat yang tercegang memerhatikannya keluar sambil membawa barang-barang.
“Atea, mana you nak pergi?” Leon, salah seorang pekerja di situ bertanya dengan pelatnya.
“Balik kampung,” balas Atea sepatah.
“En Hilman tahu ke?” soal Fatin pula. Atea jungkit bahu.
“Nanti En Hilman mengamuk kalau Cik Atea takde kat ofis. Angkut barang-barang pulak tu,” keluh Fatin.
“En Hilman tu manusia bukan harimau. Yang korang semua ni takut kenapa? Kejap jelah panas dia tu. Nanti sejuklah. Pergi dulu ek. Jumpa lagi.”
Atea melangkah ke lif tanpa menoleh lagi. Di dalam perut lif, barulah dia meletakkan kotaknya ke atas lantai. Penat membawa kotak yang dipenuhi barang-barang hiasan itu. Tangannya naik meraba perut.
“Eii... Tea. Awak ni makin hari saya tengok makin gemuk. Awak makan banyak sangat. Dah tu, buat kerja sikit dah mengah. Tak exercise ke cik Atea oii?”
Atea ingat lagi komen Bear itu minggu lepas. Mahu tak mahu Atea kena mengakui kandungannya takkan dapat ditutup lagi. Dalam usia kandungan 4 bulan, dia terpaksa melupakan sut tiga lapis kegemarannya. Nak tak nak dia kena pakai baju kurung setiap hari. Itupun Bear asyik kata dia macam makcik. Dahlah berbaju kurung longgar, asyik termengah-mengah je kalau mereka naik tangga.
Atea memasukkan kotak ke dalam bonet kereta dan buat kali terakhir dia mendongak memandang ke arah bangunan pejabat yang tersegam indah. Seulas senyum dilontar dan dia membolos masuk ke dalam kereta.
Saya bukan lari, Bear. Saya cuma menyembunyikan diri buat seketika. Nanti, kita jumpa ye...
***
“What? Atea bagi notis sehari berhenti kerja?” Bear benar-benar melatah dengan berita yang Jaja khabarkan. Tergugup-gugup Jaja mahu mengiyakan kebenaran tersebut. Tapi melihat muka Bear yang menyinga, dia hanya mampu tunduk ketakutan.
“Yang awak pergi terima tu, kenapa? Awak ni siapa? Lembaga pengarah ke?” Bear terjerit-jerit lagi sampaikan staff-staff yang berada di luar terintai-intai mahu mengetahui nasib Jaja. Jadi karipap ke jadi apam.
“Saya tak mahu terima, boss.”
“Habis tu?” Bear memotong sambil menepuk meja keras. Nasib baiklah Jaja tu takde sakit jantung, kalau tak mahu Bear masuk penjara sebab dia mati terkejut kat situ.
“Saya dah cakap boss balik pagi ni. Tapi dia kata nanti dia contact boss bagitau pasal perletakan jawatan dia. Saya dah halang dia, boss. Kalau boss tak percaya, tanya staff lain kat luar tu. Mereka semua boleh jadi saksi,” Jaja memohon pertimbangan.
“Dia ke mana?” tanya Bear. Suaranya sudah berubah kendur. Dia duduk di kerusi dan melonggarkan ikatan tali leher yang terasa menjerut.
“Dia kata nak balik kampung.”
“Kan cuti dia banyak lagi. Kenapa tak bercuti je?” bebel Bear sendirian. Jaja tak membalas. Hanya diam memandang wajah bossnya itu.
“Ada apa-apa lagi, boss?” tanya Jaja malas mahu terus berada di bilik itu. Nanti dia jugak yang jadi mangsa kemarahan orang tua tu.
“Takde. Awak boleh keluar. Oh ya, carikan alamat Cik Atea.”
“Baik, boss,” Jaja melangkah ke pintu. Sebaik saja keluar, dia diterpa teman-teman yang dahagakan berita sensasi.
“Boss kata apa?” tanya seorang teman.
“Boss tu ada affair ke dengan Cik Atea?” tanya seorang lagi.
“Ke Atea balik kampung sebab nak kawin?”
“Hah, tu berkumpul tu nak bergosip la tu. Kalau nak tahu apa-apa, mai tanya saya kat dalam ni,” Bear menjerit ke arah staff bila melihat Jaja dikerumuni di mejanya. Dia sengaja membelek bidai yang menutup pemandangan dalam dari luar.
Sekejap saja staff yang seramai 8 orang itu bersurai. Bear geleng kecil sebelum melangkah ke kerusinya. Dia memicit kepala yang tiba-tiba saja rasa sakit.
Atea, manalah awak pergi? Saya ada buat salah ke tiba-tiba je awak menghilangkan diri? Jangan macam ni, Tea. Baliklah. Tiba-tiba saya rindukan awak. Atea, Atea.
Toot...
“Hah!” kata Bear sebaik saja dia menekan butang interkom.
“Alamat Cik Atea kat kampung takdelah boss. Alamat terkini adalah. Boss nak ke?” tanya Jaja.
“Boleh jugak.”
Tengahari itu Bear sudah tercegat di alamat yang Jaja berikan pagi tadi. Lama dia merenung alamat yang ditulis di kertas itu. Dia melepaskan keluhan kecil dan menggelengkan kepala berkali-kali. Balik ke ofis dia berjanji akan menyuruh Jaja kemaskinikan semua alamat staff. Dia tak mahu jadi macam Atea nanti.
Atea, Atea. Tapak perkuburan ni awak jadikan alamat. Apalah dosa kompani saya tu pada awak. Aduh! Sakit jantung aku.
Sebelum berlalu, Bear pandang sekali lagi tapak perkuburan Islam yang sunyi sepi itu. Dia menggeleng lagi.
Fariq pandang lama wajah jelita Melly. Senyum gadis itu langsung tak dibalasnya malah dia melarikan pandangan ke arah seorang lelaki yang sedang menghayun kayu golfnya. Bodoh betul. Tengahari buta macam ni main golf. Kan ke bodoh namanya tu.
“Bila kita nak pergi try baju kawin, Riq? Sophie tu dah membebel. Katanya nanti tak sempat nak buat pembetulan,” kata Melly sambil capai gelas berkaki panjang yang terisi jus orennya.
“You ajelah pergi,” kata Fariq dingin. Dia membetulkan letak kaca mata hitamnya yang terasa gagal melindungi mata dari panas terik mentari.
“Mana boleh. Baju you pun kena betulkan jugak.”
“Apa lagi yang nak dibetulkan? Hari tu dah ambik ukuran. Dah betul pun. Tiba-tiba cakap kena pergi nak buat pembetulan. Dia tu tahu menjahit ke tidak?” Fariq bersuara keras menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Melly tarik muncung.
“I pulak yang you marahkan. Bukan salah I.”
“Bukan I marah you, Mell. Cuma I tak puas hati dengan tukang jahit yang you pilih tu,” suara Fariq berubah kendur.
“Semua tukang jahit macam tulah. Bukan sekali buat je terus okey. Kenalah tengok jugak. Okey ke tak kat badan you tu. You jugak yang nampak cacat nanti. Kan kita nak kawin ni,” rengek Melly. Sakit hati dengan peel Fariq.
“You tu yang bersungguh benar nak nikah. Tak reti-reti nak sabar,” kata Fariq tiba-tiba. Bukan niatnya mahu mengeluarkan kata-kata itu, tapi rasa geram mengatasi segalanya. Dia terasa beban yang teramat sangat untuk mengkut kehendak Melly itu.
“Habis, you tak mau nikah?” bentak Melly pula. Suaranya membuatkan beberapa orang yang ada di kafe kelab mewah itu menoleh.
“Bukan I tak mahu. Cuma bagilah I masa. You pun mesti tak nak laki you nanti macam orang bodoh. Apa-apa pun tak tahu,” kata Fariq kesal bila maksudnya disalah ertikan.
“I tak kisah. Asal saja dengan you,” balas Melly manja.
Fariq hela nafas dan toleh ke arah lain. Kedua tangannya memeluk tubuh dan dia membiarkan saja Melly membebel sendiri.
“Riq, I tanya you ni.”
Fariq menoleh. Tersedar rupanya dia masih berada bersama Melly. Melly pulak tak berhenti-henti bertanya. Sejak Fariq sedar sampailah sekarang, ada saja yang nak ditanya. Sampaikan Fariq terasa dia baru mengenali Melly. Melly tu tak tahu apa-apa pun pasal makanan kegemarannya. Sampaikan dia tanya kereta yang dipandu waktu kemalangan, Melly bergegas mendapatkan Datin Hajar.
“Apa dia?”
“Bila you ambik cuti nak nikah?”
“Sabtu ni I cutilah.”
“Sabtu? Hah, eloklah tu. Ahad kita pergi try baju. Kan seminggu je lagi nak nikah. Kita nak pergi honeymoon kat mana, sayang?” tanya Melly sambil raih lengan Fariq. Kadang-kadang Fariq kesian tengok Melly tu. Macam dia saja yang bersungguh nak nikah.
“Sebut je you nak ke mana. I akan bawak you pergi,” kata Fariq lembut sambil elus ubun-ubun Melly. Melly merasa sangat bahagia diperlakukan begitu. Dia merebahkan kepala ke bahu Fariq dan mula berkira-kira destinasi bulan madunya.
Fariq pula ambil peluang termenung bila Melly asyik dengan Eropahnya. Dilontar pandangan sejauh yang mungkin dan sejenak dia terbang entah ke mana. Menghilangkan dirinya buat seketika dari dunia yang kejam itu.
“Jadi Bear nak jadi bestman you?” soal Melly bila dia teringatkan anak muda yang menjadi peguam penasihat di kompani bakal suaminya itu.
“Hari tu dah confirm dah. Lepas tu sampai hari ni tak call I pun lagi. Dia menghilang entah ke mana. Secretary dia kata dia on emergency leave.”
“Confirm la tu kot. Eh, dah pukul 2.30 dah. Kan kita janji nak jumpa parents I. Jomlah,” ajak Melly. Sepasang kekasih itu bangkit.
***
Fariq nampak adiknya, Fasya sedang duduk termenung di depan kolam yang menempatkan ikan-ikan koi kesayangan ibu mereka. Tangannya mengirai-ngirai air kolam dan Fariq tahu mindanya bukan berada di situ.
“Adik,” sapa Fariq. Fasya menoleh dan hulurkan senyum. Fariq labuhkan punggung di sisi adik tersayang dan Fasya membetulkan duduk agar berdepan dengan abangnya.
“Abang dari mana?” soal Fasya.
“Rumah Kak Melly.”
Fasya tak membalas. Hanya senyum dan merenung wajah abangnya. Dia suka bila Fariq hilang ingatan. Dulu, hubungan mereka kurang mesra kerana abangnya itu jarang pulang ke rumah. Kalau pulang pun, hari dah lewat malam. Hari minggu pun keluar. Sekarang, masa Fariq banyak dihabiskan di rumah. Mereka banyak berbual-bual untuk kembali mengenali diri masing-masing.
Tapi Fasya tak suka bila Melly diwar-warkan akan melangsungkan pernikahan dengan abangnya. Setahunya, abangnya langsung tidak pernah menyentuh mengenai hubungannya dengan gadis itu. Pertunangan mereka dulu pun kerana terpaksa. Fasya tak suka abangnya diperbodohkan hanya kerana dia lupa siapa dirinya.
Dan yang paling Fasya tak boleh lupa ialah bila dia diherdik ibunya hanya kerana dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Datin Hajar memberi amaran agar dia tak masuk campur dalam hal itu. Jadi, walau tak suka sekalipun, Fasya hanya mampu memandang dari jauh.
“Kenapa adik pandang abang macam tu?” soal Fariq mesra bila dilihatnya Fasya seakan enggan mengalihkan pandangannya.
“Sya tak suka Melly tu,” kata Fasya separuh berbisik.
“Eh, kenapa pulak? Kan dia bakal kakak ipar adik sendiri?” Fariq pelik.
“Dulu, abang pun tak sukakan dia.”
“Kan kami bercinta. Mana boleh abang tak sukakan dia,” kata Fariq. Fasya tahu abangnya sendiri keliru dengan pengakuan itu. Dia pun tak tahu sama ada mereka pernah bercinta.
“Dulu, abang tak serapat ni dengan dia. Dalam seminggu, sekali pun susah kalian nak jumpa. Dan abang tak pernah fikir pasal nak kawin dengan Melly,” kata Fasya tanpa henti. Kemudian dia nampak ibunya melangkah keluar dari dalam rumah.
Datin Hajar memang tak suka kalau Fasya berbual berdua dengan Fariq. Dia takut anak gadisnya itu merosakkan segalanya. Pantang dia nampak mereka berdua, mulalah dia mencelah. Dia tahu Fasya agak berasa hati kerana dia melebihkan Fariq dalam segala hal. Bukan niatnya mahu pilih kasih. Cuma baginya, anak lelaki lebih penting dalam segala hal.
“Apa yang diborakkan tu sampai ibu datang pun tak sedar?” tegur Datin Hajar ramah. Fariq senyum manakala Fasya terus angkat punggung dan masuk. Fariq kehairanan namun pertanyaan ibunya membuatkan dia melupakan soal Fasya.
Fasya naik ke biliknya dan merebahkan tubuh ke atas tilam empuknya. Dia menyembamkan muka ke bantal dan di situ dilepaskan tangisan yang terasa menyesakkan. Dia bersimpati pada nasib abangnya. Abangnya tak ubah seperti boneka yang bergerak mengikut kehendak ibunya. Dia hormatkan ibunya, tapi dia sayangkan abangnya.
“Fasya, apa yang kamu bualkan dengan abang kamu tadi?” soal Datin Hajar sambil melangkah masuk ke dalam kamar anak gadisnya. Dia duduk di birai katil.
“Takde apa. Kami cuma berbual-bual kosong aje,” dalih Fasya sambil angkat muka. Wajahnya yang dipenuhi tangisan tak dipedulikan oleh Datin Hajar.
“Kamu dengar sini. Ibu dah warning kamu, kan? Ibu dah pesan jangan masuk campur hal ibu dengan anak ibu. Kamu ingat, kan?”
“Ingat, ibu. Sya ingat.”
Datin Hajar terus berlalu keluar dan Fasya terus ditinggalkan dengan tangisannya.
Bear sabar menanti kehadiran Fasya yang bersungguh-sungguh menelefon dan mahu menemuinya lewat petang itu. Gadis jelita berambut ikal itu sudah lewat 10 minit, namun Bear masih menanti. Mungkin jalan traffic jammed kot.
Kemudian gadis genit yang hanya berbaju tak berlengan dengan skirt pendek itu bergegas mendapatkan Bear. Senyum terukir di bibirnya. Dia segera duduk berdepan dengan Bear dan pelayan menghampiri.
“Fresh orange, please!”
“Sorry sebab buatkan awak tunggu. Sya kena jemput client kat airport tadi,” maklum pegawai perhubungan awam sebuah syarikat terkenal itu.
“Takpe. Saya pun baru je sampai.”
Fasya tersenyum dan kemudian meneguk air suam yang tersedia di atas meja. Bear menanti hingga Fasya membuka mulut mengenai pertemuan mereka itu. Dia tidak mahu dikatakan gelojoh pula nanti walaupun keinginan untuk mengetahui sebab pertemuan mereka membuak-buak.
Sebaik saja fresh orangenya sampai, Fasya meneguk sedikit. Membetulkan duduk dan menatap lama ke arah Bear hingga membuatkan anak muda itu resah.
“Kenapa? Tie ni tak masuk ke dengan baju ni?” soal Bear bodoh. Tanpa menanti jawapan Fasya, dia melonggarkan ikatan tali leher sebelum menanggalkannya.
“Eh, mana ada! Sesuailah,” kata Fasya sambil ketawa kecil.
“Habis, yang Sya tengok sampai juling bijik mata tu kenapa?”
“Takdelah. Sya saja nak tengok kawan abang Fariq ni. Dah lama kenal, tapi nilah first time Sya tengok awak dekat macam ni. Tampan jugak awak ni, ek!” usik Fasya. Bear tak cepat melatah atau perasan dengan pujian itu. Tawa meletup dari ulas bibirnya.
“Ni puji-puji saya ni, Sya nak apa?” soal Bear sambil meletakkan kedua-dua lengannya ke atas meja. Giliran Fasya pula tergelak kecil.
“Awak jadi bestman abang Fariq malam dia nikah nanti?” tanya Fasya selepas menarik kembali tawanya. Bear angguk sekali.
“Jadi. Kenapa?” soal Bear pula.
“Sebenarnya ada sesuatu Sya nak tanya awak. Tapi Sya mintak awak jangan bagitau sesiapa pun pasal pertemuan kita ni. Takde orang perlu tahu. Abang Fariq pun tak payah tahu,” kata Fasya seolah menuntut janji.
“InsyaAllah.”
“Selama awak kenal abang Fariq, pernah tak dia sebut pasal awek? Tak kisahlah siapa pun. Melly ke sapa ke. Ada tak?” soal Fasya dengan suara bernada rendah. Bear terdiam seolah memikirkan sesuatu.
“Macam takde je. Hari tu saya pun terkejut bila dia kata dia nak kawin dengan Melly. Sebab seingat saya, tak pernah sekalipun dia sebut tentang Melly, apatah lagi tentang kawin sebelum kemalangan tu. Walaupun saya dengan abang Sya tak rapat, tapi kami banyak menghabiskan masa bersama sewaktu sediakan proposal sebelum ni,” cerita Bear.
Benar dia terperanjat bila Fariq kata dia akan menikahi Melly dan memintanya menjadi pengapit untuk hari bersejarah itu. Apa yang Bear nampak, langsung tiada keceriaan di wajah Fariq bila dia memberitahu tentang berita gembira itu. Dia hanya senyum paksa bila dijabat salam oleh temannya itu.
Sekarang, Fasya pula membangkitkan hal tersebut. Dulu dia tak tahu kepada siapa mahu bertanya kerana Datin Hajar selalu membawa cerita tentang percintaan anak bujangnya itu. Betapa Fariq menyintai Melly dan enggan berjauhan walaupun seminit dengan gadis itu. Betapa Fariq sentiasa menyeru nama Melly sewaktu separuh sedar dulu. Bingung!
“Sya nak bagitahu apa sebenarnya?” tanya Bear akhirnya.
“Abang Fariq tak pernah menyintai Melly, apatah lagi berniat mahu menikahinya. Semua ni rancangan ibu dan babah. Babah mahu abang Fariq menikahi Melly supaya harta kekayaan kami tak ke mana, tapi hanya berlegar di kalangan keluarga sahaja. Mak Melly tu mempunyai hubungan jauh dengan ibu. Dan untuk merapatkan lagi hubungan tu, itu sajalah jalannya,” cerita Fasya.
Bear tekun mendengar cerita itu. Terangguk-angguk dia menunjukkan kesungguhan dia mendengar butir-butir yang keluar dari ulas bibir mungil Fasya. Cantik jugak adik Fariq ni.
“Sebenarnya, dulu babah mahu jodohkan Sya dengan abang Melly. Tapi Sya tak mahu sebab lelaki tu kaki perempuan dan selalu bawak pompuan ke katil. Sya tahu semua tu sebab waktu belajar kat skolah, Sya pun kaki kelab jugak,” Fasya terdiam seketika. Dia melontar pandangan jauh ke luar restoran.
“Sya, kalau Sya tak mampu...”
“Sebab tu babah dan ibu pulaukan Sya. Mereka nak Sya kawin dengan lelaki tu lepas Sya tamat sekolah. Tapi Sya berkeras dan ugut nak lari kalau terus dipaksa. Sampai sekarang babah tak bercakap dengan Sya,” Fasya tunduk.
“Sya,” seru Bear perlahan.
“Eh, kita kan nak bincang pasal abang Fariq. Sorrylah, Sya teremosi sikit,” kata Fasya sambil gelak kecil. Tiba-tiba Bear nampak kepedihan di wajah itu. Bear nampak kesedihan yang tak tertanggung. Dia tahu Fasya perlukan seseorang untuk berkongsi itu semua.
“Sya tak pernah menyesal dengan jalan hidup Sya sekarang ni, wak. Sya happy sangat-sangat. Bulan depan, Sya nak pindah rumah. Sya dah dapat rumah dengan bantuan kawan sepejabat. Nanti awak tolong Sya pindah barang ek!”
Bear senyum dan angguk.
“Oh ya! Sya jumpa awak ni sebab nak minta tolong. Jangan benarkan abang Fariq kawin dengan Melly.”
Bear terpaku dengan permintaan itu. Dia tahu itu adalah sesuatu yang mustahil. Fariq sendiri tak mampu menghalangnya, apatah lagi dia yang hanya kenalan sahaja. Dalam Bear tergagap-gagap mahu mencipta ayat, Fasya bersuara lagi.
“Tolonglah. Kalau awak anggap abang Fariq kawan awak, dan awak tak nak tengok dia menderita, halanglah pernikahan ni. Halanglah pernikahan yang tak pernah abang Fariq pinta ni,” Fasya merayu.
“Tapi kenapa Sya tak bagitau abang Sya sendiri?”
“Ibu dah beri amaran pada Sya. Sya tak mahu ibu pun memulaukan Sya macam babah. Ibu dah jauhkan Sya dari abang Fariq. Sya hanya mampu berbual dengannya tanpa gangguan tak sampai sepuluh minit, ibu akan muncul. Sya tak mampu, wak.”
“Tapi Fariq tak pernah menyatakan apa-apa...”
“Macam mana dia nak kata apa-apa kalau dirinya sendiri pun dia tak kenal. Dia kan tak macam kita.”
“Maafkan saya, Sya. Saya tak boleh jamin apa-apa sebab saya tahu saya tak mampu. Saya takkan mampu menghalang pernikahan ni. Saya takkan mampu merosakkan rancangan ibu Sya. Kita berdoa sajalah moga-moga abang Sya tu menemui kebahagiaan yang dicarinya dengan Melly,” pujuk Bear.
“Tak. Sya yakin kebahagiaan takkan menjenguk ke dalam rumah tangga mereka nanti. Sya yakin.”
“Sebab tu saya kata kita doakan mereka.”
Fasya terdiam. Mencapai tas tangannya dan bangun. Sebelum melangkah, dia menoleh ke arah Bear dengan pandangan sayu.
“Kenapa nasib kami dua beradik tak macam orang lain?” soal Fasya sebelum melangkah keluar.
“Sya,” panggil Bear. Dia bergegas mengekori setelah meninggalkan not 50 di atas meja selepas menggamit pelayan.
Di luar, Fasya sudah membuka pintu keretanya. Ketika dia mahu menghulurkan kakinya yang panjang ke dalam perut kereta, Bear menarik lengan gadis itu.
“Apa Sya nak buat?” soal Bear bila Fasya menoleh ke arahnya.
“Sya nak cari Melly. Nak rayu agar dia batalkan pernikahan ini.”
“Majlis nikah dah malam esok, Sya. Jangan nak malukan dua belah pihak.”
“Sya tak kira. Abang Fariq tu abang Sya,” suara Fasya meninggi.
“Tentu Sya tak mahu tengok babah dan ibu Sya malu, kan?”
Fasya terdiam. Dan dia hanya membiarkan saja bila Bear menariknya ke bawah sebatang pokok yang merendang bagi melindungi mereka dari pancaran mentari yang mula menyembunyi diri.
“Saya tahu Sya kesiankan abang Sya. Tapi Sya mesti jugak kesiankan orang lain. Kesiankan babah dan ibu Sya yang dah banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi pernikahan ni. Saya tahu Sya tak mahu abang Sya menderita, tapi kalau pernikahan ni dibatalkan, akan lebih ramai orang menderita,” pujuk Bear.
“Kenapa awak tak nak faham? Sya lakukan demi abang Fariq.”
“Saya faham Sya. Terlalu faham. Tapi saya juga lakukan ni demi semua pihak. Juga untuk Fariq dan Sya. Kita doakan saja agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat kelak.”
“Sya takkan mendoakan kebahagiaan mereka,” Fasya berkeras.
Bear senyum dan Fasya melarikan pandangan. Enggan menatap senyuman yang seakan menyindir dirinya itu. Bear hela nafas.
“Saya minta diri dulu. Kita jumpa malam pernikahan nanti.”
Bear tolong kesatkan peluh yang mula berbiji di dahi Fariq. Tangan Pak Imam yang digenggam sedari tadi pun dah dibasahi peluh. Tergeleng Datuk Fadil dibuatnya. Lima kali dihentak tangan oleh pak imam, Fariq masih terkulat-kulat.
“Kita rehatlah kejap. Pengantin lelaki ni panas agaknya,” usik pak imam. Fariq tak tunggu terus menerpa ke pintu masjid dan Bear mengekori.
“Kau kena tenang, Riq. Tumpu perhatian,” nasihat Bear sebaik saja dia sudah berdiri di belakang temannya itu.
Mereka mula akrab bila Fariq masuk ke pejabat.
Mereka mula akrab bila Fariq masuk ke pejabat.
“Tenang, tenang. Itu ajelah kau mampu cakap. Cuba kau di tempat aku ni. Peluh sampai ke keting, tau tak?” bentak Fariq.
“Aku tahu. Sabar, Riq. Istighfar banyak-banyak.”
“Tak taulah kenapa sebaik saja aku nak sebut nama Melly, macam ada sesuatu yang menyekat kerongkong. Macam pernikahan ni tak direstui,” adu Fariq.
“Tak restu macam mana pulak ni? Kan semua merestui pernikahan ni. Kau jangan macam ni, Riq. Kesian kat Melly. Sampai dah menangis dia tu ha!” pujuk Bear.
“Kenapa dengan aku, Bear? Kenapa lidah aku seakan kelu? Di kehidupan yang sebelum ni, aku ada buat sumpah ke?”
“Ish, kau ni mengarut betullah. Mana ada macam tu,” bantah Bear. Kesian melihat teman baiknya itu mundar-mandir di depan masjid tu.
“Dah lima kali, Bear.”
“Alah, baru lima kali. Orang lain sampai 10 kali, tak heran pun,” Bear cuba menyedapkan hati Fariq.
“Ada ke?” soal Fariq kembali. Biar betul sampai 10 kali. Dia nak cukupkan lima kali pun rasa semput nafas.
“Tak tau. Aku agak jelah.”
“Kau ni, tu nak sedapkan hati aku la tu.”
Bear hanya mampu tersengih bila Fariq menunjal lembut bahunya. Dua teman itu saling bertukar tawa. Fariq tarik nafas panjang-panjang dan dilepas keluar seakan membebaskan dirinya dari belenggu masalah yang menjerat. Dia memicit tengkuknya beberapa kali sebelum menoleh ke arah Bear dan angguk.
“Let’s go. Aku ada peperangan yang belum selesai lagi ni.”
“Good luck.”
Mereka kembali ke depan pak imam. Fariq tarik nafas panjang-panjang dan kerling ke arah Melly. Memang kesian gadis itu. Sudah basah dengan air mata. Fariq seru nama Tuhan banyak-banyak dan capai tangan pak imam.
“Alhamdulillah, selamat,” itulah kata-kata pak imam bila semuanya mengangguk menandakan akad yang Fariq lafazkan sebentar tadi sah. Bila doa dibaca, Fariq tadah tangan. Tapi entah kenapa fikirannya tidak disitu. Dia hanya tersedar bila Bear cuit hujung lututnya.
“Cincin.”
Melly tunduk mengucup tangan Fariq manakala Fariq kucup Syahdu dahi Melly. Tiba-tiba dia merasakan tindakan itu pernah dilakukan sebelum ini. Adakah dia dikuasai oleh deja vu atau dia pernah melakukan perkara itu?
“Cepat, Riq. Kita bergambar dulu sebelum balik.”
***
Atea bungkam di sebelah Seri yang memandu tenang. Rasa menyesal pula Seri dibuatnya kerana membawa Atea ke masjid tempat berlangsungnya pernikahan Fariq. Dia nampak macam mana Atea menangis melihat sandiwara itu dari jauh. Macam orang gila Atea meratap hiba. Hinggakan Seri terpaksa memapahnya ke kereta.
“Atea,” seru Seri. Dia memicit bahu Atea lembut. Ketika itu mereka sudah berada di bawah kondominium tempat Atea menyewa. Atea menoleh.
“Awak nak saya temankan?” tanya Seri perlahan. Atea menggeleng.
“Takpelah, Seri. Saya boleh hadapinya sendiri,” balas Atea sambil mengusap perutnya yang mula menampakkan isi.
“Tapi...”
“Terima kasih kerana membawa saya ke sana. Terima kasih kerana memberitahu kebenarannya. Terima kasih, Seri,” ucap Atea berkali-kali. “Jangan risau. Saya takkan buat perkara bodoh. Masih ada insan lain yang memerlukan saya.”
Seri tahu Atea memaksudkan kandungannya. Bila saja Atea menyebut tentang anak yang dikandungnya, pasti wajahnya akan berseri-seri. Seakan-akan anak itu menjadi penyambung hayatnya. Seri sentuh perlahan tangan Atea yang berada di atas perutnya.
“Kalau ada apa-apa, telefonlah ye.”
Atea angguk sedikit dan menyorong tubuhnya keluar. Dia berdiri menanti hingga Seri memandu keluar barulah dia menapak perlahan-lahan ke lif. Di dalam lif barulah air matanya jatuh lagi.
“Ya, sayang. Papa kawin lagi. Papa sayangkan kita, tapi dia terpaksa. Papa tak minta semua tu, tapi dia dipaksa dalam diam. Jangan salahkan papa. Nanti papa akan cari kita. Papa akan cari kita,” bisik Atea perlahan sambil mengusap perutnya lagi.
***
Fariq cuba memejamkan matanya. Dia kepenatan, namun mata enggan pejam. Kantuk enggan menghampiri. Dia perlu rehat kerana esok, sepanjang hari dia akan sibuk. Dia akan disandingkan esok. Dan pastinya itu akan memenatkan badan.
Bear sudah berdengkur di atas sofa. Kesian pulak mahu mengejutkan anak muda itu. Seingatnya Bear berpesan supaya dia dikejutkan jam 12 malam tadi untuk pulang. Melihat lena Bear yang seakan tidak terganggu, Fariq tak sampai hati pula. Jadi tinggallah dia terkebil-kebil sendirian.
“Eh, kau tak tidur lagi?” Bear tiba-tiba terjaga dan terkejut dia melihat Fariq masih duduk di atas kerusi rehat yang terletak berhampiran tingkap Perancis di biliknya. Fariq menolak dan hulur senyum.
“Aku tak ngantuk lagi. Kau tidurlah.”
“Aku nak baliklah,” kata Bear sambil bangkit. Dia menggeliat enak.
“Tak payah baliklah, Bear. Tidur aje kat sini. Tidur kat atas katil tu. Aku tak kisah,” halang Fariq cepat bila Bear menyuarakan hasratnya.
“Dah lewat ni. Esok aku datang sebelum Zuhur. Kau jangan risaulah. Lagipun, aku tak biasa tidur rumah orang ni,” kata Bear ikhlas.
“Tak payah baliklah, Bear. Kau... kau temankan aku.”
Spontan Bear tergelak mendengar permintaan Fariq yang terakhir. Macam anak kecil merayu agar jangan ditinggalkan sendirian oleh bapanya. Fariq tak ambil hati bila Bear gelakkan dirinya, dia hanya senyum.
“Apa yang kau takutkan? Melly takde kat sinilah. Lagipun, Melly yang patut takutkan kau,” kata Bear sambil gelak lagi.
“Katalah apa yang kau suka. Yang penting kau jangan balik.”
“Yelah. Aku tidur dululah, ye. Kau pun jangan berjaga sampai lewat sangat. Nanti seri lari esok. Ntah-ntah aku lagi berseri daripada kau. Aku tak dapat tolong.”
“Yelah yelah.”
Sebaik saja Bear berbaring, Fariq sandar tubuh ke kerusi rotan itu dan dia menghayun perlahan tubuhnya di atas kerusi goyang itu. Matanya dihala keluar dan mindanya lari lagi. Entah ke mana dia di bawa. Yang penting, dia tidak berada di situ. Kalau boleh, dia ingin lari. Tidak tahu kenapa, tapi rasanya dia sendiri tidak merestui pernikahannya dengan Melly.
Sebaik saja bergelar suami, tiada sebarang perasaan gembira atau ghairah dalam dirinya. Yang ada hanya kekesalan yang tak tahu kenapa perlu hadir saat itu. Fariq bersimpati dengan dirinya yang langsung tidak boleh membantu keadaan. Dia hanya mampu menerima semuanya dengan hati terbuka.
Dalam hatinya, ada satu sudut yang meronta-ronta agar pernikahan itu dibatalkan. Seakan ada bantahan dalam dirinya. Merajuk hanya kerana dia enggan mencari dan memahami erti sebenar bantahan itu. Dan sebaik saja dia bergelar suami, perasaan pilu dan bersalah bercampur baur. Dia benci untuk mengakui, tapi dia tak tahu kenapa.
Ya Allah, Kau bantulah aku. Aku sesat dalam terang. Kau bantulah aku...
“Bear,” panggil Fariq perlahan dengan harapan Bear masih belum tidur.
“Hmm...”
“Kenapa Fasya tak datang waktu aku nikah tadi? Kenapa satu-satunya adik aku seakan memulaukan hari bahagia abangnya ini?” soal Fariq perlahan. Bear angkat kelopak mata dan menoleh ke arah Fariq.
“Kan ibu kau dah bagitau yang dia kena outstation ke Brunei sampai lusa,” terang Bear. Namun dia tahu kebenarannya.
“Bukan. Aku dapat rasakan bukan alasan tu yang membuatkan Fasya tak hadir malam ni. Bukan itu...” nafi Fariq.
“Janganlah kau fikirkan sangat semua tu, Riq. Kau rehatlah,” nasihat Bear sebelum dia sendiri membalikkan tubuh membelakangi Fariq. Tak sanggup lagi rasanya mahu terus membohongi Fariq. Fariq bukan lagi budak kecil.
Fariq hela nafas dan meneruskan khayalannya.
***
Atea masih menangis mengenangkan nasib dirinya. Dia rebah dalam dakapan takdir. Telekung sembahyang yang tersarung menutupi tubuhnya dijadikan kain lap air mata. Sudah basah kain putih itu bila Atea seka air matanya.
Sungguhpun dia redha dengan apa yang berlaku, dalam hatinya tetap ada sekelumit rasa sesal. Dia sesal kerana dia yang terpaksa menerima dugaan itu. Dia tahu setiap dugaan yang turun adalah sebagai bukti yang Allah sayang pada hamba pilihanNya itu. Tapi dalam pada masa yang sama dia buntu kenapa dia yang menjadi pilihanNya. Atea benci untuk mengakui, tapi dia takut.
“Ya Allah, kalaulah benar aku hamba kesayanganMu, Kau bantulah aku. Kau turunkanlah sebanyak mana pun dugaan ke atas aku. Aku redha, ya Allah. Tapi Kau bantulah aku menghadapinya dengan tenang. Janganlah Kau sesatkan aku dalam menghadapi dugaanMu itu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami.”
Fariq perhati buku bank berwarna kuning yang diperolehi dari juruwang di kaunter. Sejak masuk kerja semula tiga bulan lalu, inilah kali pertama dia datang mengemaskinikan buku bank tersebut. Ada sesuatu yang menarik minatnya.
Sejak dia bekerja sehingga ke gajinya semalam, suku daripada wangnya tiada. Puas dia berfikir adakah ditolak untuk bayaran kredit kadnya. Tapi selepas dihisab, bayaran itu memang sudah selesai.
Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, otaknya ligat berfikir. Berbagai andaian bermain di fikirannya. Dia terbayangkan Melly, isteri yang dikahwini 7 minggu lalu. Mustahil kerana Melly mempunyai pendapatan sendiri. Lagipun kalau nak, dia boleh mintak. Tapi macam mana wang itu dikeluarkan?
Di pejabat baru Fariq terfikir untuk bertanyakan pegawai di bank. Lalu sebaik saja nampak senyuman Zetty, dia terus memberikan tugas. Tanpa rungutan gadis 24 tahun itu duduk dan menjalankan tugas. Fariq masuk ke biliknya.
“Tuan Fariq, Cik Aliza di talian 3,” suara Zetty di interkom menaikkan semangat Fariq.
“Thanks, Zet,” ucap Fariq seraya angkat gagang.
“Hello, Cik Aliza.”
“Iya, saya. Apa yang boleh saya bantu encik?” tanya Aliza lembut. Dah tugasnya.
Fariq segera menyuarakan kemusykilan yang bertamu di hatinya. Panjang lebar dia bercerita dan diletakkan juga beberapa kemungkinan. Aliza tak menyampuk, tekun mendengar.
“Dari pemeriksaan saya ke atas akaun bank Encik Fariq, sebanyak Rm3 ribu ringgit dimasukkan ke dalam akaun Cik Atea Zatira pada setiap bulan semenjak encik bekerja dengan Bersatu Holdings,” kata Aliza sambil memeriksa komputer di depannya. Fariq terdiam.
“Atea Zatira? Siapa tu?” tanya Fariq. Dia bukannya risaukan duitnya, tapi persoalan yang bersarang di benak harus diselesaikan dulu.
“Erm... maafkan saya, encik. Saya tak tahu siapa.”
“Boleh bagi alamat dia tak?” Fariq raih pen dan mencatat alamat yang dibaca oleh pegawai di bank itu.
“Terima kasih banyak-banyak, cik Aliza.”
“Sama-sama. Sudah jadi tugas saya, encik. Ada apa-apa hal lagi?”
“Takde. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.”
Fariq perhati alamat yang dicatatkan. Lama dia termenung hinggakan kehadiran Zetty di depan matanya tidak disedari. Zetty berdehem berkali-kali bagi menarik minat bossnya itu. Gagal. Mahu tak mahu dia menepuk bahu Fariq.
“Eh!” Fariq tersentak.
“Maafkan saya sebab kejutkan tuan. Tapi saya nak maklumkan yang tuan ada meeting dengan Warisan Trading kira-kira 45 minit lagi,” maklum Zetty sambil membelek organizernya.
Fariq tak bersuara. Capai kotnya dari penyangkut dan disarung ke tubuh. Kemudian dia melangkah ke pintu. Zetty yang menyangkakan Fariq mahu menghadiri mesyuarat mengekori keluar bilik.
“Zet, tunda meeting tu. Atau suruh saja Yusri pergi Saya ada hal penting.”
Zetty terkulat-kulat sendiri. Mahu tak mahu dia kembali ke meja dan meraih gagang telefon.
Bear yang duduk di sebelah Fariq geleng kepala. Dia ingatkan apa halnya. Sebaik saja dia masuk ke dalam kereta, Fariq ‘menculiknya’. Dalam perjalanan baru anak muda itu bercerita.
“Aku nak cari pompuan tu, Bear,” kata Fariq tekad. “Mungkin dia tahu sesuatu tentang masa silam aku.”
“Tapi sekarang ni office hour. Kau yakin dia ada kat rumah?” tanya Bear. Dia meneliti alamat yang Fariq hulurkan sebentar tadi.
“Aku pasti dia ada kat rumah. Dengan duit Rm3 ribu, dia dah tak payah kerja lagi.”
“Yang kau bagi dia Rm3 ribu tu buat apa, Riq?” soal Bear hairan.
“Itu yang aku nak tahu, Bear. Kenapa aku boleh bagi duit pada orang yang aku tak kenal? Persoalannya sekarang, betul ke aku tak kenal dia?”
Terdiam Bear mendengar kata-kata Fariq itu. Dia juga merasakan yang dia berminat nak tahu siapa perempuan tu.
“Apa nama dia?” tanya Bear ingin tahu. Sedari tadi Fariq gunakan ‘pompuan tu’.
“Alah, aku pun dah lupa! Zatia, Atira... ah, tak tau! Nantilah aku tanya.”
Ketika Fariq melewati pondok jaga, pengawal yang berusia lima puluhan itu mengangkat tangannya dan menghulur senyum mesra. Fariq membalas sekalipun pertanyaan bermain-main di kepalanya.
Ketika Fariq beria-ia menekan loceng pintu rumah 55-A itu, Bear hanya bersandar di dinding sebelah pintu. Dia kemudian bergegas menyambut panggilan dari pejabat.
Bila pintu terbuka, Fariq nampak seorang wanita yang cantik. Rambutnya disiputkan dan diklip dengan penyepit. Juntaian yang jatuh di dahinya menampakkan keindahan wajahnya. Dan Fariq meneka wanita itu sedang berada dalam pertengahan kehamilan.
Melihat wajah itu buat kali pertama, Fariq merasakan kelainan. Dia tahu dia kenal wanita itu. Hatinya berkeras mengatakan mahu atau tidak, mereka memang pernah berkongsi memori satu waktu dulu. Tapi kenapa dia mampu mengingati ibu bapanya dan Melly walaupun hanya samar-samar dan sedetik cuma, tapi wanita ini langsung tidak pernah hadir mengetuk mindanya.
Kalaulah benar kata hatinya, wanita inilah yang akan menjawab segala persoalan yang sudah sekian lama menghuni benaknya. Hari ini, dia mahukan penjelasan. Kalau tak banyak sekalipun, sedikit pun sudah mampu memuaskan hatinya.
Atea nampak Fariq berdiri di depan pintu. Perasaannya bercampur baur. Marah, sedih, gembira, pilu, semuanya bersatu. Ketika Atea mahu menyapa, Fariq buka mulut.
“Assalamualaikum, puan. Boleh saya tahu siapa yang tinggal kat sini?”
Terlopong Atea, tidak percaya dengan pertanyaan itu. Bergenang air matanya memandang ke arah Fariq yang seakan tidak mengenalinya. Perlahan jarinya yang panjang naik menyapu perut. Dan tanpa sepatah kata, Atea hempas pintu.
Atea tahu Fariq hilang ingatan. Tapi takkan sedikit pun dia tak ingat. Takkan Fariq tak ingat perempuan yang selama ini sabar menanti dan berharap ni?
Bear bergegas hampir. Dia mendengar pintu dihempas dan sebaik saja dia menoleh, kelihatan Fariq berundur sedikit. Fariq tekan loceng pintu dan mengetuk-ngetuk daun pintu berkali-kali.
“Puan, puan. Buka pintu ni.”
“Kenapa?” tanya Bear sepatah.
“Tak tahu. Dia macam nampak hantu. Mula-mula tu dia senyum, lepas tu macam nak nangis. Terus hempas pintu,” adu Fariq seraya ketuk pintu lagi.
Bear memulas tombol pintu dan ia terbuka. Dua anak muda itu berpandangan. Kemudian mereka berdua melangkah masuk. Fariq hela nafas.
Memandang ruang tamu, ada sesuatu yang menyapa fikirannya. Melihat dapur yang kemas itu, dia seakan nampak dirinya. Fariq pejam mata sedetik dan meminta pertolongan Allah agar memudahkan pekerjaannya.
Tok, tok, tok. Fariq ketuk pintu bilik. Dia menjenguk sedikit. Wanita tadi duduk di atas kerusi hayun rotan, membelakanginya. Fariq toleh ke arah Bear dan Bear mengarahkan dia masuk. Bear juga mengekori dari belakang namun terhenti seketika di sebuah rak buku.
“Maafkan saya sebab ganggu puan,” pohon Fariq. Dia berdiri betul-betul di belakang Atea. Atea duduk menggoyangkan kerusinya. Tangannya santai di atas perut.
“Tea ingatkan abang ingatkan Tea,” suara Atea perlahan. Sekadar singgah di bibir telinga Fariq.
“Maaf, saya...”
Atea bangkit. Tangan mulusnya naik menyapa pipi Fariq. Fariq terkedu. Hanya perlahan-lahan mengusap bekas tamparan yang tak seberapa itu. Sekadar menyentuh pipi sahaja.
“Tapi abang langsung tak kenal Tea,” Atea separuh menjerit. Pandangannya tajam menikam hinggakan Fariq serba salah. Air mata Atea menambahkan rasa ingin tahunya.
Bear yang berada di luar menerpa masuk. Dia cam suara itu. Dia kenal dengan suara yang merdu itu. Dia rasa dia kenal pemiliknya. Dan tekaan Bear tepat.
“Atea?”
Atea menoleh ke pintu. Dia nampak Bear berdiri di situ. Bekas majikannya itu kehairanan. Apatah lagi bila mata kecil Bear menjalar ke perutnya.
“Atea,” kali ni Bear hampiri Atea. Fariq kehairanan. Bear kenal Atea?
Bear mula dapat meneka kenapa Atea memberi notis sehari berhenti kerja. Dan kehilangannya yang mendadak hinggakan Bear hilang punca untuk mencari, Bear rasa dia tahu kenapa. Tapi milik siapa?
“Kau kenal dia, Bear?” tanya Fariq pelik.
“Hanya abang aje yang tak kenal Tea,” marah Atea pada soalan Fariq. Sebenarnya dia kesal dan kecewa. Sedih dengan nasib yang menimpa dirinya.
“Atea, tenang dulu. Apa hal? Ni apa cerita ni?” Bear tunding ke arah perut Atea. Takkan Atea dah kawin? Mana suaminya? Kenapa dia tak dijemput? Atau, Atea hamil tanpa suami?
“Awak dah kawin ke?” tanya Bear terlalu ingin tahu.
Atea membisu. Pandang Fariq lama dan tajam sekali. Fariq kelu. Pandang Bear dan tunduk. Bukan dia takut, tapi entahlah. Dirasakan dia adalah pesalah di dalam mahkamah itu.
“Habis, dari mana datangnya ini?” tanya Atea pula. Keras dan kasar seraya menunding ke perutnya.
Bear garu kepala. Dijawabnya soalan aku dengan soalan. Tak sihat ke apa Atea ni? Tapi ye ke dah kawin? Bear pandang Fariq dan Atea silih berganti. Atau...?
“Keluar!” jerit Atea tiba-tiba. Fariq dan Bear tersentak.
“Tenang dulu, Tea.”
“Aku kata keluar,” bagai orang gila Atea capai apa saja yang mampu diraih tangannya. Dibalingnya ke arah dua anak muda itu. Puas Bear dan Fariq mengelak, akhirnya mengalah. Atea hempas pula pintu bilik dan dikunci.
“Kita balik dulu. Nanti kita datang lagi,” ajak Bear.
“Aku tak puas hati.”
“Nanti aku teman kau datang. Aku janji.”
Fariq akur. Dia menghantar Bear kembali ke ofis dan pulang ke rumah. Mood untuk pulang ke pejabat dah hilang. Dia berbaring merenung siling dan otaknya mula berputar.
Katakanlah Atea tu isteri aku, dan anak yang dikandungnya sekarang adalah milik aku. Tapi, kalau kami dah nikah, kenapa Bear boleh tak tahu? Atau Atea dan aku tak punya sebarang hubungan yang sah. Anak yang dikandungnya adalah anak haram? Ah, tak mungkin gadis seperti Atea akan berbuat perkara macam tu! Tak mungkin aku boleh buat perkara macam tu. Jahat sangat ke aku ni?
Atau kami dah nikah tanpa pengetahuan sesiapa pun. Tapi kenapa? Kenapa kami tak mahu menghebohkan pernikahan tu? Aku bukannya suami sesiapa. Aku masih bujang. Atau Atea mahu melindungi diri? Tapi dari siapa? Argh!!! Sakit kepala aku ni.
Fariq picit kepalanya dengan lembut. Wajah Atea kembali bertamu. Dengan air mata yang membasahi wajah dan sorotan mata yang tajam. Fariq memejam mata dan rasa sakit kepalanya terus menyerang.
Fariq duduk mendepani doktor comel berkaca mata empat segi itu. Tudung biru nila lembut yang menghiasai kepalanya menambahkan seri yang terukir di wajah. Lipstik merah jambu membuatkan wanita itu kelihatan anggun.
Selepas menyelongkar laci dalam kabinet di pejabatnya, Fariq menemui satu fail yang mengandungi banyak kad bisnes yang lama-lama. Dalam fail itu, ada banyak nama yang tak dikenalinya. Dan dalam berkira-kira nak menelefon salah seorang, sehelai kad terjatuh dari dalam poket fail.
Dr Seri namanya. Dan tanpa menanti Fariq mendail nombornya dan membuat temujanji pada malam itu. Nasib baik Seri free. Dan Fariq terperanjat bila Dr Seri yang ditemuinya adalah gadis yang sama dilihatnya di hospital hari itu.
“Dr Seri, saya minta maaf kalau apa-apa yang bakal saya katakan nanti mengganggu doktor,” pinta Fariq terlebih dahulu. Seri orak senyum.
“Riq, I tahu you amnesia. Tapi I nak ingatkan you yang kita ni kawan baik. You don’t have to call me doctor. Just call my name,” sambil tersenyum Seri bersuara. Fariq serba salah.
“Kita ni kawan baik?” tanya Fariq. Seri angguk berkali-kali. “Baik macam mana?”
“Terlalu baik. I ada rahsia you yang I simpan sampai hari ni. Takde orang tahu,” kata Seri. Dia meneguk sedikit oren jusnya.
“Rahsia? Apa tu?”
“You tak pergi lawat Atea?” tanya Seri tanpa mempedulikan soalan Fariq. Fariq hairan bagaimana Seri tahu tentang Atea.
“I ada pergi two days ago. Tapi I kena halau. You know her?” tanya Fariq pula.
“Yup. After the accident, we are so closed. Really really closed. Dia banyak jumpa I dan kami selalu bercerita. I faham masalah dia. Besides, dia takde sesiapa lagi untuk dijadikan tempat mengadu. Dia terlalu menderita, you tau? Kesian, tapi I tak boleh buat apa-apa? Erm... You salahkan dia sebab dia halau you?” duga Seri.
Fariq diam. Dia melarikan pandangan dari renungan Seri. Tiba-tiba saja hatinya diruntun kepiluan. Dan tanpa teragak, Fariq menangis. Dia tunduk melindungi air matanya. Dia tak mahu dilihat menangis, tapi entah kenapa emosinya bercampur baur. Dia teringatkan Atea. Dia teringatkan wanita hamil yang menamparnya tempoh hari. Dia teringatkan kandungan Atea.
“I tak salahkan dia. I salahkan diri I ni. I tak guna. I tak boleh ingat siapa dia. Sampaikan diri I sendiri pun I boleh lupa. I nak ingat, Seri. Terlalu. Perasaan tu selalu meronta-ronta dalam diri I,” ratap Fariq.
Seri tekun mendengar. Dia faham perasaan Fariq saat itu.
“Saat dia panggil I abang, I nak tahu dia tu siapa. I nak jadi macam dulu. I sanggup korbankan apa saja yang I ada. But I still don’t know her. I tak kenal pun siapa dia tu. Tapi I tahu antara kami ada sesuatu yang mengikat. Yang membuatkan I dapat rasa yang I kenal dia. Dah lama I kenal dia dan kami memang rapat,” luah Fariq lagi. Dia sapu air matanya.
“Dah lama you kenal dia, Riq. Almost 5 years. Waktu tu you masih jadi lecturer kat IPTA lagi.”
“She’s my student?” teka Fariq. Seri angguk.
“Your second wife’s bestfriend,” kata Seri tak teragak-agak.
“My what?” Fariq terperanjat. Wajah Melly menari di ruang mata.
Seri senyum dan jungkit bahu.
“Melly tu bini you yang nombor dua. You ada isteri lain sebelum dia. Isteri yang terlalu you sayang. Dan tak keterlaluan kalau I katakan, you rela mati deminya, dan you akan mati tanpanya,” terang Seri tanpa fikir panjang lagi.
Dia mahu Fariq tahu kebenaran. Sekalipun Fariq tak ingat, biar dia tahu. Seri sudah tak mampu mahu melihat Atea menanggung penderitaan seberat itu. Sebagai seorang wanita, dia tahu bagaimana rasanya. Apatah lagi Atea tengah hamil sekarang. Dia tidak mahu emosi Atea yang tidak stabil akan mengganggu kandungannya.
Dia juga tidak mahu Fariq terus tertipu. Dia tahu kenapa Fariq tak kenal Atea. Sebagai seorang ibu, Datin Hajar sepatutnya menceritakan apa saja kepada Fariq sambil membantunya memulihkan ingatan. Ini tidak, dikahwinkan pula anak bujangnya itu. Sengaja mahu Fariq lupakan Atea terus.
Kalau macam tu, siapa nak bantu Fariq kembalikan ingatannya. Bukannya boleh kembali macam tu aje. Kena juga didorong dan dibiasakan diri. Tapi Datin Hajar memang dengki. Geram Seri dibuatnya.
“Maknanya, I pernah kawin sebelum ni?”
“Yes, Riq. You pernah jadi suami dan masih seorang suami. Dan you bakal dapat title ayah tak lama lagi,” Seri senyum. Fariq diam.
“Atea tu...,” dia enggan menyebutnya. Bukan tidak suka, bukan benci atau takut mahu mengetahui kebenaran. Dia cuma tidak mahu tahu bahawasanya dialah punca Atea menderita. Dia tidak mahu mengakui bahawa dia penyebab Atea menangis.
“Atea Zatiralah isteri you yang sebenarnya.”
Fariq tekur kepala. Meraup mukanya berkali-kali. Nafasnya tiba-tiba saja menjadi sesak. Sebak menekan rongga dadanya menyebabkan dia bangkit dan melangkah ke arah air pancut yang menghiasi pinggir restoran.
Seri hanya memerhati tingkah laku Fariq. Bila Fariq peluk tubuhnya erat, Seri tahu Fariq menangis. Dan getaran bahunya menandakan kebenaran semua itu. Seri bersimpati. Dia tidak mencari Fariq kerana akur pada arahan ibunya supaya tak campur tangan. Tapi kali ini Fariq yang mencarinya. Seri bangkit.
“Baliklah, Riq. Ubati hatinya yang luka tu. Ganti balik masa 5 bulan yang you abaikan dia tu. I tahu dia kecewa dengan sikap you. Tapi you kena bagitahu dia yang you tak minta semua ni. Pujuklah dia, Riq. Cinta dia pada you masih tebal. Sebab tu dia marahkan you,” saran Seri. Dia menyelongkar tas tangannya mencari kunci rumah Atea. Bila ditemui, diserahkan ke tangan Fariq.
“Ini kunci rumah you. I duplicated supaya senang I nak masuk kalau apa-apa berlaku. Dia dah kerap sangat bercakap seolah-olah nak cabut nyawa sendiri. Dia perlukan seseorang di sisi. Oh ya, sebab you, dia dihalau keluarga.”
“Seri, kenapa family I...?”
“Sorry to say, Riq. Mother you mahu berbesan dengan Datin sarah and father you pulak tak mahu harta kekayaannya jatuh ke tangan orang lain. Simple, tapi menyedihkan. I pray for you, my friend.”
Seri berlalu. Fariq masih di situ melayan perasaannya. Dibiarkan air matanya tumpah tanpa menghiraukan keengganan ego menyerah kalah. Dia tidak menghiraukan pelayan yang lalu lalang di belakangnya.
10 minit kemudian, Fariq tinggalkan restoran dan menuju ke keretanya. Dia menghidupkan enjin kereta dan membawa hala tuju ke rumah Atea. Sebelum menuju ke lif, dia menelefon Melly.
“Mell, malam ni I tak balik. You tidurlah dulu. Esok pagi baru I balik.”
“You kemana, Riq?” tanya Melly. Tak pernah pula Fariq tak pulang semalaman.
“I ada hal dengan Bear. Esok pagi I baliklah. Oklah ya,” dan Fariq matikan terus telefon bimbitnya.
Lagak pencuri Fariq memasuki apartmen tiga bilik itu. Dia berdiri lama memerhati sekitar ruang tama dan ruang dapur. Dihampiri sebuah kabinet tinggi yang terletak berhampiran balkoni. Dia memetik suis lampu berkaki panjang berhampiran.
Sebuah frame gambar berwarna merah jambu menarik minatnya. Fariq capai dan memerhati dengan asyik foto di dalamnya. Aduhai, indah sungguh senyum Atea di dalam gambar itu. Berlatarbelakangkan Eiffel Tower, dia memeluk Atea dari belakang dengan erat. Dan Fariq ingin semua itu kembali.
Kemudian Fariq mengambil sebuah foto album yang tebal. Bila diselak, dipenuhi gambarnya dan Atea di luar negara. Tidak ada satu pun gambar mereka dengan menjadikan KLCC sebagai latarbelakang. Takde satu pun yang boleh menggambarkan mereka warganegara Malaysia.
Ayat yang terukir di bahagian depan album membuatkan Fariq mendapatkan cahaya yang lebih cerah. Tanpa spek membacanya, susah juga dia mahu mengenalpasti apakah ayat yang diukir dari pen emas itu.
“Buat Atea Zatira, isteri yang abang kasihi. Cinta abang pada Bee takkan pudar buat selamanya. Percayalah, sayang. Ikhlas, Fariq Hazri.”
Maafkan abang, sayang. Abang tak minta semua ni berlaku. Ia berlaku atas ketentuan dan kemahuan Allah. Apa yang abang mampu buat hanya berserah. Abang tak mampu menghalang kejadianNya.
Fariq nampak Atea berbaring di atas katil mengiring ke arah kanannya dan memeluk bantal erat. Fariq pandang jam. Baru melewati pukul 11 malam. Dia tahu Atea baru terlelap. Fariq hampir, berlutut di birai katil dan pandang wajah Atea.
Dengan bantuan cahaya lampu tidur, Fariq nampak keindahan wajah itu. Namun sedikit cacat dengan basah air mata di pipinya. Fariq masih boleh mendengar esakan dan sendu Atea. Dan dia dapat dengar Atea menyeru namanya perlahan.
Bila Fariq elus rambut Atea, isterinya itu bergerak sedikit, merasa terganggu. Dan dia kembali lena. Fariq kucup tangan Atea yang masih erat memeluk bantalnya.
Abang tak kenal Tea. Dan susah abang nak sesuaikan diri. Abang minta, Tea tolonglah abang. Jangan jadikan penyakit abang ni satu alasan untuk kita berjauhan.
Fariq duduk di atas kerusi rehat dan sepanjang malam dia memandang Atea tidur. Sebelum Atea terjaga, dia pulang.
Fariq menyambut panggilan dari Seri dengan gembira. Banyak yang nak diceritakan dengan gadis itu. Dia mahu bercerita yang dia sudah dua malam menemani Atea tidur, sekalipun Atea tidak menyedarinya. Dia mahu bercerita yang Atea sering menyeru namanya di dalam lena. Cuma malam tadi dia tak sempat ke sana.
“Riq, you pergi HUKM. Jumpa Dr Rizman. Cakap I suruh you jumpa dia,” kata sapaan Seri itu membuatkan segala cerita yang ingin dikongsi terbang entah kemana.
Fariq bergegas ke hospital. Dia tahu mesti berkaitan dengan Atea. Dia tak tahu apa lagi yang menimpa isterinya itu. Dia tak tahu dugaan apakah lagi yang terpaksa dihadapinya.
Kata-kata Dr Rizman saja sudah mampu membuatkan air matanya bergenang. Rasanya tak sanggup mahu menemui Atea. Fariq merasakan dirinya terlalu kejam. Semua perkara menimpa Atea hanya disebabkan dia.
“Kandungan tu tak kuat untuk hidup. Apatah lagi rahim Puan Atea agak lemah. Kami dah beri suntikan untuk menguatkan rahim. Tapi corak pemakanan dan kehidupan Puan Atea mempengaruhi kandungannya. Boleh saya katakan kat sini yang bayi tu seakan faham ibunya tidak mengundang kehadirannya pada saat ini. Dia seakan tak mahu terus membebankan ibunya.”
Fariq menangis. Egonya sebagai seorang lelaki sudah jatuh. Dia menumbuk dinding pejabat Dr Rizman dengan kuat. Baginya, dia perlukan kesakitan lain bagi mengurangkan kesakitan hatinya saat itu. Ternyata tiada apa yang mampu mengurangkannya. Malah kesakitan tangannya seakan tiada apa.
“Encik Fariq.” Dr Rizman bergegas hampir. Menepuk bahu lelaki itu perlahan-lahan.
“Saya faham perasaan encik sekarang. Tapi saya minta encik pertimbangkan perasaan Puan Atea jugak. Dia menghadapi tekanan perasaan yang kuat.”
Sebab tahu dia tidak mampu menenangkan perasaan Atealah, Fariq masih berdiri di depan pintu bilik Atea. Sudah 10 minit dia hanya berdiri kaku bagaikan patung. Otaknya kosong dan beku. Baru semalam rasanya dia curi membelai perut Atea. Seakan terasa sentuhan kulitnya mengena kulit bayi. Tapi hari ini, semuanya hilang.
Minit kesebelas, Fariq tolak pintu. Atea berbaring memejam matanya. Fariq nampak ada air yang mengalir laju melalui kedua belah kelopak matanya. Fariq hampir dan menyeru nama Atea perlahan. Atea buka mata.
“Buat apa kau datang? Kau tahu tak kehadiran kau ni takde sapa nak hirau? Kau tahu tak yang kehadiran kau ni menyebabkan aku kehilangan orang yang bakal aku sayang? Orang yang bakal menggantikan tempat kau?” bertalu-talu Atea menyoal.
“Atea.”
“Agaknya, inilah balasan aku membelakangkan mama. Mama, maafkan along.”
“Atea.”
“Kau takde hak nak seru nama aku. Kau takde hak langsung untuk datang mengganggu hidup aku,” marah Atea lagi. Dia bangun dan bersandar ke kepala katil. Membelai perutnya. Tiba-tiba saja suasana berubah sayu.
“Dia dah takde. Malam tadi dia datang jumpa aku. Katanya dia tak mahu aku terus menekan diri aku. Dia tak mahu membebankan aku. Pemergian dia atas kerelaan dia, takde siapa yang memaksa. Dalam hal ni, katanya takde sapa yang bersalah.”
“Abang juga merasai kehilangan dia,” pujuk Fariq.
“Kau siapa nak merasai kehilangan dia? Kau tak kenal pun dia. Aku pun kau tak kenal, macam mana kau nak kenal dia?” tanya Atea dengan mimik mukanya sekali.
Fariq hampir. Menggenggam tangan Atea. Atea tak meronta ataupun merentap tangannya. Dia merenung ke arah Fariq dengan pandangan yang menyayukan hati. Fariq senyum dan belai rambut Atea.
“Kita balik, ya sayang.”
Atea menjawab pelawaan Fariq itu dengan menangis. Sayu sekali dia menangis. Mengongoi bagaikan anak kecil kehilangan barang mAinan. Fariq raih kepala Atea ke dadanya dan dia juga menangis bersama.
Ya Allah, apakah lagi dugaan yang akan Kau berikan pada kami? Kalau Kau rasa kami berhak menerima dugaan itu, bantulah kami menghadapinya dengan tenang. Kami terima asalkan Kau sentiasa di sisi kami.
Hari itu juga Fariq bawa Atea pulang. Seri dan Bear menanti di rumah. Bear masih bingung dengan kejadian sebenar. Bear masih keliru dengan jalan ceritanya. Tapi dia dapat meneka yang Atea dan Fariq bukan saja pasangan kekasih, tapi lebih dari itu.
Atea hanya membisu. Bear pun tak dikenalinya. Bila Bear menyapa dan bertanyakan keadaannya, dia hanya senyum.
“Kau ada jumpa dia? Kau ada jumpa suami aku?” tanya Atea bila Seri kucup dahinya hangat.
“Pergilah tidur dulu, ya. Nanti malam kita berbual lagi,” pujuk Seri lembut. Dia merenung sayu ke arah Atea.
“Nanti, kalau dia pulang, kau suruh dia tunggu aku bangun dulu, tau!”
Dan Fariq menangis lagi. Sepanjang malam mereka bertiga berjaga. Saling berbual dan menenangkan perasaan. Di tengah malam, Atea terjaga dan menangis. Seri cepat saja memberikan ubat penenang kepada Atea. Dan dia membelai rambut Atea hingga tertidur kembali.
“Bear, kau tahu kat mana kampung Atea?” tanya Fariq. Dia bertekad mahu mencari keluarga Atea.
“Aku tak tahu sangatlah, Riq. Dia tu banyak berahsia. Kawan-kawan dia?” tanya Bear.
“Benny, bestfriend dia tu dah berhijrah ke luar negara. Aku yakin dia tahu. Satu lagi, aku tak berani nak tanya Melly. Nanti apa pula kata dia.”
“Nanti aku tanya. Dia takkan syak apa-apa. Dia pun tahu yang Atea pernah kerja dengan aku. Hujung minggu ni, kita bawa Atea balik kampung.”
Fariq angguk bersetuju. Dia bangkit dan masuk menemani Atea lena.
Pn Zaira menyambut kepulangan Atea dengan linangan air mata. Rasa rindu yang membuak-buak menyebabkan dia melupakan terus sengketa yang pernah terjadi. Benarlah kata orang, sebesar mana sekalipun kesalahan yang dilakukan oleh seorang anak, adalah mustahil untuk tidak memperolehi berkat ibunya.
Atea hanya terkulai lemah dalam dakapan ibunya. Air mata Pn Zaira langsung tidak mampu mengembalikan semangatnya. Panggilan Pn Zaira pun tak bersahut. Alya peluk kakaknya itu seerat mungkin. Air matanya pun berhamburan.
Fariq ceritakan semua yang telah berlaku. Apa saja yang dia ingat dan apa saja yang dia tahu. Cerita Seri sedikit sebanyak membantunya. Dia mengaku dia bersalah kerana inginkan harta milik bapanya. Dia mengaku yang dia sepatutnya mengahwini gadis itu mengikut adat dan adab. Atea masih punya keluarga.
Bear turut tekun mendengar. Barulah dia tahu jalan ceritanya. Patutlah Atea tu liat benar. Macam merpati. Memang mereka rapat hinggakan teman sepejabat syak mereka bercinta, tapi bila Bear suarakan rasa hati, Atea menjauh. Bila keadaan tu dah reda, mereka rapat kembali.
Barulah Pn Zaira tahu cerita sebenar. Menyesal tak sudah dibuatnya kerana terlalu cepat membuat andaian. Menyesal tak sudah kerana tidak mempercayai cakap anaknya sendiri. Dia sepatutnya tahu Atea takkan berbuat perkara yang tak elok. Dia kenal Atea. Atea bukan saja anak yang taat, malah tak banyak songeh.
Alya pun menyesali diri. Terlalu cepat dia menghukum kakaknya. Dia ingat lagi peristiwa terserempak Atea dan Fariq pada malam tu. Selepas peristiwa itu, dia menjauhkan diri dari kakaknya. Panggilan Atea sudah jarang dijawab, kalau jawab pun cepat-cepat mengatakan ada kelas.
“Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Saya kesal. Terlalu kesal dengan sikap saya. Saya bawa Atea balik ke mari bukan sebab mahu menjauhkan diri, tapi saya cuma mahu dia berada di sisi orang yang rapat dengannya. Bukan niat saya nak lari, makcik, tapi biarlah saya kenal diri saya dulu,” kata-kata Fariq membuatkan Pn Zaira mencapai tangannya dan digenggam erat.
“Mama faham, Fariq. Mama doakan kau cepat sembuh.”
“Saya akan cuba bantu dia, makcik. Tapi saya minta makcik hubungi saya dan bagitahu perkembangan Atea,” kata Seri pula.
“Baiklah.”
Sebelum berangkat pulang, Fariq masuk menemui Atea. Dikucup hangat ubun-ubun Atea. Atea tidak memberikan tindak balas. Masih merenung di kejauhan. Seakan-akan dunia mereka berbeza. Fariq berlutut di depan Atea dan merenung wajah itu penuh kasih.
“Sayang, abang balik dulu. Tapi abang janji ini bukan pertemuan terakhir kita. Abang akan datang lagi. Tapi waktu tu, abang dah kenal siapa diri abang dan siapa Atea Zatira yang sebenarnya. Sayang, jangan salahkan takdir ye? Jangan sesekali menyalahkan apa yang telah berlaku. Abang yakin semua ni ada hikmah di sebaliknya,” ucap Fariq lembut.
“Sayang, abang tak kenal siapa Atea yang sebenarnya. Tapi kali pertama menemuinya, hati abang jatuh kasih. Abang tak tahu sekuat mana cinta abang padanya, tapi abang tahu sekuat mana bencinya pada abang, sekuat itulah kasih abang padanya. Abang yakin Allah akan sentiasa bersama kita. Abang pulang dulu,” Fariq peluk Atea seeratnya.
Ketika mahu keluar, dia menoleh sekali lagi. Dia nampak ada titis air yang baru tumpah dari penjuru mata Atea. Dan Fariq tanam tekad yang dia akan berusaha demi cinta mereka. Fariq melangkah keluar.
***
Lewat malam itu baru Fariq sampai di rumah. Melly duduk menonton tv bersama mentuanya. Tanpa menyapa, Fariq melangkah naik. Dia tak tahu apa perasaannya pada mereka saat itu. Marah ataupun benci.
“You baru sampai ke? Macam mana projek di KT tu?” sapa Melly lembut. Dia capai kot Fariq dan digantung ke dalam almari.
“Mell, you ingat lagi Atea Zatira?” tanya Fariq tiba-tiba.
“Atea Zatira. Ingat, Riq. Mana boleh lupa. Dia sangat istimewa bagi I. Tapi dia tu perahsia sangat. Kenapa you tanya?” tanya Melly tanpa rasa curiga. Cuma ingin tahu.
“Takde apa.”
Selesai mandi dan berpakaian, Fariq masuk ke pejabatnya bersebelahan kamar tidur. Dia memberi alasan yang dia tak mahu diganggu. Kedatangan Melly menghantar kopi pun tak dihiraukan dengan membuat sibuk. Dia terlelap ketika kokokan ayam jantan yang pertama sepatutnya kedengaran.
Fariq membuka mata. Dia terdengar suara Atea menyeru namanya. Melihat jam, Fariq tahu itu waktu yang baik untuk melakukan solat sunat. Tanpa berlengah dia mengambil wuduk. Dan di tengah kedinginan malam, anak muda berhati waja itu kuhsyuk menyembah Yang Esa.
Di akhir solatnya, Fariq menadah tangan memohon keampunan kepada Yang Satu. Dia menangis teresak-esak mengadu kepadaNya. Juraian air mata ternyata memberi rasa rendah diri dan insaf dengan apa yang telah berlaku.
Fariq menjenguk ke bilik. Melihat Melly terlena, dia rasa bersalah. Tapi entah kenapa perasaannya pada Melly tidak seperti dulu. Lantas, dia kembali ke pejabat dan sofa panjang menjadi alas tidurnya malam itu.
“You tak tidur kat bilik ke malam tadi, Riq?” tanya Melly sewaktu mereka sedang bersarapan.
“I terlelap kat atas sofa. Ingat nak pejamkan mata je. Mana tahu terus terlena,” Fariq bagi alasan.
Terasa kopi yang ditelan terlalu pahit, Fariq meminta diri.
Setelah hampir dua bulan tidak menjenguk Atea, hujung minggu itu Fariq bertolak ke kampung dengan memandu bersendirian. Bear sudah diajak, tapi katanya dia terpaksa menghadiri urusan penting. Dan hanya salam mampu berkirim. Seri juga terpaksa menghadiri seminar.
Telefon bimbitnya dimatikan dan diletakkan ke dalam bonet belakang. Dia tidak mahu sesiapa mencarinya. Urusan pejabat sudah diserahkan kepada Yusri dengan alasan dia ingin berehat. Namun sepatah apa pun tidak diberitahu kepada keluarganya. Dia hilang begitu saja.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Fariq masih memandu dan berada di persimpangan ke Kuala Lipis dan Gua Musang. Memandangkan hari dah lewat, dia ambil keputusan untuk berhenti seketika bagi menunaikan solat Isyak dan merehatkan diri.
Selesai mengambil wuduk, Fariq langkahkan kaki kanan memasuki masjid. Tiba-tiba saja ketenangan dan keamanan meresapi dirinya. Dia merasakan jiwanya yang selama ini berserabut, kembali pulih. Fariq mengucap syukur dan menunaikan solat sunat masjid.
Ketika mahu mengangkat takbir bagi solat Isyak, terasa seseorang menepuk bahunya. Fariq menukar niat menjadi imam. Dan malam itu, dia merasakan Allah mula mendengar rintihan dan luahan hatinya selama ini. Dia benar-benar asyik dalam berdialog dengan Allah yang Satu.
Selesai mengamimkan doa, Fariq menoleh untuk bersalam. Seorang lelaki dalam lingkungan 80 an, tetapi masih kuat dan tegap menyambut huluran tangannya. Mereka bergandingan keluar.
“Sedap sekali anak mengimamkan solat tadi. Bacaan ayat-ayat tadi walaupun pendek, terasa menusuk ke hati,” kata pakcik itu.
“Takde apa pun, pakcik,” Fariq merendah diri. Namun dalam hatinya dia mengucapkan terima kasih pada Allah kerana membuka pintu hatinya dalam menghafal surah-surah Al Quran. Dia lupa benda lain, tapi ayat-ayat suci yang indah itu terus kekal dalam hatinya.
“Pakcik nampak anak macam susah hati aje, kenapa?” tanya pakcik tua itu.
Fariq tatap wajah yang bersih itu dengan penuh syahdu. Tanpa membuang masa, dia bercerita kepada pakcik itu. Tentang Atea, tentang dirinya dan juga tentang segalanya. Mereka bercerita sambil duduk di tangga masjid.
“InsyaAllah, nak. Jiwa Atea akan kembali pulih. Cuma dia kenalah selalu mendekatkan diri dengan Allah. Selalu ingatkan dia apa yang berlaku ni adalah ujian Allah. Tindakan anak menghantar dia ke kampung tu memang baik, tapi pakcik rasa buat masa terdekat ni, temanilah dia,” nasihat pakcik itu.
“Ia bukan saja akan mendekatkan kembali anak dengannya, tapi juga membantu diri masing-masing dalam menghadapi ujian ini. Satu nasihat pakcik, berserahlah pada Yang Satu,” nasihat pakcik itu lagi.
Fariq merasakan bagaikan ada air yang menyirami hatinya. Memang selama ini seakan tiada yang memahami perasaannya. Bear dan Seri faham, tetapi mereka terlalu sibuk dengan diri mereka sendiri.
“Nak, ada sesuatu yang ingin pakcik katakan. Tapi anggaplah ia sebagai peringatan dari pakcik bukan saja untuk anak, tapi juga untuk diri pakcik. Jangan hanya ingat Allah ketika kita susah. Waktu senang pun sebutlah namaNya. InsyaAllah, Dia akan dekat dengan diri kita. Dan pakcik tahu Atea akan lebih manis kalau mengenakan tudung ke atas kepalanya.”
Fariq angguk sekali, kemudian sesuatu mengetuk benaknya. Mana pakcik ni tahu Atea tidak bertudung? Rasanya dia tidak menyebutnya.
“Daripada mencurigai pakcik, lebih baik anak bertasbih,” kata pakcik itu seakan dapat membaca isi hati Fariq. Fariq senyum.
“Oh ya, dari pengamatan pakcik, penyakit anak ni bukan penyakit biasa. Ingatan anak bukan hilang kerana kemalangan tu. Ia hanya jadi penyebab saja. Ada benda lain yang menjadi penghalang anak daripada mengingati perkara yang lampau...” pakcik itu pandang muka Fariq dalam-dalam sebelum menyambung.
“Terutama sekali yang melibatkan Atea. Sentiasalah mendampingi dia. Ucapkan kata-kata yang mampu mengubati hatinya itu. Lagipun, kalau anak sentiasa dekat dengan Atea, ilmu yang terkena pada anak dan dia akan menghilang perlahan-lahan. Sebab itulah tujuan ilmu tu sebenarnya. Memisahkan anak dan isteri.”
Fariq terdiam mendengar kata-kata itu. Terbayang wajah ibunya.
“Jangan cepat menuduh, nak. Siasat dulu. Baiklah, malam pun dah makin larut. Perjalanan anak masih jauh lagi. Pakcik doakan semoga anak selamat sampai,” akhiri orang tua itu sambil bangun.
“Terima kasih, pakcik,” kata Fariq dan menyalami tangan orang tua itu. Dingin sekali saat tangannya digenggam oleg lelaki tua itu. Sedingin senyum di bibirnya. F
ariq melangkah ke kereta sambil diperhatikan pakcik tadi. Ketika menoleh untuk melihat wajah yang mendamaikan itu buat kali terakhir, Fariq kehairanan. Pakcik itu sudah tiada.
“Terima kasih, pakcik. InsyaAllah saya akan berjaya menempuhi semua ini.”
Pn Zaira membukakan pintu untuk menantunya itu. Tidak seperti kedatangan Fariq dua bulan yang lalu, kali ini dia nampak lebih tenang dan terurus. Jiwanya seakan sudah kembali pulih.
“Bear dan Seri kirim salam,” bagitahu Fariq ketika Pn Zaira menghidangkan minuman untuknya. Pn Zaira menjawab perlahan kemudian kembali memandang Fariq.
“Kau sihat, Fariq?” tanya ibu tunggal yang penyayang itu.
“Alhamdulillah, ma. Kebelakangan ni, jiwa saya makin tenang. Atea macam mana?” tanya Fariq.
“Lepas mama bawak dia jumpa sorang Tok Guru beberapa minggu lalu, mama nampak dia makin bersemangat. Makan pun lalu aje. Selalu ingatkan Fariq. Tapi kalau waktu malam, dia susah nak lelapkan mata. Katanya terdengar suara orang memanggil namanya,” adu Pn Zaira.
Dalam sebulan ni, dia memang tak tinggalkan Atea jauh-jauh. Risau. Kalau Atea ditinggalkan seorang diri ketika tengah tidur pada waktu malam, dia akan terjaga dan menjerit. Kemudian tangisannya yang mendayu dan menyayat hati akan kedengaran. Semua itu hanya akan membuatkan dia lemah keesokan harinya. Kalau Puan Zaira tidur di sisi dan sentiasa menyentuh Atea, lenanya akan panjang.
“Takde apa tu. Nanti okeylah tu. Dia tak tinggal solat, ma?” tanya Fariq prihatin.
“Alhamdulillah, Riq. Mama perhatikan dia memang selalu sembahyang. Kadang-kadang azan tak masuk lagi, dia dah ada kat atas tikar sembahyang.”
Fariq benar-benar bersyukur. Walau apa pun penyebab perubahan diri mereka itu, dia tahu hanya satu pucanya. Keizinan dariNya.
“Pergilah berehat, Riq. Mama tahu kau tentu penat memandu.”
Fariq langkah perlahan-lahan menghampiri Atea yang sedang lena di atas katilnya. Katil bertiang itu dilengkapi kelambu berwarna ungu lembut. Warna kesukaan Atea. Cadarnya pula padan dengan kelambu. Fariq rebahkan tubuh di sisi Atea.
“Abang,” Fariq dengar Atea seru perlahan namanya. Dia pandang wajah Atea dalam-dalam. Dikucup dahi Atea lama dan memejam mata.
Fariq hanya terjaga bila mendengar azan Subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Alangkah indahnya hidup di kampung. Dia menoleh ke sebelah. Kosong. Fariq bangun dan melangkah keluar. Dari dapur dia mendengar suara orang berbual-bual.
Dari balik langsir, Fariq nampak Atea sedang memotong sayur manakala Pn Zaira membelakanginya. Alya tidak kelihatan di situ, tapi terdengar dia berkata sesuatu.
Fariq pandang Atea lama. Isterinya itu sudah memotong pendek rambutnya. Rambut lurus itu dibiarkan mencecah bahu dan bahagian depan rambutnya menutupi dahi dan kedua belah pipinya yang mulus itu. Atea nampak lebih ceria dan muda.
“Tak taulah, ngah. Along buka mata je nampak dia kat sebelah,” kata Atea tiba-tiba. Fariq batalkan niat mahu menghampiri. Dia memasang telinga.
“Ntah-ntah dia dah apakan along tak malam tadi?” usik Alya sambil keluar dari kamar mandi. Dia baru selesai mencuci beras. Fariq geleng kecil. Nakal.
“Awak ni, mulut. Cili kang. Awak ingat along ni tidur mati ke?”
Terdengar Alya ketawa. Pn Zaira hanya mampu menggeleng.
“Angah, kejutkan acik. Nanti boleh kita solat sama-sama. Perlahan-lahan. Jangan kejutkan abang long. Kesian dia penat,” suruh Pn Zaira.
“Baik, ma.”
Melihat Alya melangkah untuk keluar dari dapur, Fariq panik. Mana dia nak sembunyi. Nak masuk bilik memang tak sempat dah. Mahu tak mahu Fariq pura-pura baru bangun dan melangkah ke dapur.
“Eh, abang long dah bangun,” tegur Alya. Pn Zaira dan Atea serentak hala pandangan. Pn Zaira orak senyum manakala Atea tunduk mengulum senyum.
“Kejapnya tidur, Riq.”
“Tak ngantuk sangat pun, ma,” kata Fariq sambil duduk di kerusi berdepan dengan Atea. Atea buat tak nampak. Pn Zaira melangkah ke pintu dapur untuk keluar ke ruang tamu.
“Duduklah dulu, Riq. Mama nak pergi tengok angah ni. Ntah-ntah dengan dia sekali terlelap,” kata Pn Zaira memberi peluang anak menantunya itu berduaan. Dia menghilang ke luar.
“Hai, sayang,” seru Fariq perlahan. Dia pandang lama wajah Atea. Atea senyum.
“Sayang dah sihat?” tanya Fariq. Atea angguk sedikit. Masih tunduk malu-malu. Macam waktu menghadapi malam pertama hari tu.
“Kita sambut puasa kat sini, ya sayang?” cadang Fariq. Puasa pun tak sampai sebulan je lagi. “Lepas tu kita sambut raya sebulan kat sini. Kemudian baru balik KL.”
“Abang tak payah kerja ke?” tanya Atea.
“Abang cuti ajelah. Abang kan tak pernah bercuti panjang. Abang hanya nak bersama sayang aje,” kata Fariq sambil merapati Atea. Walaupun dia merasakan Atea seakan orang asing, jauh di sudut hatinya Atea masih lagi insan yang paling istimewa baginya.
“Abang rindu,” bisik Fariq perlahan sambil peluk Atea dari belakang. Atea hanya ketawa kecil.
Memang benar Fariq rindu. Selepas kali pertama menemui Atea beberapa bulan lalu, hanya wajah itu yang dilihatnya. Hanya wajah itu yang menemani lenanya. Dan dia sendiri tak mampu menghalang bila wajah itu hadir saat dia bersama Melly.
“Maafkan abang ya, sayang. Kita mula semula. Anggaplah yang semalam tu, mimpi belaka.”
Atea angguk dan membiarkan saja pipinya dicium. Saat itu bunyi yang sering mengganggu dirinya sedikit menghilang. Dia seakan menemui kedamaian yang didambakan lewat harinya.
“Along, kami nak ke dapur ni,” suara Aina membuatkan Fariq melepaskan pelukan. Seakan tahu kedua insan itu sedang melepaskan rindu, Pn Zaira menyuruh anak bongsunya itu memaklumkan kedatangan mereka.
Sebaik saja tiga beranak itu tiba di dapur, Atea memotong sayur yang telah dipotong dengan muka memerah manakala Fariq pura-pura intai sinki. Saling berbalas senyum, Alya mengusik abang iparnya.
“Baru semalam angah cuci sinki tu, abang long. Bersih lagi.”
Fariq angkat kepala. Senyum kambing dan melewati mereka ke bilik
“Abang long mandi dulu, ek. Nanti kita sembahyang sama-sama.”
Atea ketawa senang mendengar kata-kata Fariq itu. Pn Zaira senyum puas hati manakala dua anaknya yang lain saling berbalas ketawa.
“Acik, cepat ambik air sembahyang. Kita sembahyang berjemaah.”
“Yes, mem.”
Sesudah makan malam, Fariq membantu Aina menyiapkan kerja rumah. Atea dan Alya membantu mama di dapur. Suasana cukup indah dengan sesekali terdengar suara dan tawa dari dapur. Fariq gembira dengan keadaan itu. Hidup secara sederhana, tapi bahagia.
Atea kemudian membawakan teh kurang manis untuk Fariq. Dia seterusnya memusing tubuh untuk kembali ke dapur bila suaminya itu merangkul pinggangnya menyebabkan dia terduduk di atas riba Fariq. Atea tersipu malu manakala Fariq buat selamba. Dia kenyit mata ke arah Aina.
“Ya, acik datang sekarang,” kata Aina tiba-tiba sambil bangun dan melangkah ke dapur. Atea tahu pakatan antara dua orang itu. Walau bagaimanapun, dia hanya mampu tertawa. Bila Fariq letakkan kepala ke dadanya, dia hanya membiarkan.
“Dah lama abang tak dengar bunyi drum ni,” usik Fariq. Dulu dia selalu menjadikan degupan jantung Atea sebagai muzik malamnya.
“Abang,” panggil Atea lembut. Fariq angkat muka.
Atea rapatkan mukanya ke muka Fariq dan membiarkan dahi mereka bersentuhan. Mata saling bertentangan dan Fariq tahu cinta mereka masih hangat macam dulu.
“Tea dengan Melly, siapa lebih cantik?” tanya Atea nakal. Bukan niatnya mahu Fariq membandingkan mereka, tapi dia hanya mahu menduga. Dia sebenarnya dah dapat mengagak jawapan Fariq.
“Sayanglah.”
“Siapa lebih menarik?”
“Sayang jugak.”
“Siapa lebih wangi sebelum tidur?”
“Sayanglah juara.”
“Siapa lebih...”
“Sayang, sayang, sayang,” kata Fariq sebelum sempat Atea menghabiskan ayatnya. Atea ketawa kecil.
“Tea nak tanya mulut siapa lebih busuk antara abang dengan Melly? Sebab mulut abang bau petai,” usik Atea. Dia melompat bangun dan melangkah selamba ke dapur.
Fariq buat pemeriksaan pernafasan. Okey aje. Mana pulak mereka makan petai malam tu? Maknanya, Atealah yang nak mengena. Takpe, sekarang masa dia. Kejap lagi, siaplah.
Fariq menanti Atea menyiapkan jahitan baju kurung. Bila Fariq ajak tidur, dia kata nak siapkan jugak malam tu. Fariq pun kata dia akan tunggu. Dah pukul 2 pagi bila Fariq masuk untuk solat sunat.
“Sayang, tidur jom,” ajak Fariq bila selesai sembahyang.
“Nak siap dah ni.”
“Alah, abang janji abang takkan usik. Cuma nak tidur sebelah sayang aje,” Fariq buat muka kesian.
“Tea nak siapkan ni kejap.”
“Okey, abang tunggu,” Fariq membelek akhbar sementara Atea masih menjahit. Pn Zaira keluar beberapa minit kemudian.
“Astgharfirullahalazim, along. Tak tido lagi?” terkejut dia tengok Atea masih berjaga. “Ya Allah, si Fariq tu pulak dah terbungkang,” gelengnya melihat peel anak menantu.
“Masuk tido dulu, long.”
“Dah nak siap ni, ma.”
“Tido dulu. Mama siapkan esok. Kejutkan Fariq tu.”
Mahu tak mahu, Atea akur. Dia mematikan enjin mesin jahit dan menghampiri Fariq. Melihat Fariq baru lena-lena ayam, dia ambik lebihan kain dan usik ke dalam telinga Fariq. Fariq menepis sekali, disangkanya nyamuk. Pn Zaira hanya mampu menggeleng melihat telatah Atea.
“Along.”
“Mama, shhh...”
Atea buat lagi. Seronok dia melihat Fariq menepis angin. Dia ketawa sambil menutup mulut. Terkekeh-kekeh. Menjauhkan diri sikit supaya Fariq tak dengar.
“Kamu kena nanti, mama tak tahu,” kata Pn Zaira sambil ke dapur untuk mematikan lampu dapur.
Tiba-tiba Fariq terjaga bila Atea secara tak sengaja tersepak bekas benang, lalu hilang imbangan tubuh dan jatuh betul-betul di atas dadanya. Terbatuk-batuk Fariq dibuatnya. Atea panik.
“Sakit ke, abang?” dia sapu dada Fariq. Dia bertongkat pula di abdomen Fariq. Makin sesak nafas dibuatnya.
“Perut abang,” hanya itu termampu diucap oleh Fariq.
“Abang sakit perut ke?” tanya bekas peguam itu lurus. “Tea ambilkan minyak angin ek.”
Fariq tarik lengan Atea yang baru nak bangun. Atea terduduk kembali. Terkelip comel memandang ke arah Fariq yang tersenyum nakal.
“Kita masuk tido, ye sayang?”
“Tak mau tido,” Atea geleng kecil.
“Habis, dah malam macam ni, kita nak buat apa?” tanya Fariq pelik dengan sikap Atea. Dipandangnya jam yang tergantung di atas pintu ke dapur. 15 minit melewati pukul 3 pagi.
“Dah lewat ni, sayang.”
“Tea takut,” itu saja yang mampu Atea katakan. Dia tunduk. Bukan sengaja mahu menolak ajakan Fariq untuk masuk tidur, tapi dia takut pada suara-suara itu.
“Apa nak ditakutkan? Abang kan ada,” pujuk Fariq. Dia genggam erat jari jemari Atea.
“Tapi abang tak kenal Tea. Abang tak kenal siapa yang tidur di sebelah abang ni. Abang tak...” kata-kata Atea terhenti bila jari telunjuk Fariq yang panjang itu singgah di bibirnya.
“Kita boleh mula berkenalan semula, kan?” Fariq senyum. Perlahan-lahan senyum tipis terukir di bibir Atea.
“Jom, kita tido.” Atea buat muka dengan ajakan itu. “Abang janji takkan usik sayang. Kita betul-betul tido. Jangan takut dengan gangguan tu semua. Semua tu syaitan yang nak menyesatkan. Abang kan ada. Allah pun sentiasa dekat dengan sayang.”
Atea senyum. Raih tangan Fariq dan dikucup penuh Syahdu. Fariq senyum dan cium dahi Atea. Kemudian mereka bergandingan masuk tidur. Sepanjang malam, Atea lena dalam pelukan Fariq.
“Saya tak tahu, datin.”
“How come you don’t know where he is? You kan pembantu dia. Takkan dia tak bagitahu dia kemana? Mengarut!” Datin Hajar menjerit-jerit di bilik Yusri. Anak muda itu terkulat-kulat mahu membela dirinya.
“Betul, datin. Dua hari lepas dia kata nak cuti sehari dua. Untuk rehatkan fikiran. Dia langsung tak bagitahu mahu ke mana. Dan saya pun tak bertanya kerana bagi saya ia hak peribadi,” tegas Yusri.
“Kawan apa you ni?” marah Datin Hajar lagi.
“Datin, Fariq tu dah besar. Tahulah dia nak balik nanti,” entah kenapa Yusri mengeluarkan kata-kata sedemikian. Datin Hajar menjengilkan biji mata.
“You ni kan, saja nak sakitkan hati tau. Nasib baiklah you ni one of the potential staff. Kalau tak, I fire you,” herdik Datin Hajar sebelum melangkah ke pintu.
Yusri mencebik. Alah, setakat kerja macam ni, banyak lagi company yang nak ambiknya bekerja. Ramai lagi yang mengiktiraf bakat dan kebolehannya. Kalau tak kerana Fariq, tak mahu dia bekerja di syarikat tu. Dasar orang kaya yang tak tahu menghargai orang.
Melly masih kelihatan sugul. Dia duduk di kerusi Fariq dan menompang dagu dengan dua tapak tangannya. Air matanya seakan sudah kering menangisi kehilangan suami tercinta. Sudah puas diselidik apakah kesalahan yang dilakukannya. Namun seingatnya, sepanjang bergelar suami isteri, mereka tidak pernah bermasam muka.
“Apa kata kalau kita tanya Fasya. Mungkin dia tahu,” cadang Melly.
“Fasya? Apa yang dia tahu. Sejak dah hidup sendiri ni, seakan buang keluarga,” omel Datin Hajar.
Melly sapu penjuru matanya yang kembali basah. Dipandangnya foto perkahwinannya yang terletak di atas meja. Dalam gambar tersebut, dia tersenyum girang di sisi Fariq. Dan baru dia tersedar ekspresi wajah Fariq. Renungannya Fariq kosong. Senyumnya palsu. Dan pautan di pinggangnya seakan paksaan.
“Ibu, betul ke Fariq cintakan Melly sebelum dia kemalangan tu?” soal Melly tiba-tiba. Dia ingat lagi bagaimana ibu mentuanya itu beria-ia meyakinkan cinta Fariq padanya terlalu utuh.
Datin Hajar tersentak. Dipandang lama ke arah menantu kesayangan yang sedang merenung foto di atas meja itu. Dia cuba melindungi kekagetan dengan ketawa kecil. Kemudian Melly dirapati dan ubun-ubun Melly diusap berkali-kali.
“Cinta Fariq hanya untuk kamu, Melly,” bisik Datin Hajar seraya menatap foto yang menjadi santapan mata Melly sedari tadi.
Melly memeluk Datin Hajar erat dan melepaskan tangisan dalam pelukan wanita itu. Sungguh dia rindukan Fariq. Dia rindukan lelaki bergelar suami itu
Bear jungkit bahu seraya geleng kepala.
“Manalah Fariq pergi, Bear? Takkanlah tak sepatah pun dia bagitau kamu?” tanya Datin Hajar lagi. Bear yang sedang meneguk fresh orangenya dipandang sayu.
Harapannya punah. Bear yang merupakan teman baik Fariq pun tak tahu. Kepada siapa lagi dia mahu bertanya. Dia buntu dan hilang akal. Melly disisinya merenung keluar.
"Report polis ajelah, Datin," cadang Bear bersahaja.
"Kalau ikutkan hati, nak aje report polis... tapi tahu ajelah Datuk tu. Nak jaga air muka katanya. Entahlah!"
Ternyata Fariq benar-benar gembira berada di kampung. Dia seakan menjadi dirinya yang baru. Yang tak perlu lagi mengejar waktu untuk memastikan satu sen pun takkan tercicir dari koceknya. Sekarang dia bergerak seiringan dengan waktu. Hari-harinya hanya digunakan untuk mendampingi Atea.
Benar kata pakcik tu. Atea makin pulih jiwanya. Lenanya pun dah makin panjang. Dia tak lagi terjaga malam dan menangis sendirian. Fariq pula mula merasakan kemanisan bercinta. Kalau dulu dia mendampingi dan menyayangi Atea kerana kasihan, tapi kini tidak lagi. Dia melakukan semua itu kerana cinta.
Sepanjang masa Fariq hanya mahu berada di sisi Atea. Sepanjang malam dia rela berjaga hanya untuk memandang wajah Atea. Sepanjang waktu dia mahu memastikan Atea berada dalam dakapannya. Dan adik iparnya ketawa besar bila dia mengakui yang dia sudah jatuh cinta pada Atea.
“Kenapa angah ketawa? Salah ke bang long kata yang bang long dah jatuh cinta pada along? Salah ke bang long menyintai isteri sendiri?” persoal Fariq.
“Janganlah marah, bang long. Takde niat angah nak persendakan bang long. Cuma angah rasa lucu bila bang long kata macam tu. Sebab angah yakin kalau bang long ingat betapa kuatnya cinta bang long pada along waktu dulu, mesti bang long rasakan yang cinta hari ni hanya separuh aje.” Dan Fariq senyum mendengar kata-kata itu.
Fariq tak kisah lagi. Sama ada hari ini, esok atau tahun depan dia akan ingat kembali, semua tu tak jadi hal lagi. Kalau ditakdirkan dia akan begitu sepanjang hayat, dia tak ralat. Dia dah temui cinta dalam dirinya sekalipun cinta itu pernah hilang dulu.
Fariq tahu, kehilangan masa silam adalah sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan. Tapi baginya, untuk apa masa silamnya kembali hadir. Masa silamnya adalah sesuatu yang ingin dilupakannya. Dia mahu mencipta kenangan berdasarkan masa sekarang. Masa sekarang yang baginya adalah lebih indah.
“Abang long dengan along ni macam pengantin barulah. Asyik berkepit aje,” komen Aina yang baru pulang dari sekolah. Dia terserempak kakak dan abang iparnya itu sedang duduk di ruang tamu. Fariq berbaring dengan berbantalkan paha Atea.
“Nak join ke acik?” usik Fariq.
“Tak kuasalah, acik. Baik acik cari mama, lagi baik.”
Dan pasangan itu hanya tertawa dengan telatah si bongsu yang tinggi lampai itu. Lebih tinggi dari kakak-kakaknya. Baru form 4 dah melangit. Tapi agaknya dia akan berhenti membesar tak lama lagi.
“Ceritalah macam mana abang boleh kenal dengan Bear tu,” pinta Fariq. Dia terlalu ingin tahu bagaimana permulaan perkenalannya dengan Bear, lelaki yang terlalu banyak berjasa padanya itu.
“Actually, abang tak sukakan Bear.”
“Betul ke? Bodohnya abang. Bear tu memang sahabat yang baik,” komen Fariq.
“Sebabnya, Bear tu sukakan Tea. Abang memang cemburu gila dengan dia. Tea kan kerja dengan frima guaman dia, lepas tu selalu balik lambat. Kita memang selalu gaduh kalau pasal Bear,” cerita Atea.
“Bear sukakan Tea? Habis, kenapa dia tak pinang terus?” tanya Fariq ingin tahu.
“Waktu kami kenal tu, Tea dah jadi bini oranglah. Dah hampir 5 tahun kita kawin. Kan kita kawin senyap-senyap je.”
Fariq ketawa kecil, menyedari kesilapannya.
“Lepas tu, Tea mintak abang kawan dengan Bear. Tea tahu abang akan sukakan dia. Tea kan ada six sense. Abang memang suka kawan dengan Bear. He’s a nice man and a loyalty friend,” Atea tatap lama wajah Fariq.
“Yup, kali ni abang setuju dengan sayang. Dia memang kawan yang baik. Terlalu baik,” kata Fariq sambil senyum. Dia terbayangkan wajah Bear. Bear memang baik orangnya. Setia dan tekun.
“Seri?” sepatah tanya Fariq. Dia terlalu ingin tahu tentang Seri juga.
“Abang kenal dengan Seri Marina waktu di oversea dulu. Untuk pengetahuan abang, Serilah yang mengajar abang mengaji. Seri, hamba Allah yang tak pernah tinggal sembahyang tulah yang telah berjaya menjadikan abang seorang hamba yang selalu ingatkan Penciptanya,” bisik Atea perlahan. Fariq bungkam. Dia mahu tahu lagi.
“Seri terpaksa tinggal serumah dengan abang sebab waktu tu dah suntuk sangat nak cari rumah sewa. Waktu tu dalam apartmen berbilik empat itu ada 3 pasang lelaki dan perempuan termasuk abang. Mereka tidur ikut mata mengantuk. Langsung tiada etika. Seri sanggup bayar lebih untuk memastikan dia hanya tinggal sendirian di dalam sebuah bilik.”
“Ada satu peristiwa yang Tea yakin abang takkan lupakan sampai bila-bila pun kalau abang ingat. Abang demam panas dan hanya mampu terbaring. Teman-teman yang lain menjauhkan diri dan ada yang pindah bila abang juga dijangkiti demam campak. Hanya Seri yang tetap menemani. Seri beri abang makan ubat, Seri masakkan bubur nasi, Seri yang basahkan badan abang yang panas tu. Semuanya Seri lakukan bukan sebab terpaksa, tapi sebab abang ni saudara seagamanya.”
Fariq terbayangkan wajah seri. Wajah bulat berhiaskan cermin mata kotak itu memang nampak macam Seri ni seorang yang sombong dan pendiam. Tapi hatinya memang baik. Selalu buat orang ketawa.
Atea terus bercerita bagaimana gadis yang tidak pernah menampakkan walau sehelai rambut pun itu yang membuatkan dia menangis menyesali apa yang telah berlaku. Lembut sekali tutur kata Seri menyuruhnya bertaubat dan melupakan apa yang telah berlaku. Menyuruhnya menganggap semua itu hanya dugaan.
Anak Datuk Sufian dan Datin Maria itu ternyata bukan calang-calang orang. Datuk Sufian bukan saja mampu menjadikan Marie Anne Frost sebagai Maria Abdullah tapi juga hamba Allah yang taat. Penyatuan mereka yang sempurna itu telah melahirkan Seri Marina yang anggun dan solehah.
Selepas itu, mereka hanya berdua di dalam rumah milik bapa Fariq itu. Namun segalanya terbatas. Seri tak pernah menanggalkan tudungnya bila keluar bilik sekalipun Fariq tiada. Dan hubungan mereka seperti adik beradik. Semuanya berjalan lancar hinggalah mereka kembali ke tanah air.
“Kata seri, dia mula perasan perubahan abang waktu abang masuk kerja. Mula-mula tu, abang masih lagi Fariq yang dulu. Tapi dah lama sikit, perubahan mula ketara. Abang dah jarang melawat dia di klinik. Kalau dia telefon pun, selalu tak berangkat. Memang abang selalu sibuk.”
Fariq tahu, masa tu mesti dia baru menjadi seorang suami. Apa nak buat, mestilah dia mahu berdampingan dengan Atea seorang saja.
“Kenapa abang tak jatuh cinta dengan dia? Kan dia yang jaga abang waktu abang sakit. Dia yang bangunkan abang dari terus leka,” tanya Fariq. Mahu juga dia tahu sebabnya.
“Seri kata, abang macam tak tertarik padanya. Maklumlah, dia bertudung.”
“Dia sendiri pernah simpan apa-apa perasaan pada abang?”
“Seri mengaku waktu mula-mula jumpa abang, memang dia ada tertarik. Tapi, dia dah hapuskan semua tu dan anggap abang ni macam abang dia sendiri. Dia tak mahu hubungan yang suci tu dikotori dengan perasaan tu,” Atea cuit hujung hidung Fariq.
“Kalau tak, mesti abang dah kawin dengan dia kan? Wanita bertudung ni lebih terserlah keayuannya,” omel Fariq. Atea ketawa kecil.
“Kalau abang kawin dengan seri, lainlah pulak jalan ceritanya.”
“Tapi abang tak sesal, sayang. Kawin dengan Atea Zatira pun abang dah banyak cipta cerita menarik. Sampaikan kalau abang nak bukukan kisah hidup abang pun boleh. Terlalu banyak yang boleh dijadikan pengajaran.”
Atea angguk kecil. Dia hanya membiarkan Fariq memainkan jari di telinganya. Kalau dulu, dia faham maksud Fariq. Tapi sekarang, dia menganggap itu hanya sebagai belaian seorang suami saja. Tiba-tiba Fariq terhenti.
“Kenapa, abang?” tanya Atea pelik.
“Abang rasa kalau abang sentuh telinga Tea, ia bukan hanya sekadar sentuhan aje. Rasanya ada sesuatu yang lain,” kata-kata Fariq itu membuatkan Atea ketawa.
“Dulu, kalau abang nak goda Tea, abang mesti usik telinga.”
Kali ini giliran Fariq pula ketawa.
“Kalau Tea yang goda abang, macam mana pulak?”
“Tak pernah. Sepanjang-panjang kawin, Tea tak pernah goda abang,” balas Atea sambil menggeleng.
“Biar betul. Takkan abang je yang goda Tea? Takkan abang aje yang nak?” Fariq kenyit-kenyit matanya.
“Betul. Sebab kalau abang pandang Tea, mesti abang tergoda. Tea tak payah buat apa-apa pun. Pendek kata, kalau Tea kentut pun abang akan tergoda,” usik Atea. Fariq bingkas bangun.
“Cuba kentut, abang nak tengok kentut Tea tu boleh goda abang ke tak?” cabar Fariq. Atea ketawa mendengar cabaran itu. Mana boleh kentut suka-suka aje. Fariq hanya memandang Atea angkat punggung dan berlalu ke dapur. Di pintu, dia menoleh.
“Malam nanti, Tea akan buktikan kata-kata Tea tu betul. Tea tak payah goda abang, abang akan tergoda dengan Tea,” Atea kenyit mata dan berlalu.
Fariq bungkam di kerusi. Memang betul kata Atea, dia tak payah menggoda, Fariq memang dah tergoda. Dan tiba-tiba Fariq jeling jam. Hampir ke pukul empat.
Lambatnya nak malam...
Fariq sambut bulan puasa dengan penuh keimanan. Berada di sisi Atea dan keluarga membuatkan dia merasai ketenangan yang tak pernah dikecapinya. Dia mula kenal siapa Atea. Dia mula membiasakan diri dengan sikap Atea yang kuat mengusik itu. Dia juga mula berkenalan dengan adik-adik Atea yang nakal itu. Dan ibu Atea yang penyayang itu mula menggantikan tempat ibunya.
Setiap kali balik dari sembahyang terawikh di masjid berhampiran, Atea akan menyambutnya di depan pintu, dengan senyum simpulnya. Kemudian mereka akan menjamah kuih muih sambil menonton tv. Lewat 10 malam, masing-masing akan cari bantal. Biasanya dia dan Atea akan tunggu hingga pukul 12 baru masuk tidur.
Mereka bangun sahur pukul 5 pagi. Selepas sahur dan menunaikan Subuh berjemaah, biasanya Puan Zaira akan hadap mesin jahit. Mahu menyiapkan tempahan orang kampung. Maklumlah, bukan sehelai dua yang perlu disudahkan. Aina akan bersiap ke sekolah dan kalau hari cuti, dia sambung tidur.
Alya pula hari minggu baru pulang. Walaupun jarak ke UiTM itu hanya sekejap, dia lebih selesa menelaah di kampus. Dia mahu membuat persediaan untuk peperiksaan yang akan hadir tak lama lagi.
Atea dan Fariq akan duduk di atas bangku di luar rumah sambil memandang matahari naik. Saling bersentuhan mengurangkan suhu yang memang sejuk sambil memandang orang lalu lalang untuk bekerja atau ke sekolah. Lepas tu baru masing-masing buat aktiviti. Atea akan tolong Puan Zaira jahit tengkuk baju dan Fariq sambung tidur.
Waktu buka puasa, Fariq bawa Aina naik motor ke pasar ramadhan yang berhampiran. Hari pertama puasa, macam-macam yang dia beli. Pantang saja Aina tunjuk. Lepas tu meja makan penuh dengan kuih muih. Tu tak kira lauk pauk yang Atea dan ibunya sediakan. Membebel panjang Atea dibuatnya. Lepas tu mereka bersederhana saja.
Itulah aktiviti yang mereka buat sepanjang puasa tahun itu. Badan Fariq yang dulunya kurus kering lepas kemalangan, dah makin berisi. Seronok Puan Zaira menengok menantunya itu makan. Sampai dua pinggan. Semua benda dia telan, tak memilih.
Seminggu menjelang raya, Fariq ajak Atea dan Aina ke bandar. Puan Zaira menolak memandangkan dia perlu menyiapkan banyak helai baju lagi. Tapi sebelum tu, mereka ke kampus ambil Alya memandangkan Alya pun dah cuti.
Orang memang ramai kat bandar tu. Pasaraya-pasaraya besar ambil peluang buat jualan murah. Tak menang tangan Atea capai barang nak buat biskut dan dibaling ke dalam troli yang ditolak oleh Fariq. Aina mengekor dari belakang manakala Alya tolong Atea capai bahan mentah.
“Ni nak berniaga ke?” usik Fariq selepas membayar di kaunter. Dia tolak troli keluar dari gedung membeli belah yang padat itu.
“Eleh, abang jugak yang makan nanti,” balas Atea.
“Dah, abang tak nak membazir. Takde orang nak makan, abang tolong makan.”
Alya dan Aina kulum senyum melihat sepasang suami isteri itu saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Kemudian mereka saling tertawa melihat Atea tarik muncung dan Fariq kalut memujuk.
“Sayang tunggu sini. Abang ambikkan kereta,” pesan Fariq sambil berlalu.
Atea meninjau gelagat orang ramai di dalam pasaraya tu. Macam-macam perangai dapat tengok. Ada yang berebut-rebut nak memilih, ada jugak yang hanya jalan-jalan jamu mata. Yang seronoknya, tauke cina pemiliknyalah.
“Atea?”
Atea menoleh. Tak payah ambil masa untuk berfikir, dia dah kenal wanita cantik yang tengah hamil itu. Keduanya saling berpelukan.
“Jo, kau dari mana?” tanya Atea pada Zofea, coursematenya waktu di universiti dulu. Zofea orak senyum.
“Aku kawin dengan orang sini. Ni balik nak berayalah ni. Amboi, kau sombong! Lepas abis belajar, terus senyap. Tukar nombor telefonlah. Susah aku nak kontek kau, tau tak?” panjang Zofea membebel. Atea ketawa kecil.
“Kau dah kawin?” Atea terperanjat. Zofea yang terkenal anti lelaki itu dah kawin? Cepat jugak.
“Habis, ni dari mana?” gurau Zofea sambil tunding ke perutnya yang sudah memboyot. Kedua mereka saling berbalas ketawa.
“Tak sangka kau ni. Dulu mana ada kau bercinta? Dengan sapa, jo?” tanya Atea.
“Tekalah,” giat Zofea. Seronok melihat Atea tertanya-tanya. Waktu di universiti dulu, mereka tak rapat sangat. Maklumlah, Atea tu asyik berkepit dengan geng glamernya. Tapi mereka mula rapat selepas menyiapkan tugasan luar sebagai satu kumpulan.
“Tak maulah teka. Siapa, jo? Cakaplah,” desak Atea.
“Kau dah kawin?” tanya Zofea tanpa mempedulikan desakan Atea. Nak juga dia tahu kerana Atea bersih dari sebarang gosip dulu. Dah kawin ke belum minah ni?
“Aku...”
“Along, bang long dah sampai,” maklum Aina tiba-tiba. Dia menolak troli ke kereta. Zofea pandang Atea nakal. Atea ketap bibir.
“Ehem... bang long?” Zofea buat muka nakal. Dia menoleh ke belakang untuk melihat suami Atea.
“Jo, jangan tengok. Aku takut kau terberanak kat sini,” larang Atea cepat. Dia raih kepala Zofea agar memandangnya kembali.
“Kenapa? Siapa lelaki tu? Sham ke?” teka Zofea. Bukan dia tak tahu Sham playboy tu memang ada taruh hati pada Atea.
“Bukan,” sepatah jawab Atea.
“Erm... jangan-jangan prof. Salleh yang botak tu?” usik Zofea. Terbayang muka profesor gatal berkepala licin itu.
“No,” tegas Atea.
“Ntah-ntah, Encik Fariq yang hensem tu. Yelah, kan student pompuan memang gilakan dia. Tiba-tiba rezeki kau kawin dengan dia,” Zofea cuit hujung bahu Atea dan dia ketawa kecil.
Atea tak membalas, hanya jungkit bahu. Zofea pelik. Atea tak nafikan, dan tak juga iyakan. Zofea pantas pusing kepala. Perasaan ingin tahu meronta-ronta dalam dirinya. Zofea nampak seorang lelaki membelakanginya sedang memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Kemudian lelaki itu menoleh.
“Sayang, jom.”
“En Fariq?” Zofea terjerit. Bukannya perlahan, tapi kuat hinggakan Fariq terhenti langkahnya yang menuju ke tempat pemandu. Perlahan dia pusing tubuh.
“Kau kawin dengan Encik Fariq? How come? Maksud aku... macam mana? Bila korang bercinta? Kenapa aku tak tahu? Waktu kat U ke?” bertalu-talu Zofea menyoal. “Tea, macam mana?”
“Tak tau. Tiba-tiba je kami dah kawin.”
“Atea, aku serius ni,” marah Zofea. Dia memandang Fariq sekali lagi. Anak muda itu sudah berada di sisi mereka. Tersenyum tampan.
“Abang, ini Zofea. Salah sorang student abang,” perkenal Atea.
“Oh, ya ke? Maaflah, saya tak perasan tadi” kata Fariq sambil senyum.
“Apa khabar, en Fariq? Lama tak dengar berita,” sapa Zofea masih kelu. Atea ni biar betul. Kemudian dia kalut mencari telefon di dalam beg. Selepas bercakap seketika, dia pandang pasangan itu.
“Saya minta diri dulu. Suami dah menanti kat dalam,” kata Zofea pada Fariq. Dia kemudian alih pandangan ke arah Atea.
“Ni kad aku. Call aku. Terlalu banyak hal yang aku nak tanya kau,” Zofea hulur sekeping kad. Atea capai dan angguk kecil.
“Call tau!”
“Yelah! Jalan baik-baik,” pesan Atea. Nak tergelak melihat telatah Zofea tu. Sebelum masuk, sekali lagi dia pandang mereka. Atea hulur senyum dan Fariq angkat tangan sedikit.
“Jom, sayang.”
Sepanjang perjalanan pulang, Atea kulum senyum. Tak lama lagi, hebohlah kisah dia kawin dengan en Fariq. Zofea tu bukan boleh percaya sangat. Dia memang rapat dengan teman-teman yang lain. Tiba-tiba Atea terbayangkan Melly. Ah, sudah!
tamat....
Subscribe to:
Posts (Atom)